1. Adakah majikan perlu memaklumkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sekiranya ingin melakukan pemberhentian pekerja?

  • Majikan perlu melaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang terdekat dengan mengisi Borang PK dan Lampiran 1 dalam tempoh 30 hari sebelum pemberhentian kerja dilaksanakan


2. Apakah itu Pemberhentian Secara Sukarela  VSS?

  • Pemberhentian secara sukarela mengikut pakej yang lebih baik yang ditawarkan oleh

1. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan pekerjaan/pekerja?

  • Anda boleh mendaftar di portal JobsMalaysia http://www.jobsmalaysia.gov.my dan membuat carian kerja/calon aau hadir ke pusat Jobsmalaysia yang terdekat.

1. Bagaimana untuk memohon geran SBGP-OKU?

  • Anda dikehendaki melengkapkan Borang SBGP-OKU dan memenuhi syarat-syarat senarai semak kemudian mengemukakan ke Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran dengan tempat perniagaan

 1. Apakah yang perlu disediakan oleh majikan sekiranya menggajikan pekerja?

  • Majikan perlu menyediakan kontrak perkhidmatan dan memberi satu salinan kepada pekerja sebaik pekerja memulakan perkhidmatan


2. Apakah boleh mengubah syarat-syarat perkhidmatan?

  • Mana-mana syarat perkhidmatan yang kurang memberi faedah kepada pekerja adalah terbatal dan tidak berkuatkuasa sekiranya tidak mengikut terma atau syarat yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955


3. Apakah tanggungjawab majikan sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan pekerja

  • Gaji ganti notis jika majikan tidak memberi notis yang mencukupi
  • Faedah penamatan kerja bagi pekerja yang genap 12 bulan berturut-turut perkhidmatanya dengan majikan yang sama
  • Cuti rehat tahunan jika berkelayakan
  • Lain-lain bayaran yang berhak diterima oleh pekerja contoh baki gaji


4. Berapakah tempoh notis penamatan yang perlu diberikan oleh majikan atau pekerja? Sekiranya tidak ada ternyata di dalam kontrak perkhidmatan tempohnya adalah seperti berikut:

  • Kurang dua tahun perkhidmatan 4 minggu notis atau 4 minggu upah ganti notis
  • Dua tahun tetapi kurang lima tahun perkhidmatan 6 minggu notis atau 6 minggu upah ganti notis
  • Lima tahun perkhidmatan ke atas 8 minggu notis atau 8 minggu upah ganti notis


5. Apakah yang patut dilakukan oleh majikan/pekerja sekiranya mana-mana pihak sengaja melanggar kontrak perkhidmatan?

  • Mana-mana pihak boleh menamatkan perkhidmatan tanpa notis sekiranya berlaku perlanggaran kontrak perkhidmatan yang disengajakan


6. Apakah tindakan yang perlu diambil bila pekerja melakukan kesalahan?

  • Majikan boleh memecat tanpa notis atau menurun pangkat pekerja atau mengenakan hukuman ringan yang berpatutan tanpa menjejaskan gajinya apabila telah melaksanakan penyiasatan dalaman

1. Berapa had minima gaji pekerja yang dilindungi oleh Akta Kerja 1955?

  • Mulai 1 April 2012, Gaji Pekerja yang dilindungi adalah sehinggan RM2000 sebulan (Tidak termasuk pekerja 'manual' yang tiada had gaji)


2. Bilakah tempoh terakhir pembayaran upah?

  • Tidak lewat daripada hari ke tujuh mana-mana tempoh upah


3. Bilakah segala pembayaran perlu dilakukan sekiranya pekerja ditamatkan?

  • Tidak lewat pada hari kontrak itu ditamatkan


4. Bilakah segala pembayaran perlu dilakukan sekiranya pekerja sendiri berhenti kerja?

  • Tidak lewat daripada hari ketiga kontrak itu ditamatkan oleh pekerja


5. Adakah upah perlu dibayar sekiranya pekerja tidak hadir disebabkan kehadiran di mahkamah atau dipenjarakan?

  • Upah tidak perlu dibayar kepada pekerja atas sebab di atas selain menjadi saksi bagi pihak majikannya


6. Bolehkah potongan upah dilakukan bila terlebih membayar upah pekerja pada lima bulan yang lepas?

  • Upah boleh dipotong hanya dalam masa tiga bulan sebelum atas kesilapan majikan sahaja


7. Bolehkah potongan dilakukan untuk tujuan pakaian seragam atau bil perubatan?

  • Boleh dilakukan apabila mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK)


