Gangguan seksual merupakan pelbagai tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:

  1. Gangguan secara lisan
  2. Gangguan secara isyarat / bukan lisan
  3. Gangguan visual
  4. Gangguan psikologi
  5. Gangguan fizikal

Jabatan ini bertanggungjawab untuk mengendalikan kes aduan gangguan seksual di tempat kerja. Aduan boleh dibuat sama ada melalui telefon, datang sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat atau menghantar surat ke Pejabat Tenaga Kerja. Pihak pengadu perlu memberi maklumat asas seperti berikut:

  • Nama dan alamat pihak yang diadu
  • Isu-isu yang diadu hendaklah diperincikan
  • Nama dan alamat pengadu

Jabatan telah melaksanakan Program Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja sebagai usaha mempromosikan penubuhan mekanisme dalaman bagi menangani gangguan seksual di tempat kerja. Objektif program ini adalah:

  1. Mewujudkan kesedaran kepada orang ramai tentang peranan Jabatan dalam pengendalian Kod Amalan Mencegah Dan membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja.
  2. Menggalakkan majikan-majikan menubuhkan Mekanisme Dalaman Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja.
  3. Memberi pendedahan kepada orang ramai terutama pekerja tentang peranan dan tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku masalah gangguan seksual kepada mereka atau individu terdekat.

Bermula 1 April 2012, Pindaan Akta Kerja 1955 telah memasukkan satu bahagian baru untuk gangguan seksual iaitu Bahagian XVA Seksyen 81A sehingga 81G.


Aduan boleh dibuat sama ada:

  • Melalui telefon atau;
  • Datang sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat atau;
  • Menghantar surat ke Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan.

Pihak pengadu perlu memberi maklumat asas seperti berikut:

  1. Nama dan alamat pihak yang diadu.
  2. Isu-isu yang diadu hendaklah diperincikan.
  3. Nama dan alamat pengadu.

Prosedur Aduan Gangguan Seksual:

  1. Menerima aduan daripada pengadu/mangsa.
  2. Menemuduga pengadu/mangsa.
  3. Siasatan dijalankan bagi menentukan kesahihan kes.
  4. Kes tutup/selesai.
  5. Menemuduga majikan dan meminta siasatan dijalankan pada peringkat syarikat.
  6. Menerima laporan siasatan daripada majikan.
  7. Mengkaji laporan siasatan tersebut.
  8. Menemuduga pengganggu.
  9. Pegawai menyediakan laporan dan syor.
  10. Syor dihantar kepada majikan.
  11. Memaklumkan hasil siasatan kepada mangsa.
  12. Mangsa berpuas hati atau tidak.
  13. Tutup.
  14. Pegawai Penyiasat menasihatkan mangsa supaya merujuk kes kepada polis/agensi lain.
  15. Kes selesai.

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family