Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet (SKRE)

Melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) Kerajaan telah memperuntukan dana pusingan sebanyak RM50 juta untuk memberi peluang kepada pekerja estet tempatan memiliki rumah sendiri. Skim ini dinamakan sebagai Skim Pemilikan Perumahan Kos Rendah Pekerja-Pekerja Estet (SPPKR-PPE)   pada   permulaannya dan kemudiannya telah ditukar nama kepada Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet (SKRE). Skim ini adalah di bawah Inisiatif 28: Menangani Keperluan Sasar Khusus Melalui Program Bersepadu.


SKOP SKRE

a) Menggalakkan pekerja tempatan bekerja di ladang dengan meningkatkan kualiti dan taraf hidup melalui :

  • Penyediaan peruntukan kepada pekerja-pekerja ladang membuat pinjaman sehingga tempoh maksima 40 tahun bagi membolehkan mereka memiliki rumah sendiri apabila bersara.

 

OBJEKTIF PROGRAM

  • Meningkatkan kebajikan pekerja estet dan bekas pekerja estet dengan menyediakan kemudahan bagi  membolehkan golongan ini memiliki  rumah sendiri;
  • Sebagai salah satu bentuk jaminan kebajikan untuk pekerja setelah tamat perkhidmatan/bersara;dan
  • Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing serta menggalakkan pekerja tempatan terutama golongan belia bekerja di sektor tersebut.


Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional yang telah dilantik sebagai badan yang menguruskan pinjaman. Antara ciri-ciri Skim ini adalah :

  • Menawarkan pakej pembiayaan / pinjaman perumahan secara islami kdan konvensional
  • Kadar pinjaman yang tetap 2% setahun ke atas baki bulanan pada keseluruhan tempoh pinjaman /pembiayaan.
  • Pinjaman tersedia untuk rumah yang bernilai RM 60,000.00 sahaja.


KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasar di bawah program tersebut ialah pekerja ladang yang telah disahkan jawatan oleh majikan.


1. KELAYAKAN

1.1  PELANGGAN

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun sehingga 55 tahun semasa memohon; dan tidak melebihi 65 tahun semasa tamat tempoh bayaran.
  • Pekerja yang telah disahkan jawatan oleh majikan dan mempunyai keupayaan membayar balik pinjaman/pembiayaan.
  • Pekerja-pekerja estet yang berjawatan tetap, mempunyai pendapatan tetap dan TIDAK termasuk pekerja-pekerja kontrak estet. 
  • Masih belum mengambil pinjaman/pembiayaan perumahan dengan lain-lain Institusi Kewangan.
  • Pembelian hartanah hanya melalui SUK Negeri sahaja.
  • Berpendapatan sekurang-kurangnya RM680.00 sebulan atau jumlah pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM3000.00 sebulan dan bayaran balik pinjaman/pembiayaan tidak melebihi 70% daripada pendapatan kasar isi rumah bulanan.
  • Pemegang Akaun Giro/Giro-i BSN


1.2 JENIS PINJAMAN

  • Persendirian atau
  • Bersama atau
  • Dua Generasi



2. DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan – 2 salinan.
  • Borang permohonan BSNCSR-PL/HL (0213)
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini yang telah disahkan oleh majikan
  • Surat pengesahan jawatan daripada majikan.
  • Bukti pembelian rumah – salinan resit deposit atau proforma  tempahan pembelian atau surat perjanjian jual beli harta (S&P) yang telah disetemkan.
  • Surat pengesahan daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bagi pembinaan hartanah di atas tanah sendiri atau tanah yang disediakan oleh majikan ladang.
  • Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan sekiranya perlu oleh BSN dari semasa ke semasa.


3. KADAR FAEDAH/KEUNTUNGAN

Bagi Pinjaman Konvensional dan Islamik, kadar faedah / kadar keuntungan sebanyak  2% di atas baki keseluruhan pinjaman akan dikenakan.

4. TEMPOH PINJAMAN/PEMBIAYAAN

  • Tempoh minima – 5 tahun
  • Tempoh maksima – 40 tahun (tertakluk kepada umur 65 tahun semasa tamat pinjaman/pembiyaan)
  • Jika pinjaman/pembiayaan dua generasi boleh merujuk kepada umur anak.

 

5. HAD PINJAMAN PEMBIAYAAN

Pinjaman ditawarkan sehingga 108% daripada harga belian termasuk kos-kos terbabit seperti Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)/ Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dan Takaful Rumahku Long Term (TRLT) dan yuran guaman dengan:

  • Pinjaman/pembiayaan minima – RM25,000.00
  • Pinjaman/pembiayaan maksima – RM60,000.00
  • Bayaran balik pinjaman/pembiayaan tidak melebihi 70% daripada pendapatan kasar isi rumah bulanan 

 

 

 

 

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family