8. Bolehkah pembayaran upah dibuat oleh majikan melalui bank atau cek?

  • Boleh dengan syarat mendapat surat persetujuan daripada pekerja

9. Apakah yang dimaksudkan kadar upah biasa?

  • Kadar upah biasa bagi pekerja bergaji bulan dikira mengikut formula:

Kadar Upah Bulanan
26

 

  • Kadar upah biasa bagi pekerja bergaji mingguan dikira mengikut formula:

Kadar Upah Mingguan
6

 


1. Adakah pekerja wanita boleh bekerja jam 12.00 malam?

  • Tidak boleh bekerja di antara jam sepuluh malam hinnga 5.00 pagi melainkan dengan kebenaran Ketua Pengarah

2. Dalam sektor manakah pekerja wanita dilarang bekerja?

  • Sektor perusahaan atau sektor pertanian dan dilarang bekerja di bawah tanah


3. Berapa harikah cuti bersalin bergaji yang pekerja wanita layak menerimanya?

  • 60 hari secara berterusan


4. Adakah seseorang pekerja wanita layak menerima gaji/elaun bersalin jika sudah ada lima orang anak?

  • Kelayakan menerima gaji/elaun bersalin setakat lima orang anak yang masih hidup


5. Berapakah jumlah elaun bersalin yang berhak diperolehi?

  • Bagi yang bergaji bulanan mereka dianggap telah menerima elaun bersalin apabila dibayar gaji bulanan berterusan. Walaubagaimana pun bagi mereka yang bergaji harian/jam/kadar jumlah elaun bersalin hendaklah bersamaan dengan kadar upah biasa sehari dan jika kurang dari RM 6.00 hendaklah dibayar sekurang-kurangnya RM 6.00 sehari.


6. Adakah cuti bersalin boleh diambil sebelum bersalin?

  • Cuti bersalin boleh diambil lebih awal apabila mendapat pengesahan dari pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang dilantik oleh majikan. Pekerja tersebut boleh mengambil cuti bersalin pada bila-bila masa dalam tempoh empat belas hari sebelum tarikh bersalin

7. Adakah seseorang pekerja wanita layak menerima elaun cuti bersalin apabila beliau berhenti kerja semasa mengandung lima bulan kemudian bekerja dengan majikan baru?

  • Layak menerima elaun bersalin dengan syarat beliau digajikan oleh majikan tersebut pada mana-mana hari dalam tempoh empat bulan sebelum bersalin dan digajikan sekurang-kurangnya sembilan puluh hari dalam tempoh mengandung


8. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk mendapat elaun bersalin?

  • Melahirkan anak setakat lima orang yang masih hidup
  • Digajikan pada mana-mana hari dalam tempoh empat bulan sebelum bersalin
  • Digajikan sekurang-kurangnya sembilan puluh hari dalam tempoh mengandung


9. Apakah had kerja lebih masa? Had kerja lebih masa tidak boleh melebihi 104 jam dalam sebulan?


10. Berapa jumlah jam bekerja yang dibenarkan untuk sehari?

  • Tidak melebihi lapan jam sehari
  • Tidak lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat tidak kurang daripada tiga puluh minit
  • Tidak melebihi tempoh sepuluh jam satu hari
  • Tidak melebihi empat puluh lapan jam dalam satu minggu
  • Tidak boleh melebihi 12 jam sehari bagi pekerja yang bekerja syif


11. Bagaimana sekiranya pekerja bekerja pada cuti rehat mingguan?

  • Majikan dikehendaki membuat bayaran kerja pada cuti rehat mingguan seperti berikut:

    Upah bulanan: Jika bekerja kurang dari separuh jam kerja biasa bayaran bersamaan separuh hari gaji pada kadar upah biasa. jika bekerja lebih dari separuh tetapi tidak melebihi jam kerja biasa bayaran bersamaan satu hari gaji pada kadar upah biasa.

