1) Menyiasat dan memaklumkan hasil siasatan setiap aduan berkaitan isu perburuhan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengaduan.
2) Menyelesaikan pengaduan kes buruh melalui mekanisme Mahkamah Buruh dalam tempoh 90 hari dari tarikh pemfailan.
3) Memproses permohonan lesen di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 dalam tempoh 14 hari bekerja.
4) Memproses permohonan lesen hiburan awam di bawah Akta (Penggajian) Kanak-Kanak dan Orang Muda 1966 dalam tempoh 14 hari bekerja.
5) Mengeluarkan taksiran pampasan pekerja di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
6) Memproses dan mengeluarkan syor dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap bagi permohonan penggajian pekerja asing diterima.
7) Memberi khidmat nasihat serta menjawab pertanyaan pelanggan dengan cepat tepat dan mesra.
8) Memberi layan mesra di kaunter kepada setiap pelanggan jabatan.