DASAR PENGGAJIAN PEKERJA ASING

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bertanggungjawab ke atas hal penggajian dan perburuhan di mana pekerja asing yang digajikan secara sah layak menikmati perlindungan dan faedah-faedah yang ditetapkan oleh undang-undang perburuhan. 

Permohonan pekerja asing oleh majikan akan dibuat di Pusat Kelulusan Setempat (PPS) di Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri, Aras 5, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya.

Wakil-wakil daripada Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) akan bertugas di PPS untuk memproses permohonan pengambilan pekerja asing.

Penggajian pekerja asing adalah merupakan langkah sementara (temporary measure) untuk menampung kekosongan jawatan. Majikan hendaklah memaklumkan kekosongan jawatan kepada JTK melalui pendaftaran di JobsMalaysia bagi membolehkan pencari kerja rakyat tempatan yang berdaftar diberikan keutamaan.

Penggajian pekerja asing adalah untuk tempoh 10 tahun bagi semua sektor yang dibenarkan dan pekerja asing tidak dibenarkan berkahwin serta tidak dibenarkan membawa ahli keluarga ke Malaysia.

Pekerja asing dibenarkan bekerja dalam 5  sektor iaitu sektor perkilangan, pertanian, perladangan, pembinaan dan perkhidmatan. 

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family