Jabatan Tenaga Kerja (JTK) merupakan badan pemantau yang memastikan majikan membuat tindakan pemberhentian pekerja berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Pemantauan yang dibuat adalah secara berterusan dari masa ke semasa bagi tujuan menjamin hak-hak pekerja terpelihara. Sehubungan dengan itu juga, JTK sentiasa mengambil tindakan proaktif bagi membantu pekerja diberhentikan, supaya hak dan kebajikan mereka tidak diabai dan terbela terutama dalam mendapatkan pekerjaan baru.

Oleh yang demikian, JTK telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja sebagai mekanisme untuk meningkatkan kefahaman majikan dalam pengurusan pemberhentian pekerja dan memberi pendedahan kepada pekerja yang diberhentikan tentang hak-hak mereka di bawah undang-undang.

Garis Panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja ini merangkumi aspek tanggungjawab majikan sebelum dan selepas pemberhentian pekerja dilaksanakan, hak-hak dan peranan pekerja yang terlibat dalam pelaksanaan pemberhentian, dan juga peranan JTK dalam membantu pekerja tersebut.

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family