Tarikh : 29 Oktober 2014

Tempat : Palm Beach Resort & Spa, Labuan.

 



 

WP LABUAN – Seramai 50 orang peserta terpilih telah menyertai Program Penyesuaian Kerjaya (2PK) pada 25 Oktober 2014 di Palm Beach Resort & Spa, WP Labuan.  Program anjuran Jabatan Tenaga Kerja WP Labuan tersebut berjalan selama 1 hari 1 malam yang dihadiri oleh 30 orang peserta lelaki dan 20 orang peserta wanita.  Peserta yang terlibat adalah dipilih melalui Program e-Kasih dan Employability oleh Jabatan Tenaga Kerja.

Tujuan Program 2PK ini diadakan adalah bagi membantu golongan pencari kerja untuk bersedia menghadapi alam pekerjaan yang mana golongan ini didedahkan dengan pelbagai tips dan teknik untuk menghadapi temuduga.

Antara ceramah yang diadakan adalah ceramah Financial Literacy yang mendedahkan para peserta mengenai kepentingan merancang perbelanjaan.  Selain itu, peserta juga dibantu dalam penyediaan resume dari segi teknik-teknik dan susun atur kandungan resume yang berkesan untuk menarik minat majikan.  Peserta juga didedahkan dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan sebagai inisiatif yang boleh diketengahkan bagi melatih dan mengasah sifat kerjasama dalam diri para peserta.

Para peserta kemudian diberikan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Tuan Hj Asri bin Abdul Wahab.

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
jtksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family