Pusat Maklumat Kerjaya berfungsi sebagai 'One Stop Centre' bagi semua golongan Pencari Kerja bagi persediaan melengkapkan diri untuk mencari kerja. Ia juga berfungsi untuk memberi bimbingan kerjaya dan menyampaikan maklumat kepada semua lapisan pencari kerja (siswazah dan bukan siswazah).

 

Objektif CIC

  • Memberi panduan
  • Memberi maklumat kepada firma-firma tentang jenis tenaga lepasan sekolah institusi pengajian tinggi
  • Melengkapi pencari kerja dengan kemahiran mencari kerja
  • Menjalankan kursus singkat untuk pencari kerja
  • Menyediakan khidmat nasihat tentang pelbagai jenis pekerjaan dan prospek
  • Menyediakan khidmat kaunseling untuk membantu pencari kerja membuat keputusan bijaksana
  • Membantu para lulusan mengenal diri secara dekat melalui inventori


Logo "career Info Centre" (CIC)

Logo ini dicipta untuk memberikan gambaran sekilas pandang terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh CiC. Perkhidmatan yang profesional, mesra pelanggan dan sistematik menjadi tema kepada logo ini. Penerangan di bawah menerangkan mengapa dan bagaimana logo ini dicipta.


Asal-usul

Logo ini berasal daripada huruf-huruf CiC itu sendiri. Grafik di bawah menunjukkan transformasi dari perkataan CiC sehinggalah ia terbentuk menjadi satu logo. Rasional bagi transformasi ini adalah untuk memberitahu para pengguna bahawa CiC akan sentiasa berubah ke arah kemodenan mengikut keperluan pengguna dari masa ke semasa.

Simbol tali leher yang terdapat pada logo CiC mewakili golongan pencari kerja secara amnya. Manakala perletakan simbol tali leher di bahagian tengah logo memberi gambaran bahawa CiC adalah sebagai “One Stop Centre' bagi golongan pencari kerja.


Pemilihan Warna

Pemilihan warna pada logo CiC adalah berdasarkan tema utama CiC iaitu profesional, mesra pelanggan dan sistematik. Warna yang dipilih adalah untuk memastikan logo ini ringkas, bersifat kontemporari dan mudah dikenali, sekaligus menjadikan ia sebagai warna tema CiC untuk digunakan secara menyeluruh. Berikut adalah penerangan bagi maksud setiap warna yang dipilih :

Warna kuning merupakan simbolik yang mewakili usaha yang dijalankan oleh  CiC dalam merealisasikan misi dan visinya, iaitu untuk meningkatkan mobilisasi tenaga kerja negara dan untuk memastikan penggunaan tenaga kerja secara optimum melalui penjodohan pencari kerja dan kekosongan jawatan yang lebih sistematik.

Seperti yang diketahui, warna biru adalah salah satu daripada warna-warna asas. Oleh itu warna ini dipilih sebagai simbolik kepada integrasi, integriti, dedikasi serta komitmen CiC dalam menjayakan program ini

 

 

 

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family