    Upah harian/jam/kadar: Bekerja kurang dari separuh jam kerja biasa bayaran bersamaan satu hari gaji pada kadar upah biasa. Jika bekerja lebih dari separuh tetapi tidak melebihi jam kerja biasa bayaran bersamaan dua hari upah pada kadar upah biasa


12. Bagaimana pengiraan kerja lebih masa?

  • Kerja pada hari biasa dengan kadar satu setengah (1.5)

    Pengiraan

Upah Bulanan

:

Upah ÷ 26 ÷ 8 X 1.5 X Jumlah Jam Kerja Lebih Masa

Upah Harian

:

Upah ÷ 8 X 1.5 X Jumlah Jam Kerja Lebih Masa

 

  • Kerja pada hari cuti rehat mingguan dengan kadar dua (2.0)

    Pengiraan

Upah Bulanan

:

Upah ÷ 26 ÷ 8 X 2.0 X Jumlah Jam Kerja Lebih Masa

Upah Harian

:

Upah ÷ 8 X 2.0 X Jumlah Jam Kerja Lebih Masa

 

  • Kerja pada hari cuti kelepasan am dengan kadar tiga (3.0)

    Pengiraan

Upah Bulanan

:

Upah ÷ 26 ÷ 8 X 3.0 X Jumlah Jam Kerja Lebih Masa

Upah Harian

:

Upah ÷ 8 X 3.0 X Jumlah Jam Kerja Lebih Masa

 


1. Berapa hari cuti rehat mingguan yang layak diperolehi oleh pekerja?

  • Pekerja layak sekurang-kurangnya satu hari cuti rehat mingguan dalam 1 minggu tetapi sekiranya terdapat lebih dari satu hari cuti rehat, maka hari yang terakhir adalah dikira sebagai cuti rehat mingguan

2. Berapakah jumlah minimum cuti umum yang layak oleh pekerja dalam setahun?

 Sekurang-kurangnya 11 hari cuti yang diwartakan dalam setahun termasuk lima hari cuti umum iaitu:

  • Hari Kebangsaan;
  • Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong;
  • Hari Keputeraan Raja-Raja atau Yang di-Pertua Negeri / Hari Wilayah Persekutuan
  • Hari Pekerja
  • Hari Malaysia


3. Berapakah kadar bayaran bagi kerja pada hari cuti kelepasan am?

  • Bagi pekerjayang bergaji bulanan, mingguan, harian dan jam, kadar upah dibayar 2 hari upah pada kadar biasa. Bagi pekerja yang dibayar upah mengikut kadar kerja (piece rate), kadar upah dibayar 2 kali ganda kadar biasa bagi satu kadar


4. Berapakah jumlah cuti tahunan yang layak diperolehi oleh seorang pekerja?

  • Kurang dua tahun - 8 hari setahun
  • Dua tahun hingga kurang lima tahun – 12 hari setahun
  • Lima tahun dan ke atas – 16 hari setahun


5. Apakah syarat yang melayakkan pekerja mendapat cuti tahunan?

  • Pekerja perlulah bekerja bagi tempoh 12 bulan berturutan dengan majikan yang sama tetapi sekiranya pekerja tidak hadir bekerja tanpa kebenaran majikan tanpa alasan munasabah melebihi 10% daripada 12 bulan hari bekerja maka pekerja tersebut telah hilang hak untuk mendapat cuti tahunan


6. Berapakah jumlah cuti sakit berbayar yang berhak didapati oleh seorang pekerja?

  • Kurang dua tahun - 14 hari setahun
  • Dua tahun hingga kurang lima tahun – 18 hari setahun
  • Lima tahun dan ke atas – 22 hari setahun
  • Hospitalisasi 60 hari secara agregat


7. Adakah sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor pergigian boleh dianggap sebagai cuti sakit berbayar?

  • Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor pergigian boleh diterima sebagai cuti sakit


8. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk menyerahkan sijil cuti sakit kepada majikan?

  • Sijil cuti sakit perlu diserahkan kepada majikan dalam tempoh 48 jam daripada cuti sakit itu bermula


9. Adakah pekerja berhak mendapat cuti sakit berbayar ketika beliau mendapat elaun bersalin?

  • Pekerja tidak layak mendapat cuti sakit berbayar bagi tempoh dimana pekerja berhak mendapat elaun bersalin


10. Adakah pekerja berhak mendapat cuti sakit berbayar ketika beliau mendapat kemalangan?

  • Pekerja tidak layak mendapat cuti sakit berbayar bagi tempoh dimana pekerja berhak mendapat pampasan hilangupaya di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau bayaran berkala hilangupaya sementara di bawah Akta Perkeso 1969


11. Adakah cuti tahunan boleh digantikan dengan cuti sakit semasa sedang bercuti tahunan?

  • Cuti tahunan dianggap tidak diambil

 

1. Apakah syarat-syarat asas berkaitan faedah penamatan kerja?

  • Kontrak perkhidmatan ditamatkan oleh majikan di bawah suatu kontrak yang berterusan tidak kurang 12 bulan.

