• Pembayaran pampasan kepada pekerja yang mengalami kecederaan akibat kemalangan atau penyakit khidmat yang terbit dari dan dalam masa pekerjaan.
  • Pembayaran pampasan kepada orang tanggungan pekerja apabila pekerja meninggal dunia akibat dari kemalangan atau penyakit khidmat yang terbit dari dan dalam masa pekerjaan.

  • Kemalangan pekerjaan atau bencana pekerjaan ialah satu kecederaan peribadi akibat daripada satu kemalangan yang terbit dari dan dalam masa pekerjaan pekerja berkenaan.

  • 'Workman' didefinisikan seorang pekerja yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan (Contract Of Service)

  1. Setiap majikan adalah diwajibkan untuk menginsuranskan pekerja-pekerja asing di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) dengan mana-mana syarikat penanggung insurans yang dilantik oleh Menteri Sumber Manusia.
  2. Setiap majikan hendaklah memberi notis secara bertulis kepada Jabatan Tenaga Kerja berhampiran dalam masa 10 dari tarikh berlakuya suatu kemalangan.

  • Pendapatan ialah wang yang diperolehi oleh seseorang pekerja termasuk faedah dan kemudahan yang boleh dinilaikan dengan wang, kecuali:
  1. Elaun perjalanan
  2. Konsesi perjalanan
  3. Caruman majikan kepada kumpulan wang pencen ;
  4. Bayaran balik (reimbursement) berbelanjaan yang dilakukan oleh pekerja kerana kerjanya

  • Hilang Upaya Separa Sementara bermakna keupayaan seorang pekerja mencari nafkah dalam pekerjaan yang mampu dibuatnya semasa kemalangan adalah dikurangkan untuk tempoh sementara.

  • Hilang Upaya Langsung Sementara bermakna seorang pekerja langsung tidak berupaya untuk menjalankan semua jenis kerja yang ia berupaya melakukan semasa kemalangan untuk tempoh sementara.

  • Hilang Upaya Separa Kekal bermakna keupayaan seorang pekerja mencari nafkah dalam semua pekerjaan yang mampu dibuatnya semasa kemalangan adalah dikurangkan untuk selama-lama.

  • Hilang Upaya Langsung Kekal bermakna seorang pekerja langsung tidak berupaya untuk menjalankan semua jenis kerja yang ia berupaya melakukan semasa kemalangan untuk selama-lamanya.

  • Tanggungan bermaksud ahli-ahli keluarga yang bergantung kepada pendapatan simati untuk keperluan kehidupan semasa kemalangan yang menyebabkan kematian simati.

  • Ahli-ahli keluarga bermaksud isteri, suami, ibu bapa, datuk/nenek, bapa tiri, emak tiri, anak, cucu, anak tiri, adik beradik, half- brother, half- sister dan adik-beradik tiri.

  1. Satu kecederaan yang disebabkan secara langsung atas pengaruh arak atau dadah semasa kemalangan kecuali kecederaan tersebut mengakibatkan kematian.
  2. Satu hilangupaya atau maut yang disebabkan kecederaan diri yang disengajakan atau satu kecederaan kemalangan yang disengajakan.

  1. Borang P.P 2
  2. Laporan Perubatan (Buruh 90)
  3. Sijil Sakit
  4. Salinan Passport & Permit kerja
  5. Salinan Polisi Insurans
  6. Salinan Laporan Polis (mengikut keadaan)

  1. Borang P.P 2
  2. Laporan Bedah Siasat
  3. Sijil Kematian
  4. Salinan Passport & Permit kerja
  5. Salinan Polisi Insurans
  6. Salinan Laporan Polis

  • Jumlah pembayaran maksimum untuk kes hilang upaya kekal ialah RM23,000.00

  • Jumlah pembayaran bagi kes maut ialah RM18,000.00 + RM7000.00 (SPPA) = RM25,000.00

  • Jumlah pembayaran bagi kes maut ialah RM23,000.00

 

 

 

KSM & Departments : 1ksm
jtm
jheks
jpk
jpp
jtksbh
jtkswk
ksm
jtksm
mpm
 
 
Quicklinks : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family