Language:

Color Option: blue green red
Text Size:
A- A A+

TATACARA MEMFAILKAN TUNTUTAN

• Hadir sendiri dan beri kenyataan bersumpah di hadapan Pegawai untuk merekod tuntutan

• Mengemukakan dokumen-dokumen/maklumat-maklumat penting:-

  1. Nama dan alamat surat menyurat pengadu (Kad Pengenalan)
  2. Nama dan alamat tempat pekerjaan (Sumber SSM)
  3. Butir-butir pendapatan dan slip gaji (jika ada)
  4. Surat pelantikan dan syarat-syarat perkhidmatan (jika ada)
  5. Surat penamatan (jika ada)

 

PIHAK YANG BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN

Pekerja

Seksyen Pekerja Jenis Tuntutan
Seksyen 69
Akta Kerja 1955
Pekerja di bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1955

1. Gaji atau apa-apa bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan, sebarang peruntukan di bawah akta/peraturan perburuhan

2. Mengesahkan atau mengenepikan apa-apa keputusan di bawah S.14 (1). Kes hendaklah difailkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan

Akta Kerja 1955

Pekerja yang upahnya melebihi RM2000 tetapi tidak melebihi RM5000

Gaji atau apa-apa bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan.

 

Majikan

Seksyen Pekerja Jenis Tuntutan
Akta Kerja 1955

1. Gaji atau apa-apa bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan, sebarang peruntukan di bawah akta/peraturan perburuhan

2. Mengesahkan atau mengenepikan apa-apa keputusan di bawah S.14 (1). Kes hendaklah difailkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan

 
Akta Kerja 1955 Pekerja yang upahnya melebihi RM2000 tetapi tidak melebihi RM5000

Gaji atau apa-apa bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan.

 

TATACARA PENGENDALIAN TUNTUTAN KES BURUH

1. Merekod kenyataan bersumpah tuntutan pengadu

2. Tentukan tarikh sebutan kes

3. Surat panggilan kepada pengadu dan saman kepada defendan

4. Sebutan Kes/Perbicaraan Kes Buruh

5. Perintah

Pihak yang tidak berpuashati terhadap Perintah Mahkamah Buruh boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima Perintah Mahkamah Buruh.