Sektor perladangan merupakan salah satu sektor penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang mempunyai daya tahan terhadap perubahan-perubahan ekonomi global. Namun agak membimbangkan apabila melihat kepada profil guna tenaga di sektor perladangan yang menunjukkan bilangan pekerja asing lebih tinggi berbanding pekerja tempatan. Ini menunjukkan terdapat pengurangan minat rakyat tempatan untuk menceburi atau bekerja di sektor perladangan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor diantaranya tiada daya tarikan pekerja tempatan untuk bekerja di ladang, penghijrahan keluar penduduk luar bandar ke bandar-bandar yang selesa untuk bekerja di sektor-sektor perindustrian dan kemudahan asas ladang yang tidak lagi menarik dan tidak seiring dengan peningkatan keuntungan dan kemajuan sektor perladangan.

Kerajaan amat menitikberatkan kebajikan pekerja ladang demi meningkatkan kualiti dan taraf hidup masyarakat ladang agar sentiasa terjamin dan tidak tersisih daripada arus pemodenan negara. Penambahbaikan prasarana ladang juga perlu dilakukan segera supaya dapat menarik minat pekerja tempatan untuk menyertai sektor perladangan sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. Justeru itu, Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan peraturan-peraturan serta beberapa garis panduan telah diwujudkan bagi memberi penekanan terhadap pengurusan guna tenaga dan kemudahan sektor perladangan demi menjamin kualiti dan kesejahteraan masyarakat ladang. Walaubagaimanapun akta, peraturan-peraturan dan garis panduan tersebut, hanyalah terpakai di Semenanjung Malaysia dan tertakluk kepada ladang yang berkeluasan melebihi 20 hektar tanpa mengira jenis tanaman.

Objektif

Dalam usaha mencapai hasrat murni ini, JTKSM Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), telah menggariskan beberapa sasaran untuk dilaksanakan iaitu :

(i)    Menggalakkan penggajian pekerja tempatan ke dalam sektor perladangan.

(ii)  Mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam sektor perladangan.

(iii) Meningkatkan kualiti taraf hidup pekerja melalui perumahan dan kemudahan asas di sektor perladangan.

Berdasarkan Akta 446, antara kemudahan asas yang perlu disediakan oleh majikan di sektor perladangan adalah seperti berikut :

a)    Perumahan estet

b)    Bekalan air awam / sendiri

c)    Bekalan elektrik awam / sendiri

d)    Kemudahan jalan berturap dan tidak berturap

e)    Pusat Asuhan Kanak-Kanak (PAKK)

f)     Hospital / Klinik

g)    Kemudahan tempat ibadat

h)   Kemudahan-kemudahan lain

 

1.            Perumahan Estet

JTKSM sedang melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan jumlah rumah substandard di ladang melalui tindakan-tindakan berikut :

  1. Penguatkuasaan undang-undang (Akta 446) ;
  2. Perobohan rumah substandard atau majikan membuat perakuan untuk bertanggungjawab terhadap keselamatan menduduki rumah substandard tersebut ; dan
  3. Pengubahsuaian rumah substandard kepada rumah standard.

Rumah ladang yang cukup selesa dengan pelbagai kemudahan asas dapat memastikan tenaga kerja tempatan terus berkhidmat di situ.

2.            Bekalan Air

Majikan bertanggungjawab untuk menyediakan bekalan air paip percuma dan mencukupi. Menurut seksyen 6(1)(a), Akta Standard-standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990, ”sekiranya kemudahan perumahan untuk pekerja disediakan majikan, maka adalah menjadi kewajipan majikan untuk menyediakan air paip percuma dan mencukupi yang diambil daripada bekalan awam atau sumber lain yang boleh diminum yang dituras dan diproses mengikut cara yang diluluskan oleh Ketua Pengarah secara bertulis”. Selain itu juga, majikan turut dikehendaki menyediakan bekalan air percuma sejumlah 159 liter (35 gelen) sehari kepada setiap penghuni rumah ladang tertakluk kepada maksimum 5 orang penghuni bagi setiap rumah, berdasarkan perjanjian di antara The Malayan Agricultural Producers Association (MAPA) dengan National Union of Plantations Workers (NUPW).


