'Latent Workforces' merujuk kepada golongan di luar guna tenaga buruh yang berpotensi untuk digembeleng bagi membolehkan mereka menyertai pasaran pekerjaan. Golongan ini terdiri daripada:

  1. Orang Kurang Upaya (OKU)
    Individu yang mengalami kecacatan fizikal atau kecacatan akal yang berbangkit sama ada secara semulajadi atau akibat kecelakaan atau penyakit tetapi boleh menjalankan pekerjaan.

  2. Ibu Tunggal
    Individu yang kematian suami atau ditinggalkan suami yang seterusnya mengambil tugas suami untuk menyara kehidupan anak-anak.

  3. Pesara
    Individu yang telah mencapai umur persaraan sama ada di sektor awam atau swasta yang tidak lagi berkhidmat dengan majikan.

  4. Suri Rumah
    Individu bergelar isteri yang menguruskan hal ehwal rumah tangga tanpa menjalankan apa-apa aktiviti pekerjaan.

  5. Banduan serta bekas banduan
    Banduan iaitu orang yang sedang menjalani pemenjaraan/diparolkan atau mengikuti program kemasyarakatan yang berkemahiran untuk bekerja.
    Bekas banduan iaitu orang yang telah tamat menjalani hukuman pemenjaraan dan bersedia serta berkemahiran untuk bekerja.

  6. Bekas Penagih
    Penagih-penagih dadah yang telah menjalani program rawatan dan pemulihan samada di pusat-pusat pemulihan ataupun pemulihan dalam komuniti dan berkemampuan untuk bekerja.

  7. Orang Asli
    Merujuk kepada masyarakat pribumi asal yang terdapat dalam sesuatu negara, negeri, daerah ataupun tempat.

  8. Warga Emas
    Individu yang berumur 60 tahun dan ke atas yang tidak bekerja tetapi masih berkeupayaan untuk bekerja.

  9. Miskin Tegar
    Mereka yang berpendapatan seisi rumah RM 460.00 dan ke bawah

  10. Golongan Tercicir Dari Persekolahan (Drop-Out)
    Murid yang tercicir dari sistem pendidikan disebabkan beberapa faktor dan berkemampuan untuk bekerja.

  11. Bekas pesalah Juvana
    Remaja yang telah menjalani hukuman akibat kesalahan yang menyalahi undang-undang dan enggan menjalankan kewajipan sosial mereka.

  12. Golongan gelandangan
    Gelandangan adalah individu yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat. Mereka juga tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum
  1. Membantu golongan 'Latent Workforces' yang terdiri daripada OKU, ibu tunggal, suri rumah tangga, bekas banduan, pesara, bekas penagih, orang asli dan lain-lain yang tidak bekerja untuk mendapatkan pekerjaan secara tetap atau sambilan melalui peluang-peluang kerja ditawarkan oleh syarikat swasta dan awam.

  2. Meningkatkan kesedaran masyarakat korporat tentang tanggungjawab sosial mereka terhadap golongan sasar dan seterusnya menggiatkan usaha untuk menaiktaraf hidup mereka.
  1. Memberi alternatif kepada pihak syarikat untuk mendapatkan pekerja dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan
  1. Memupuk semangat kesedaran di kalangan golongan sasar untuk melengkapkan diri dengan keupayaan, kelayakan dan kemahiran untuk bersaing di sektor pekerjaan agar dapat bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan negara.

Satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi membantu mengoptimunkan guna tenaga golongan Latent Workforces dalam pasaran pekerjaan dan bidang-bidang lain yang bersesuaian seperti perniagaan, pertanian dan sebagainya. Dengan adanya jawatankuasa ini, sebarang aktiviti dapat dijalankan secara bersama dan memudahkan pemantauan dilakukan bagi setiap program yang dijalankan.

Jumlah pendaftaran dan penempatan yang dibuat dapat di kawal dan dikemaskini dari masa ke semasa. Dengan adanya kerjasama dan sokongan padu daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, syarikat-syarikat serta pengusaha-pengusaha yang berkaitan, diharapkan setiap program yang dijalankan melalui jawatankuasa ini dapat mencapai hasil dan objektif yang dihasratkan.

(a)  Skop Sasaran Penubuhan Jawatankuasa

Skop ini meliputi golongan seperti berikut:

  1. Majikan di sektor kerajaan dan swasta yang berpotensi memberi peluang pekerjaan;
  2. Golongan Latent Workforces yang berkeupayaan, berkelayakan dan berkemahiran bekerja;
  3. Agensi dan jabatan kerajaan sebagai pelaksana; dan
  4. Pertubuhan majikan, kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan.

