1Malaysia Support for Housewives

 

Pengenalan

National Blue Ocean Strategy (NBOS) merupakan strategi yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri dengan memberi fokus kepada penghasilan idea kreatif, kerjasama antara jabatan, melibatkan kos yang sedikit dan dapat dilaksanakan dengan segera bagi meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat dengan memberikan hasil yang berimpak tinggi.

Kementerian Sumber Manusia telah diberi kepercayaan secara bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan dan Masyarakat untuk menggerakkan Program 1Malaysia Support For Housewives. Program ini juga akan melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dan unit Kerjasama Awam dan Swasta.

 

Objektif Program

1. Mewujudkan peluang pekerjaan bagi suri rumah daripada isi rumah berpendapatan rendah (LIH) untuk menjana pendapatan tambahan keluarga bagi meningkatkan taraf hidup.

2. Memberi jaminan keselamatan sosial kepada suri rumah untuk kehidupan keluarga yang lebih baik.

 

Definisi Suri Rumah

Seorang wanita yang menguruskan rumahtangga mereka sebagai pekerjaan utama.

 

Golongan Sasar

1. Suri rumah dari peserta E-Kasih

2. Suri rumah yang berdaftar dengan JobsMalaysia

3. Suri rumah yang berdaftar dengan NGOs

4. Suri rumah kepada anggota Jabatan/ Agensi beruniform

5. Suri rumah di kalangan kakitangan Kerajaan yang berpendapatan rendah melalui persatuan

 

CARA MEMOHON

Untuk maklumat lanjut mengenai cara menyertai program ini, sila hubungi Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia di talian 03-83202713/14/15.

 

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family