Pemberhentian pekerja bermaksud penamatan kontrak perkhidmatan akibat penutupan syarikat dan berlebihan pekerja. Keadaan berlebihan pekerja yang boleh timbul adalah berikutan daripada beberapa sebab seperti penyusunan semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, perubahan teknologi, pengambilalihan syarikat dan lain-lain. Ini tidak termasuk jenis-jenis penamatan kontrak perkhidmatan akibat tindakan disiplin dan pemecatan terhadap pekerja. 

 

Apabila timbul keadaan berlebihan pekerja, majikan hendaklah terlebih dahulu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan pemberhentian pekerja sebagaimana yang dicadangkan di dalam Tatacara Untuk Keharmonian Perusahaan, iaitu :-

2.1 Membekukan pengambilan pekerja baru kecuali bagi bidang-bidang yang kritikal;

2.2 Menghadkan kerja lebih masa;

2.3 Menghadkan kerja pada hari rehat mingguan dan cuti am;

2.4 Mengurangkan hari-hari bekerja dalam seminggu atau mengurangkan bilangan kerja giliran;

2.5 Mengurangkan waktu bekerja harian;

2.6 Mengadakan program latihan semula kepada pekerja;

2.7 Mengenalpasti kerja-kerja alternatif dan pertukaran ke bahagian/kerja lain di dalam syarikat yang sama;

2.8 Melaksanakan pemberhentian kerja sementara (lay-off) misalnya dalam bentuk penutupan sementara (temporary shut down) dengan menawarkan gaji yang berpatutan dan membantu mereka mendapatkan kerja sementara di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan semula. Jika majikan melaksanakan pemberhentian sementara, maklumat berapa lama tempoh pemberhentian sementara tersebut hendaklah dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) untuk tujuan pemantauan sama ada pekerja tersebut diambil semula bekerja atau ditawarkan Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) atau pemberhentian tetap pada masa-masa hadapan; dan

2.9 Mengurangkan gaji pekerja (Pay-Cut) yang dibuat secara adil di semua peringkat boleh juga dilaksanakan sebagai langkah terakhir selepas langkah-langkah penjimatan kos lain sudah dilaksanakan.

Langkah-langkah di butiran 2.7, 2.8 dan 2.9 hendaklah dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.

 

Jika pemberhentian pekerja perlu dilakukan juga walaupun langkah-langkah di para 3 telah diambil, majikan hendaklah berusaha melaksanakan langkah-langkah seperti berikut untuk meringankan kesan negatif ke atas pekerja-pekerja yang terbabit:-

3.1 Memaklum dan mengadakan perbincangan dengan pekerja-pekerja atau Kesatuan Sekerja yang mewakili mereka dengan secepat mungkin mengenai pemberhentian pekerja yang akan dilakukan;

3.2 Menawarkan skim pemberhentian/persaraan secara sukarela dengan kadar bayaran pampasan yang sebaik mungkin;

3.3 Membayar pampasan atau faedah penamatan kerja kepada pekerja yang layak;

3.4 Membersarakan pekerja-pekerja yang berumur lebih dari umur persaraan biasa;

3.5 Memberi notis penamatan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan di dalam kontrak perkhidmatan. Jika tiada peruntukan mengenainya di dalam kontrak perkhidmatan tersebut, majikan hendaklah memberi notis seperti yang dinyatakan di bawah Akta Kerja 1955 berikut;

a) 4 minggu notis jika pekerja telah bekerjaselama kurang daripada 2 tahun;

b) 6 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau

c) 8 minggu notis jika pekerja telah bekerja lebih daripada 5 tahun.



3.6 Membantu pekerja-pekerja mencari kerja di tempat pekerjaan lain sebelum pemberhentian dibuat dengan kerjasama JTKSM di bawah Kementerian Sumber Manusia;

3.7 Melaksanakan pemberhentian pekerja secara berperingkat-peringkat dalam tempoh yang lebih panjang;

3.8 Melaksanakan prinsip ‘FWFO’ (Foreign Worker - First Out) dalam kategori pekerjaan yang sama dalam memberhentikan pekerja, iaitu pekerja asing diberhentikan terlebih dahulu daripada pekerja tempatan; dan

3.9 Melaksanakan prinsip ‘LIFO’ (Last – In – First – Out) jika pemberhentian melibatkan pekerja tempatan dan dalam kategori pekerjaan yang sama. Walau bagaimanapun, majikan juga boleh melaksanakan pemberhentian pekerja berdasarkan kriteria-kriteria tertentu setelah berunding dan mendapat persetujuan dari pihak pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.