3.            Bekalan Elektrik

Selain menyediakan bekalan air, majikan juga bertanggungjawab untuk menyediakan bekalan elektrik yang mencukupi kepada perumahan pekerja ladang. Seksyen 6(1)(b), Akta 446, memperuntukkan bahawa “sekiranya perumahan disediakan oleh majikan, maka adalah menjadi kewajipan majikan juga untuk menyediakan bekalan elektrik yang mencukupi yang diambil daripada sumber awam atau sendiri”.

 

4.            Pusat Asuhan Kanak-Kanak

Secara amnya, PAKK ditanggung sepenuhnya oleh pengurusan ladang termasuk penggajian pengasuh dan penyediaan peralatan asas mengikut peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja (PAKK) 1990. Untuk makluman, PAKK hanya perlu disediakan oleh majikan jika pekerja-pekerja ladang mempunyai tidak kurang 10 orang kanak-kanak di bawah umur 4 tahun yang tinggal bersama mereka berdasarkan seksyen 10 (1), Akta 446.

 

5.            Hospital / Klinik

Hospital / Klinik ditempatkan sama ada di dalam kawasan berhampiran pusat pentadbiran majikan ataupun berada di luar kawasan bagi memberi khidmat kepada beberapa perumahan pekerja ladang bagi satu kumpulan ladang seperti contoh Ladang Sengkang mempunyai dua ladang iaitu Ladang Sengkang (Home Division) dan Ladang Sengkang 2. Klinik bagi ladang ini terletak di Pekan Pasir Panjang, Port Dickson. Pembantu Perubatan yang digajikan oleh majikan terdiri daripada mereka yang mempunyai Gred Kelayakan 1 hingga 3.

 

6.            Kemudahan Tempat Ibadat

Adalah menjadi tanggungjawab sosial majikan terhadap kebajikan pekerja-pekerja mereka dengan menyediakan tempat-tempat ibadat.Jenis tempat ibadat yang disediakan adalah bagi memenuhi tuntutan pekerja yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

 

 7.            Kemudahan Jalan Berturap Dan Tidak Berturap

Berdasarkan rekod JTKSM, jalan-jalan penghubung yang dibina di kawasan ladang kebanyakannya adalah jalan tanah merah yang kurang selesa untuk digunakan terutama apabila berlaku hujan. Keadaan ini telah diberi perhatian oleh JTKSM dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan supaya dapat menyalurkan bantuan bagi menaiktaraf jalan di dalam kawasan ladang.

JTKSM sentiasa mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain bagi meningkatkan kemudahan prasarana di ladang-ladang. Hubungan kerjasama telah dilaksanakan dengan agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sektor perladangan seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK),Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JTKSM Perdana Menteri (JPM). Kemudahan jalan penghubung di ladang-ladang sentiasa diberi perhatian dan dinaiktaraf dari semasa ke semasa untuk keselesaan penduduk.

Kemudahan jalan penghubung di ladang-ladang sentiasa diberi perhatian dan dinaiktaraf dari semasa ke semasa untuk keselesaan penduduk.

 

 8.            Kemudahan Lain-Lain

Majikan ladang perlu menyediakan kemudahan-kemudahan seperti dewan komuniti dan pusat sukan & rekreasi jika mempunyai bilangan pekerja melebihi 100 orang yang menetap di ladang tersebut. Selain itu, majikan juga digalakkan untuk menyediakan sekolah, kedai runcit, taman permainan, pusat perniagaan dan lain-lain.

Sekolah turut disediakan bagi memastikan anak-anak pekerja ladang mendapat peluang pendidikan yang sama seperti penduduk lain di negara ini.

 

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family