Dimaklumkan mulai daripada 1 Januari 2015, semua permohonan baru Lesen Agensi Pekerjaan Swasta (APS) adalah diwajibkan untuk dipohon secara atas talian (online) melalui BLESS (Business Licensing Electronic Support System) di alamat laman web WWW.BLESS.GOV.MY.

BLESS merupakan portal yang menyediakan kemudahan dan maklumat bagi syarikat yang ingin memohon lesen/permit perniagaan di Malaysia. Ia merupakan sebuah Pusat Perkhidmatan Setempat maya yang disediakan oleh Kerajaan untuk membantu dan memudahkan syarikat untuk memohon lesen-lesen perniagaan termasuk Lesen APS dengan lebih cekap dan teratur. Sehubungan itu, bagi permohonan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta, tuan/puan diminta untuk merujuk Senarai Semak Permohonan Baru/Buka Cawangan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta Secara Atas Talian Melalui Sistem BLESS sebagai panduan sebelum membuat permohonan. Sila klik BLESS untuk membuat permohonan anda.

Sebarang maklumat lanjut mengenai BLESS boleh didapati di laman web seperti yang tersebut di atas dan pertanyaan mengenai Lesen Agensi pekerjaan swasta, tuan/puan dinasihatkan berhubung terus dengan Jabatan Tenaga Kerja Negeri ataupun Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat.

 

Sekian, terima kasih.   

 

UNIT AGENSI PEKERJAAN SWASTA,

BAHAGIAN PERKHIDMATAN PEKERJAAN,

JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA.

 

KSM & Departments : 1ksm
jtm
jheks
jpk
jpp
jtksbh
jtkswk
ksm
jtksm
mpm
 
 
Quicklinks : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family