2. Apakah sebab-sebab majikan wajib membayar faedah penamatan kerja?

  • Faedah penamatan kerja wajib dibayar apabila majikan menamatkan kontrak perkhidmatan atas apa jua sebab.


3. Adakah terdapat pengecualian bagi majikan membayar faedah penamatan kerja?

 Ya, majikan dikecualikan membayar faedah penamatan kerja apabila:

  • Kontrak perkhidmatan ditamatkan atas sebab pekerja telah mencapai umur persaraan
  • Pekerja telah ditamatkan perkhidmatan di bawah Seksyen 14(1)(a) Akta Kerja 1955 selepas siasatan sewajarnya dilakukan
  • Pekerja sendiri telah meletakkan jawatan kecuali di bawah Seksyen 13(2) atau 14 (3) Akta Kerja 1955
  • pekerja yang kontrak perkhidmatannya diperbaharui atau digajikan semula dengan syarat terma dan syarat-syarat perkhidmatan adalah sama atau lebih baik


4. Apakah kadar bayaran faedah penamatan kerja?

 Jumlah bayaran faedah penamatan kerja tidak boleh kurang daripada berikut:

  • Kurang dua tahun berkhidmat – 10 hari upah setiap tahun perkhidmatan
  • Lebih dua tahun tetapi kurang lima tahun – 15 upah setiap tahun perkhidmatan
  • Lima tahun ke atas berkhidmat - 20 upah setiap tahun perkhidmatan


5. Bilakah faedah penamatan kerja wajib dibayar?

  • Faedah penamatan kerja wajib dibayar pada hari ke tujuh dari tarikh penamatan berkuatkuasa


6. Adakah majikan wajib memberikan butir-butir tentang pembayaran faedah penamatan kerja?

  • Majikan wajib menyediakan penyata yang mengandungi butir-butir berkaitan pengiraan faedah penamatan kerja


7. Dalam keadaan apakah rentikerja sentara berlaku?

  • Ia berlaku apabila majikan tidak dapat memberikan pekerja kerja di mana upah dibayar berdasarkan kerja yang diberikan di dalam kontrak perkhidmatan tidak kurang dari 12 hari dalam mana-mana tempoh empat minggu yang berturutan


8. Apakah kadar bayaran rentikerja sentara?

 Jumlah bayaran rentikerja sentara tidak boleh kurang daripada berikut:

  • Kurang dua tahun berkhidmat – 10 hari upah setiap tahun perkhidmatan
  • Lebih dua tahun tetapi kurang lima tahun – 15 hari upah setiap tahun perkhidmatan
  • Lima tahun ke atas berkhidmat - 20 upah hari setiap tahun perkhidmatan

 

9. Apakah formula pengiraan bayaran faedah penamatan kerja dan rentikerja sentara?

  • 12 Bulan Upah ÷ 365 X Kelayakan Kadar X Tempoh Perkhidmatan


10. Adakah kegagalan majikan untuk membayar rentikerja sentara menyebabkan kontrak perkhidmatan terputus?

  • Kegagalan majikan untuk membayar rentikerja sentara tidak menyebabkan kontrak perkhidmatan terputus

 

1. Apakah hukuman jika majikan lewat membayar upah?

  • Majikan yang lewat membayar upah adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 91(a) dan boleh dikenakan denda tidak lebih sepuluh ribu ringgit setiap kesalahan di bawah Seksyen 99a


2. Apakah hukuman jika majikan membuat potongan terhadap upah yang berlawanan dengan Seksyen 24?

  • Majikan yang membuat potongan terhadap upah adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 91(c) dan boleh dikenakan denda tidak lebih sepuluh ribu ringgit setiap kesalahan di bawah Seksyen 99a


3. Apakah hukuman jika majikan gagal membayar gaji cuti sakit?

  • Majikan yang gagal membayar gaji cuti sakit adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 100(5) dan sabit kesalahan mahkamah boleh memerintahkan majikan membayar jumlah gaji cuti sakit seolah-olah denda dikenakan di bawah Seksyen yang sama

1. Apakah hukuman jika majikan gagal mematuhi perintah “Mahkamah Buruh” ?

  • Majikan yang gagal mematuhi perintah atau keputusan ‘Mahkamah Buruh” adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 69 (4) (atau Seksyen 69e bagi kes difailkan di bawah Seksyen 69b atau 69c). Sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak lebih RM 10,000.00 dan denda harian berjumlah rm 100.00 sehari akan dikenakan bagi kesalahan berterusan

