Apa itu MBJ?

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

PENUBUHAN MBJ

Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah dikemukakan; kepada JPA untuk kelulusan.

BIDANG DAN FUNGSI

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

PERKARA YANG BOLEH DIBINCANGKAN

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.

Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.

FAEDAH MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.

 

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi. Sila Klik Perlembagaan Majlis Jabatan (MBJ) Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.

 


WAKIL PEKERJA GRED 41- 48

 

  • Puan Johana Binti Bakar (Pengerusi)                                                                                        
  • Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan
  • Encik Mustaffa Kamal Bin Bawaihi
  • Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan                                                         
  • Dr. Wan Arnidawati Binti Wan Abdullah
  • Bahagian Penguatkuasaan Undang
  • Puan Khalidah Edayu Binti Mohamad Khalid     
  • Bahagian Standard Perburuhan

 

WAKIL PEKERJA GRED 19- 40

 

  • Puan Sarinah Binti Abd Rahman (Setiausaha)                                                                        
  • Bahagian Khidmat Pengurusan                                                                  
  • Puan Noraziha Binti Bahudin
  • Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Encik Mohd. Shahril Bin Shaik Mohd
  • Unit Kewangan                                                                              
  • Encik Nasrun Bin Masod
  • Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan
  • Puan Sharifah Azura Binti Syed Idris
  • Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan
  • Encik Mohd Yusri Bin Mustaffa Kamal
  • Bahagian Standard Perburuhan

 

WAKIL PEKERJA GRED 1-16

 

  • Encik Khairul Fahmi Bin Yusop                                                                                                
  • Bahagian Khidmat Pengurusan                                          
  • Encik Ya'kob Bin Samin
  • Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Encik Eddy Junaidi Bin Ridwan
  • Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan                                                                

 

 

 

Pengerusi Mesyuarat MBJ : YBhg. Dato' Jeffrey Bin Joakim

Urusetia MBJ : Bahagian Pengurusan, JTKSM

 

BIL JTKSM KSM
Mesyuarat MBJ Bil 1/2017 24 Februari2016 Mac
Mesyuarat MBJ Bil 2/2017  11 Mei 2016  Jun
Mesyuarat MBJ Bil 3/2017  10 Ogos 2016  September
Mesyuarat MBJ Bil 4/2017  9 November 2016  Disember

 

 

 

KSM & Departments : 1ksm
jtm
jheks
jpk
jpp
jtksbh
jtkswk
ksm
jtksm
mpm
 
 
Quicklinks : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family