(b)  Peranan Dan Fungsi Jawatankuasa

  1. Mengenalpasti golongan Latent Workforces yang ada di dalam negara;
  2. Menyelaraskan peranan pihak yang terlibat di dalam jawatankuasa;
  3. Mengenalpasti cara bagaimana mengoptimumkan guna tenaga golongan ini di dalam pasaran pekerjaan;
  4. Mengenalpasti program dan aktiviti yang boleh diadakan bersesuaian dengan golongan sasaran;
  5. Menyelaraskan aktiviti yang membolehkan perubahan dari segi berfikir dan juga kemahiran soft skill golongan sasaran;
  6. Mengenalpasti bentuk-bentuk bantuan yang boleh diberikan;
  7. Mengenalpasti syarikat-syarikat yang berpotensi untuk memberi kerja kepada golongan sasar;
  8. Mendapatkan kerjasama syarikat-syarikat yang dikenalpasti untuk bersama menjayakan program yang dirancang;
  9. Mendapatkan profil kumpulan sasar;
  10. Menyediakan dan menyelaras data majikan, kumpulan sasar, dan pihak ketiga;
  11. Membuat penyelidikan dan perancangan (R&D).

 

Keanggotaan Jawatankuasa

Pengerusi

: Ketua Pengarah Tenaga Kerja

Tim. Pengerusi

: Tim. Ketua Pengarah Tenaga Kerja (Operasi)

Ahli-Ahli

: Jabatan Tenaga Kerja
: Bhgn. Pengurusan Maklumat, KSM
: Bhgn. Dasar Perburuhan, KSM
: Bhgn. Dasar Sumber Manusia, KSM
: Kementerian Dalam Negeri
: Unit Perancang Ekonomi, JPM (EPU)
: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
: Jabatan Kebajikan Masyarakat
: Jabatan Tenaga Manusia
: Jabatan Penjara
: Bahagian Pencen, JPA
: Agensi Anti Dadah Kebangsaan
: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
: Majlis Amanah Rakyat
: TEKUN NASIONAL
: Federation of Malaysian Manufacturer (FMM)
: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)
: Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC)
: Jabatan Pembangunan Wanita
: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
: KEMAS
: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
: Jabatan Pertanian
: Jabatan Perikanan
: Bhgn. Sekolah Harian, KPM
: Bhgn. Pendidikan Khas, KPM
: Persatuan Bekas-Bekas Pesara
: SME Corporatiaon Malaysia
: Jabatan Perkhidmatan Veterinar
: Amanah Ikhtiar Malaysia
: Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Ahli-Ahli Jemputan

: Ahli-Ahli Akademik
: Persatuan
: NGO

  1. Mengadakan MOU Antara Pihak Penjara, JTK dan Majikan Yang Berpotensi.

Modus Operandi

    • Menyediakan kemudahan perkhidmatan pekerjaan kepada golongan sasar dan pekerja kepada syarikat yang mengalami kekurangan tenaga kerja terutama pekerja am
    • Mengenalpasti syarikat-syarikat yang berpotensi untuk bekerjasama mengambil golongan sasar sebagai pekerja bagi memenuhi kekurangan tenaga kerja terutama syarikat yang memohon untuk menggajikan pekerja asing.
    • Mengadakan lawatan ke penjara untuk mengenalpasti kemudahan yang disediakan serta mendapat gambaran sebenar bagaimana pelatih menjalani latihan
    • Mengadakan perbincangan syarikat dan pihak penjara secara bersama untuk mendapatkan persetujuan bersama dan seterusnya mengadakan MOU bagi program berkenaan

Mekanisma Perlaksanaan
Terdapat dua kaedah iaitu:

    • Di komuniti
      Kerja-kerja dijalankan pusat latihan pelatih. Bahan-bahan dan peralatan disediakan oleh pihak syarikat di mana pihak syarikat yang mengendalikan urusan penghantaran dan pengambilan kerja-kerja yang yang hendak dilakukan.
    • Di Premis majikan
      Para pelatih di bawa ke premis majikan. Urusan pengambilan dan penghantaran pelatih boleh berunding antara kedua-dua pihak. Sebaik-baiknya pihak syarikat boleh menggajikan banduan dalam tempoh parol.

 

  1. Mengadakan Kerjasama Dengan Majikan Yang Menawarkan Pekerjaan Dengan Menguruskan Sesi Temuduga ke Atas Calon Golongan 'Latent Workforces'.

Mekanisma Perlaksanaan

    • Membuat saringan calon-calon yang berpotensi untuk di beri peluang menghadiri temuduga
    • Mengatur sesi temuduga dengan penyedian tempat dan cara bagaimana membawa calon ke tempat temuduga samada di premis majikan atau di pusat-pusat jobsmalaysia.

 

  1. Mengadakan perbincangan serta lawatan kemajuan dalam mengenalpasti majikan yang berpotensi dalam penawaran pekerjaan kepada golongan Latent Workforces.

Jika mana-mana majikan berminat mendapatkan tenaga kerja golongan 'latent workforces' boleh mengisi borang yang disertakan (Lampiran A) dan hantar ke JTK yang berhampiran atau terus menghubungi kami.

Bil

Fail

Format

Saiz

1.

Maklumat Jawatan Kosong - Lampiran A

 

113 KB

 

 

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family