• Definisi ladang seperti dibawah Akta 446 ialah mana-mana tanah pertanian yang melebihi 20 hektar luasnya, yang diatasnya apa-apa jenis urusan pertanian dijalankan atau yang di atasnya hasil apa-apa tumbuhan atau pokok dikutip atau diproses atau mana-mana lombong atau mana-mana tempat pekerjaan lain yang diisytiharkan oleh Menteri dari masa kesemasa.

  • Pembinaan perumahan pekerja adalah atas dasar sukarela jika majikan mengambil keputusan membina rumah pekerja, majikan hendaklah membina mengikuti sepertimana Peraturan-peraturan Standard-Standard Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990, dan mematuhi semua peraturan dibawahnya seperti menyediakan bekalan air/ bekalan letrik yang mencukupi, dan kemudaha asas yang lain seperti mana dalam Akta 446 1990.

  • Orang tanggungan pekerja estet adalah suami/isteri, bapa/ibu, (termasuk bapa/ibu tiri), datuk/nenek, anak( termasuk anak tiri) saudara lelaki/perempuan,( termasuk saudara lelaki/perempuan seibu/sebapa, dan saudara tiri lelaki dan perempuan) seseorang pekerja yang bergantung kepada pekerja itu, termasuklah:
  1. Anak iaitu anak tak sah taraf atau anak angkat mengikut mana-mana undang bertulis berhunung dengan pengangkatannya
  2. Mengenai ibu/bapa, ibubapa seorang anak yang tidak sah taraf dan mana-mana orang yang mengambil pekerja sebagai anak angkat mengikut mana-mana undang bertulis berhubung dengan pengangkatannya.

         1.   Seorang pekerja yang menetap ditempat pekerjaan, majikan pekerja sedemikian hendaklah mengetepikan tanah yang telah dibersihkan , bagi diuntukkan kepada pekerja bagi penanaman, dan ragut.

         2.   Seorang pekerja yang menetap di tempat pekerjaan yang telah diambil bekerja tidak kurang daripada 6 bulan, adalah berhak kepadanya kawasan seluas 250 meter persegi daripada tanah yang diketepikan. Dengan syarat:

 

c.    Tanah yang diuntukkan kepada pekerja hendaklah terletak seberapa dekat yang boleh dengan rumah pekerja,

d.    Tanah untuk ragut hendaklah kecuali dengan kebenaran bertulis daripada seorang pegawai Perubatan Kesihatan, terletak dijarak yang tidak kurang daripada 183 meter dari rumah pekerja.


  • Adalah menjadi kewajiban majikan ladang menyediakan bekalan air secara percuma dan elektrik yang mencukupi kepada pekerja ladang dan lain-lain kemudahan asas yang lain. Pekerja yang mendiami rumah pekerja estet dan didapati tidak menyediakan kemudahan asa yang ditetapkan, bolehlah membuat aduan ke pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran untuk tindakan yang sewajarnya.

             

 

 

 

KSM dan Jabatan : 1ksm
jtm
jpk
jtksbh
jtkswk
ksm
mpm
 
 
Pautan Luar : 1malaysia
mygov
bless
epsa
pemudah
jobsmalaysia
kokesuma
msc
 

Login Warga JTKSM

Tetapan w3c /w3c Setting

Warna / Color

Blue Oranges Red


Background Color ( Warna Latar)
Text Color
( Warna Tulisan)
Saiz Tulisan / Font-size
Jenis Tulisan / Font-family