 

4.1 Majikan dikehendaki melaporkan kepada JTKSM yang terdekat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum mana-mana tindakan yang dinyatakan di bawah ini dilaksanakan dengan menggunakan Borang Pemberhentian (Borang PK), mengikut jenis pemberhentian yang akan dilaksanakan oleh majikan:-

4.1.1 Pemberhentian Pekerja (Rentrenchment);

4.1.2 Pemberhentian Pekerja Secara Sukarela (Voluntary Separation);

4.1.3 Pemberhentian Kerja Sementara (Lay-Off); atau

4.1.4 Pengurangan Gaji Pekerja (Pay-Cut).

4.2 Borang Pemberhentian ini boleh diperoleh secara percuma dari mana-mana Pejabat Tenaga Kerja di seluruh Semenanjung Malaysia atau boleh dimaut turun dari bahagian

Muat Turun Borang : Borang Umum

4.3 Borang Pemberhentian ini telah diwartakan sebagai P.U (B) 430/2004 pada 11 November 2004dan kepada mana-mana majikan yang gagal mematuhi perkara ini

adalah melakukan satu kesalahanmengikut seksyen 63 Akta Kerja 1955, dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan.

 

 

Pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja adalah layak kepada faedah-faedah penamatan kerja yang paling minimum sekiranya mereka dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau Perjanjian Bersama.

5.1 Akta Kerja 1955

Secara amnya, pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 dan terlibat dengan pemberhentian adalah layak untuk menuntut faedah-faedah statutori berikut:

5.1.1 Akta Kerja 1955

Secara amnya, pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 dan terlibat dengan pemberhentian adalah layak untuk menuntut faedah-faedah statutori berikut:

5.1.1 Gaji ganti notis

Pekerja yang diberhentikan kerja tanpa diberi tempoh notis penamatan perkhidmatan yang mencukupi, boleh menuntut bayaran gaji gantirugi notis (Indemniti). Gaji gantirugi notis hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada hari terakhir kontrak perkhidmatan ditamatkan.

5.1.2 Faedah penamatan kerja

Pembayaran faedah pemberhentian kerja hendaklah mengikut kontrak perkhidmatan, tetapi tidak boleh kurang daripada kadar yang ditetapkan di bawah Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, Akta Kerja 1955 iaitu:-

a) 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat kurang daripada 2 tahun;

b) 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat selama2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau

c) 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat 5 tahun atau lebih dan dikira pro-rata mengenai tempoh yang tidak genap setahun, mengikut genap bulan yang hampir sekali.



Formula yang ditetapkan di bawah Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, iaitu :


Gaji 12 Bulan
365 Hari
X Tempoh Perkhidmatan
(Bilangan Tempoh Berkhidmat)
X Kelayakan
(10/15/20 Hari Setahu



5.1.3 Pekerja berhak mendapat butir-butir bertulis tentang amaun jumlah faedah penamatan dan cara kiraan dibuat.

Faedah penamatan kerja hendaklah dibayar selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh pekerja ditamatkan perkhidmatan.

5.1.4 Bayaran sebagai ganti baki cuti tahunan, sekiranya ada.

5.1.5 Baki Gaji

5.1.6 Pekerja-pekerja yang terlibat dengan pemberhentian boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran untuk maklumat lanjut.


5.2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967

5.2.1 Jika pekerja yang terlibat dengan pemberhentian merupakan ahli kesatuan sekerja dan menandatangani Perjanjian Bersama, pekerja tersebut layak kepada perkara-perkara

tersebut ;

i) Pampasan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perjanjian Bersama;atau

ii) Pemulihan Kerja di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, sekiranya pekerja tidak berpuas hati dengan tindakan pemberhentian yang dilakukan oleh majikannya

5.2.2 Bagi pekerja-pekerja yang tidak dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh (Sabah bab 67) atau Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) atau Perjanjian

Bersama,mereka tertakluk kepada terma dan syarat di bawah kontrak perkhidmatan atau budi bicara majikan berhubung jumlah pampasan yang akan diterima.

5.2.3 Pekerja bolehlah mendapatkan khidmat nasihat selanjutnya dari Jabatan Perhubungan Perusahaan yang berhampiran dengan tempat kerja.

 

  Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pekerja yang diberhentikan adalah:

i. Laporkan cadangan atau tindakan Pemberhentian yang akan atau telah diambil oleh majikan mereka kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan.

ii. Mendaftarkan diri di Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan sama ada secara hadir sendiri dengan membawa bersama kad pengenalan, sijil-sijil dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan atau secara talian terus (online) di dalam portal pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja iaitu www.jobsmalaysia.gov.my.

iii. Pastikan bayaran pampasan atau faedah penamatan kerja telah diterima (sekiranya layak).

iv. Laporkan kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan sekiranya telah memperolehi pekerjaan baru.



 

 

 

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family