Petikan dari pembentangan Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia berbunyi;

 
Sementara itu juga, Kerajaan menyedari masih terdapat estet yang belum mempunyai kemudahan bekalan air bersih. Sebagai permulaan, Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan 50 juta ringgit untuk menambah baik kemudahan bekalan air yang melibatkan penyambungan dari estet ke paip utama sedia ada. Kerajaan juga bersetuju supaya Pihak Berkuasa Bekalan Air mengenakan tarif domestik kepada perumahan pekerja estet berbanding dengan tarif industri yang dikenakan sekarang. Kementerian Sumber Manusia akan dipertanggungjawab untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan kemudahan bekalan air ini.”

Bagi memastikan bekalan air berkualiti dibekalkan kepada pekerja benar-benar bersih dan terawat, adalah ditetapkan bahawa penyambungan bekalan air dari sumber awam adalah perlu, terutamanya bagi bekalan air minum dalam menjamin kesihatan penghuni estet.

 
Program ini turut bertujuan untuk ;

  • Mempertingkatkan kerjasama, peranan dan tanggungjawab kerajaan dan Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat perladangan dalam menyediakan bekalan air awam dan caj domestik di estet; dan
  • Meningkatkan kualiti dan taraf hidup komuniti ladang melalui bekalan air bersih dari sumber awam bagi menarik minat dan mengekalkan pekerja warganegara bekerja di sektor perladangan.

 
Program ini meliputi pembekalan dan pemasangan saluran paip dari sumber awam Pihak Berkuasa Air Negeri (PBAN) kepada estet-estet yang masih menyediakan bekalan air selain sumber awam (contoh: sumber persendirian). Keutamaan bagi pertimbangan peruntukan adalah berdasarkan syarat-syarat asas seperti berikut;

 

a)    estet-estet yang berkeluasan 1,000 ekar dan lebih dan jarak 5 kilometer atau kurang dari punca bekalan air awam;

b)    bilangan unit rumah, pekerja dan orang tanggungan yang terlibat;

c)    penyambungan saluran paip bekalan air awam ke pintu masuk/sempadan/tangki air utama estet (yang paling hampir);

d)    penyambungan dilaksanakan kepada estet-estet yang berhampiran (berkelompok);

e)    persetujuan serta aku janji syarikat perladangan menyediakan infrasistem paip dalaman dan penyelenggaraan dari pagar utama ke perumahan estet iaitu sistem retikulasi air seperti paip, tangki, rumah pam, booster (mengikut keperluan) serta menyediakan meter individu dengan mengenakan caj pada kadar domestik;

f)     kebenaran izin lalu menjalankan kerja-kerja pemasangan paip sekiranya melibatkan tanah estet oleh pihak pengurusan;

g)    pemasangan paip utama tidak melibatkan melintasi tanah persendirian, sungai, jalan keretapi, jalanraya dan lain-lain;

h)   kelulusan PBAN/Operator Air Negeri untuk membekalkan bekalan air sumber awam yang mencukupi; dan

i)     estet-estet yang telah mengemukakan permohonan mendapatkan kelulusan bekalan air sumber awam kepada PBAN/Operator Air Negeri.

 

 Peruntukan sebanyak lebih RM33 juta telah digunakan oleh KSM untuk pelaksanaan projek Bekalan Air Awam Estet ini dalam tempoh 2012 sehingga 2013.

 

 

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family