Language:

Color Option: blue green red
Text Size:
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman

1. Adakah majikan swasta wajib untuk menyediakan penginapan untuk semua pekerja asing yang digajikan??

Bermula 1 Januari 2016, penginapan pekerja telah dijadikan pra syarat kepada majikan swasta yang ingin memohon pekerja asing.

2. Bagaimana pula dengan pekerja tempatan? Adakah majikan bertanggungjawab untuk menyediakan penginapan?

Bagi pekerja yang bekerja di ladang, majikan tiada kewajipan untuk menyediakan perumahan. Walau bagaimanapun, sekiranya majikan berhasrat untuk menyediakan kemudahan ini, majikan perlu mematuhi standard minimum yang ditetapkan dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperuntukkan di bawah Akta Standard-Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

3. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh majikan jika ingin membina rumah untuk pekerja di ladang?

Majikan perlu mengemukakan dokumen berikut kepada Pejabat Tenaga Kerja berhampiran:-
i) 4 salinan pelan bangunan (termasuk pengaliran air paip, punca cahaya dan punca kuasa);
ii) 4 salinan pelan tapak; dan
iii) 4 salinan pelan tangki septik (pelan-pelan sistem pengaliran air paip, punca cahaya dan elektrik boleh dibuat berasingan).

4. Adakah semua majikan ladang wajib mematuhi Akta Standard-Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446)?

Definisi ladang di bawah Akta 446 adalah mana-mana ladang di Semenanjung Malaysia yang berkeluasan melebihi 20 hektar tanpa mengira jenis tanaman dan tidak terpakai bagi kawasan Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Wilayah Persekutuan.

5. Bagaimana pula dengan kebajikan orang-orang tanggungan pekerja yang bekerja di ladang? Adakah majikan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan kepada mereka?

Majikan ladang diwajibkan untuk menyediakan Pusat Asuhan Kanak-Kanak (PAKK) sekiranya pekerja - pekerja yang menetap di ladang mempunyai tidak kurang dari 10 orang tanggungan di bawah umur empat (4) tahun.

6. Adakah pembinaan PAKK perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Tenaga Kerja ?

Ya.

7. Apakah kategori yang dimaksudkan dengan tanggungan?

Suami, isteri, ibu, bapa anak (termasuk ibu/pada tiri dan anak tiri) datuk, nenek, adik-beradik (termasuk adik beradik seibu/sebapa) pekerja yang bergantung kepada pekerja itu. 

8. Selain daripada PAKK, apakah kemudahan lain yang perlu disediakan oleh majikan untuk pekerja yang menetap di ladang?

i) Bekalan Air paip secara percuma yang mencukupi
ii) Bekalan elektrik yang mencukupi
iii) Kemudahan sukan dan rekreasi
iv) Hospital ladang
v) Tanah seluas 250 meter persegi untuk tujuan bercucuk tanam (tanaman ragut.
vi) Dewan komuniti (jika terdapat tidak kurang dari 100 orang pekerja)

9. Jika lokasi ladang jauh dari sumber bekalan air awam, bolehkah majikan menyediakan bekalan air sendiri dari sumber lain?

Boleh. Majikan perlu mendapat kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja.

10. Adakah bekalan elektrik juga perlu diberi dari sumber awam?

Tidak semestinya, Ketua Pengarah boleh membenarkan bekalan elektrik dibekalkan melalui sumber sendiri seperti generator set.

11. Adakah majikan boleh menamatkan peruntukan tanah untuk penanaman kepada pekerja?

Majikan boleh menamatkan peruntukan tanah untuk pekerja jika:-
i) Tanah tersebut masih belum bertanaman dalam tempoh 6 bulan dari tarikh diperuntukan;
ii) Tanah tersebut digunakan untuk tujuan berlainan;
iii) Tanah tersebut tidak diusahakan sama sekali.

12. Adakah majikan boleh mengenakan sewa/caj kepada pekerja untuk kemudahan yang disediakan di ladang?

Majikan tidak boleh mengenakan sewa ke atas pekerja yang menduduki rumah pekerja atau caj berhubung penggunaan:-
i) Air ( dalam had tertentu);
ii) Dewan komuniti;
iii) Kemudahan sukan dan rekreasi;
iv) Kebersihan atau untukan tanah.