Geran Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU)

JTKSM merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal penggajianpekerjatermasukpenggajianOrang KurangUpaya(OKU). Padatahun1990, Jawatankuasa  Teknikal Penggalakan Penggajian OKU di Sektor Swasta Peringkat Kebangsaan dan Negeri telah dibentuk bagi mendapatkan kerjasama daripada agensi dan persatuan berkaitan untuk sama-sama merancang pelan dan strategi bagi menggalakkan penglibatan OKU dalam pasaran buruh negara.

Pada tahun 2001,Kod AmalanPenggajianOKUdiSektor Swastatelahdilancarkansebagaikeperihatinan kerajaan untuk membawa OKU turut serta dalam pembangunan ekonomi negara. Untuk merangsang kemajuan penglibatan OKU dalampekerjaandankegiatanekonomi,JTKSM telah mengambil alternatif dalam menangani perkara ini dengan mewujudkan Geran Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) pada tahun 2007.Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) telah memperuntukkan sejumlah RM16 juta dan RM10 juta di bawah Rancangan Malaysia   Ke-10 sebagai modal bantuan kepada OKU bagi merealisasikan hasrat ini. SBGP-OKU ini berkonsepkan “bantu usahawan OKU membantu OKU mendapatkan pekerjaan” melalui pengembangan perniagaan usahawan OKU.

Hasrat ini tercapai apabila usahawan OKU berjaya mengembangkan perniagaan mereka hasil daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Kebanyakan perniagaan yang terlibat dengan pemberian bantuan geran adalah di kalangan usahawan kecil.

Secara keseluruhannya usahawan OKU yang menerima bantuan Skim ini berjaya mengembangkan perniagaan mereka. Skim ini juga telah banyak memberi manfaat kepada usahawan OKU berdasarkan kepada jumlah penerima geran yang meningkat. Terdapat beberapa usahawan OKU yang benar-benar berjaya mengembangkan perniagaan mereka sekaligus dapat menggajikan lebih ramai OKU.

 

 

Permohonan SBGP-OKU

 

(a)          Kriteria Pemohon


Pemohon mestilah mempunyai kriteria-kriteriasepertiberikut;

       i.        Merupakan seorang OKUyang berdaftardenganJabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);

      ii.        Berumur 18 tahun dan ke atas;

    iii.        Warganegara Malaysia;

    iv.        Bukan kakitangan kerajaan;

      v.        Mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);

    vi.        Telah menjalankan perniagaan sekurang- kurangnya genap 3 bulan;

   vii.        Bercadang   untuk   mengembangkan perniagaan dan pengembangan adalah bertujuanuntukmembukapeluangpekerjaan kepada OKU lain;

  viii.        Permohonan boleh dibuat secara individu atau berkumpulan; dan

    ix.        Perniagaan persatuan OKU yang berdaftar, seperti Pertubuhan Keluarga Orang-orang Bermasalah Pembelajaran (PERKOBP) dan Beautiful GateFoundationfortheDisabled adalah layak memohon.

 

 

(b)          Syarat-syarat permohonan 


Syarat-syaratpermohonanpulaadalahseperti berikut;

 Permohonan hendaklah menggunakan borang SBGP-OKU yang boleh diperolehi di mana-manapejabatJabatan TenagaKerja yang berdekatan;

 •Mengemukakankertas kerjayangjelas menerangkan tujuan permohonan dibuat beserta butiran terperinci dan dokumen- dokumen tambahan;

  • Mana-mana OKU/Kumpulan   OKU yang telah menerima bantuan atau pinjaman daripadaagensi-agensilainjugalayakuntuk memohon; dan

 • Permohonan yang lengkap yang disertakan dengan dokumen-dokumen yang   perlu hendaklah diserah kepada JTK yang tedekat.

 
 
Pemantauan Perniagaan

 

1. JTKSM akan memantau setiap individu/ kumpulan OKU yang telah

dianugerahkan geran untuk tempoh 15 bulan .

2. Lawatan ke premis akan dibuat mengikut keperluan oleh pegawai JTKSM

yang dilantik. Urusetia Jawatankuasa Panel Penilai (JKPP) juga akan membuat lawatan mengejut dari semasa ke semasa.

 

Garis Panduan Kertas Cadangan

 

1. Ringkasan peluang perniagaan, bilangan pekerja yang digaji, teknologi, produk, pasaran dan pengurusan, amaun pembiayaan dan keuntungan serta ringkasan unjuran 2 tahun penyata pendapatan serta keperluan modal (jika ada).

2. Senaraikan strategi perniagaan termasuk kewangan, pembangunan produk dan teknologi berkaitan.

3. Menggariskan keperluan pengguna, segmen pasaran, saluran pengedaran, pelan dan strategi jualan, saingan dan kedudukan.

4. Pelan Pentadbiran, pembuatan dan kemudahan yang disediakan.

5. Profil kakitangan dan pengurusan serta carta organisasi syarikat termasuk bilangan pekerja yang diambil.

6. Unjuran Penyata Kewangan 2 tahun termasuk untung dan rugi, imbangan duga, aliran tunai (dengan andaian (jika ada).

7. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang terdekat.

 

 

 

KSM & Departments : 1ksm
jtm
jheks
jpk
jpp
jtksbh
jtkswk
ksm
jtksm
mpm
 
 
Quicklinks : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family