Dato' Mohd. Jeffrey Bin Joakim 
( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). Terima kasih kerana sudi melayari laman web ini.

Selaras dengan kemajuan dan kepesatan pembangunan negara, perkembangan teknologi maklumat menjadi satu keutamaan kepada setiap individu dan organisasi. Ia kini merupakan salah satu medium utama untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat kerana istilah ‘dunia di hujung jari anda’ begitu sinonim dengan masyarakat hari ini.

Justeru itu, bagi memenuhi tuntutan teknologi, laman web ini dibentuk sebagai saluran informasi kepada masyarakat.

Melalui laman web ini, pelbagai maklumat boleh diperolehi dengan pantas dan mudah. Majikan boleh mendapatkan panduan berkenaan penggajian pekerja, tanggungjawabnya sebagai majikan, prosedur permohonan permit, borang-borang berkaitan dan juga maklumat peruntukan undang-undang buruh dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JTKSM.

Untuk para pekerja pula, JTKSM menyediakan panduan mengenai hak dan faedah yang boleh mereka perolehi di bawah peruntukan undang-undang dan tanggungjawab sebagai pekerja. Di samping itu, dengan melayari laman web ini juga para pencari kerja boleh mendapatkan maklumat berkenaan kekosongan jawatan dan pelbagai panduan serta khidmat nasihat sebagai bimbingan kerjaya.

 

Terima kasih.

Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family