Agensi Pekerjaan Swasta

Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246) mula berkuatkuasa pada 19 Febuari 1981. Akta ini mengatakan bahawa seseorang yang ingin menjalankan urusan agensi pekerjaan swasta hendaklah mempunyai lesen yang telah disahkan daripada Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia.Akta ini dan peraturan-peraturan di bawahnya adalah bertujuan untuk mengawal aktiviti agensi pekerjaan swasta serta menjaga kepentingan pencari-pencari kerja yang warganegara Malaysia sama ada di dalam atau di luar negara. Ini selaras dengan hasrat mewujudkan perkhidmatan pekerjaan yang lebih cekap dan berkesan di sektor swasta.Aktiviti perlesenan dibahagi kepada permohonan baru,pembaharuan lesen, endorsan, pertukaran premis dan pertukaran nama serta status agensi.

Apa Itu JobsMalaysia-APS Link Up

  • Hanya Agensi Pekerjaan Swasta yang mempunyai lesen dari Jabatan Tenaga Kerja sahaja yang boleh menggunakan sistem ini
  • Melalui sistem ini Agensi Pekerjaan Swasta boleh menawarkan kekosongan jawatan yang ada di agensi mereka dan syarikat pelanggan yang menggunakan khidmat mereka ke dalam sistem JobsMalaysia.
  • Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan data yang tepat dan cepat berkenaan pendaftaran, penempatan dan kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh Agensi Pekerjaan Swasta melalui laporan yang dihantar secara online kepada Jabatan Tenaga Kerja.
  • Aplikasi ini akan digunakan sebagai jaringan untuk menyalurkan maklumat berkenaan data pencari kerja yang berdaftar di dalam sistem Jobsmalaysia kepada Agensi Pekerjaan Swasta bagi tujuan penempatan.
  • Agensi Pekerjaan Swasta akan membantu calon pencari kerja memperolehi jawatan dan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka untuk ditempatkan di syarikat/majikan yang menggunakan khidmat pencari pekerja dari Agensi Pekerjaan Swasta berkenaan.
  • Kerjasama antara Jabatan Tenaga Kerja dan Agensi Pekerjaan Swasta melalui aplikasi ini akan dapat meningkatkan penempatan pencari kerja yang berdaftar dalam sistem JobsMalaysia.
  • Aplikasi ini akan dgunakan oleh Agensi Pekerjaan Swasta untuk penghantaran laporan bulanan kepada Jabatan Tenaga Kerja secara dalam talian berkenaan pendaftaran pencari kerja, kekosongan yang ditawarkan dan penempatan pencari kerja tempatan dan pekerja asing (Pembantu Rumah) samada di dalam atau luar Negara.

 

MOEMC

MOEMC adalah singkatan kepada Pusat Pengurusan Pekerja Malaysia Luar Negara atau dalam bahasa Inggeris Malaysia Oversea Employees Management Centre.Penubuhannya adalah bertujuan untuk menyelaras penghantaran pekerja ke luar negara serta membantu pekerja-pekerja yang menghadapi masalah semasa di luar Negara. Penghantaran pekerja hanya dibuat oleh Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang sah dan mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja serta perlu mendapat endorsan Ketua Pengarah bagi setiap kali penghantaran pekerja ke luar Negara.

 

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family