Galakkan Penubuhan Pusat Asuhan Kanak-Kanak (PAKK) Di Sektor Swasta

Usaha penubuhan PAKK di sektor swasta dilaksanakan bertujuan meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh. Majikan disarankan untuk menyediakankemudahanpusatasuhankanak- kanak bagi memudahkan pekerja wanita untuk menguruskan penjagaan anak-anak mereka. Langkah mewujudkan PAKK di tempat kerja juga adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat dalam usaha mewujudkan masyarakat prihatin. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti kerja kaum wanita dalam sektor pekerjaan.


Penubuhan PAKK boleh ditubuhkan sama ada di tempat pekerjaan tersebut atau pun di kawasan sekitar yang bersesuaian dan selamat. Bagi memastikan hasrat ini terlaksana, maka Jabatan TenagaKerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) meningkatkan promosi dan kesedaran di kalangan majikan untuk menubuhkan PAKK di tempat pekerjaan dalam menarik minat penyertaan kaum wanita dalam sektor pekerjaan.

 

Objektif  Penubuhan PAKK

 

  • Untukmengekalkan pekerja-pekerjawanita di dalam pasaran buruh selepas mereka berkahwin dan berkeluarga;
  • Untuk meningkatkan penyertaan suri-suri rumah yang berkeliarga ke dalam pasaran buruh;
  • Untuk membantu membangunkan masyarakat yang harmoni.

 

Pengurusan PAKK

Pengurusan pusat asuhan kanak-kanakbolehdijalankan secara percuma atau dengan mengenakan bayaran yang berpatutan kepada pekerja-pekerja. Pengurusannya boleh dikendalikan seperti berikut :

  • Majikan menguruskan sendiri PAKK ;
  • Majikanmenguruskansecarabersama dengan kesatuan sekerja atau pertubuhan koperasi masing-masing ; dan
  • Majikan memberikan tugas pengurusan kepada pengusaha luar tetapi menyeliakannya dengan rapi.

 

Pusat Asuhan Kanak-Kanak (PAKK) 

 

Penubuhan PAKK di tempat pekerjaan boleh dilaksanakan  sama ada dalam Industri dan sektor Perladangan.

(a)  PAKK Dalam Industri

 Penubuhan PAKK dalam industri amat penting dalam usaha meningkatkan penyertaan kaum wanita dalam pasaran buruh.

 

Contoh  kemudahan PAKK dalam industri

 

 Contoh  kemudahan PAKK dalam industri

 

(b)  PAKK Dalam Sektor Perladangan

Majikan di sektor perladangan diwajibkan untuk membina PAKK sekiranya mempunyai seramai tidak kurang 10 orang kanak-kanak berusia bawah 4 tahun di dalam kawasan perumahan ladang mereka. PAKK di ladang dapat memastikan keselamatan dan pendidikan awal anak-anak pekerja yang berusia bawah 4 tahun sentiasa terjamin. Pembinaan PAKK perlu mengikut peruntukan Akta Standard-Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990.

Prosedur membina atau mengubahsuai PAKK di kawasan ladang  adalah seperti berikut :

  • Majikan yang hendak membina atau mengubahsuai rumah pekerja atau PAKK hendaklah mengemukakan 4 salinan tiap-tiap satu pelan bangunan, pelan tapak dan tangki septik ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan untuk kelulusan ; dan
  •  Apabila rumah atau PAKK yang pelannya telah diluluskan siap dibina, majikan hendaklah memberitahu Pejabat Tenaga Kerja berkenaan supaya Pegawai Tenaga kerja datang memeriksa. Sekiranya pembinaan atau PAKK berkenaan dibina menepati spesifikasi pelan yang diluluskan, barulah Sijil Kelayakan atau 'Certificate of Fitness' boleh dikeluarkan sebelum rumah berkenaan boleh didiami atau PAKK itu boleh digunakan.

 

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family