2. Apakah Mahkamah Buruh?

  • Ia merujuk kepada prosiding siasatan dimana Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk mendengar dan memutuskan aduan yang terbit berkaitan upah dan lain-lain bayaran di bawah kontrak perkhidmatan serta bayaran statutori yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955 dan akta majlis penetapan gaji 1948

3. Apakah objektif Mahkamah Buruh?

  • Objektifnya adalah untuk menyelesaikan pertikaian secara mudah, murah dan cepat


4. Berapakah jangka masa penyelesaian kes di Mahkamah Buruh?

  • Secara amnya,sasaran yang ditetapkan untuk penyelesaian kes ditetapkan tidak lebih tiga (3) bulan bergantung kepada kompleksiti undang-undang yang terlibat


5. Siapa yang boleh membuat aduan di Mahkamah Buruh?

  • Pekerja-pekerja yang termasuk di bawah takrifan pekerja di bawah jadual pertama Akta Kerja 1955. Bagi pekerja yang tidak termasuk di bawah takrifan jadual pertama boleh memfailkan aduan di bawah peruntukkan Seksyen 69b. Bagi majikan pula, mereka boleh membuat aduan bagi tuntutan indemniti notis samada di bawah sesyen 69 atau Seksyen 69c yang mana berkaitan


6. Apakah jumlah maksimum tuntutan di Mahkamah Buruh?

  • Mahkamah Buruh tidak mempunyai had jumlah tuntutan.


7. Berapakah kos untuk memfailkan aduan di Mahkamah Buruh?

  • Pemfailan aduan adalah secara percuma. Kos-kos yang terlibat seperti pengangkutan dan lain-lain ditanggung oleh pihak masing-masing


8. Adakah peguam boleh hadir untuk mewakili pihak-pihak di dalam prosiding Mahkamah Buruh?

  • Perwakilan tidak diperuntukkan dibawah Akta Kerja 1955. Walaubagaimanpun, pegawai yang mengendalikan kes boleh menggunakan kuasa budibicara bagi membenarkan mana-mana pihak di dalam kes yang dikendalikan untuk diwakili. Mana-mana pihak di dalam kes yang ingin diwakili hendaklah mengemukakan borang surat kuasa bertindak sebelum kes bermula

9. Sekiranya perintah dibuat bagi pihak saya dan tidak dipatuhi. Apakah tindakan seterusnya yang boleh diambil?

  • Apabila perintah yang dibuat gagal dipatuhi oleh pihak yang perintah telah dibuat terhadapnya. Maka perintah tersebut boleh dikuatkuasakan di mahkamah sesyen atau majistret yang berkaitan seolah-olah perintaha tersebut adalah perintah yang dibuat oleh mahkamah yang berkenaan. Selain itu kegagalan mematuhi perintah atau keputusan ya ng dibuat merupakan kesalahan di bawah Seksyen 69 (4) dan Seksyen 69e


10. Sekiranya tidak berpuashati dengan keputusan atau perintah yang dibuat. Bolehkan ia dirayu?

  • Rayuan terhadap keputusan atau perintah boleh dibuat di Mahkamah Tinggi di dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan atau perintah dibuat


11. Bagaimana proses rayuan dibuat?

  • Proses rayuan dibuat dengan memfailkan notis rayuan sebanyak empat (4) salinan dengan fee pemfailan sebnyak RM 100.00 dalam bentuk Setem Hasil. Selain itu, hendaklah menyertakan sekali deposit rayuan berjumlah RM 250 di dalam bentuk kiriman wang atau bank deraf. Kesemua perkara yang dinyatakan itu hendaklah dikemukakan ke Pejabat Tenaga Kerja dimana perintah atau keputusan itu dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan atau perintah dibuat

1. Bagaimanakah untuk memfailkan aduan?

  • Aduan boleh dibuat dengan hadir secara sendiri ke Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia :
  • Aras 5, Blok D3, Kompleks D, 62530, Putrajaya.
  • telafon : 03-8000 8000
  • Faksimili : 603-8889 2368
  • E-Mel :  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • atau Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran

1. Dalam tempoh berapa lamakah majikan wajib melaporkan kemalangan yang berlaku keatas pekerja asing yang digajikan?

  • Kemalangan yang berlaku terhadap pekerja asing mestilah dilaporkan oleh majikan dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh kemalangan berlaku


2. Apakah jenis insuran yang wajib diambil oleh majikan apabila menggajikan pekerja asing?

  • Majikan yang menggajikan pekerja asing wajib menginsurankan dirinya dengan penanggung insuran yang dilantik sebagai panel di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA)

 

 

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family