Jawatankuasa Pengambilan Pekerja Bangladesh

Malaysian Committee on Application of Bangladesh Workers (MCAB)

   Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 November 2012 telah memutuskan bahawa kemasukan pekerja Bangladesh melalui mekanisme Kerajaan kepada Kerajaan (G to G) adalah dibuka untuk Sektor Perladangan.  Susulan daripada keputusan tersebut, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menubuhkan Malaysian Committee on Application of Bangladesh Workers (MCAB). Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah dilantik sebagai Urusetia MCAB yang berfungsi sebagai pusat kelulusan setempat bagi proses pengambilan pekerja Bangladesh. Fasa pertama pengambilan pekerja Bangladesh adalah untuk memenuhi kekurangan pekerja di sektor perladangan khususnya tanaman kelapa sawit.

 Permohonan pekerja Bangladesh oleh majikan hendaklah dihantar terus kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi (MPIC). MPIC akan menyalurkan permohonan berkenaan kepada JTKSM dan satu laporan permohonan akan dihantar kepada Urusetia, MCAB di JTKSM.  Keputusan permohonan akan diserahkan kepada MPIC untuk dimaklumkan kepada majikan yang mengemukakan permohonan pekerja di Sektor Perladangan. Permohonan pengambilan pekerja Bangladesh ini telah bermula pada 1 Disember 2012.

 

                 

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family