Khidmat MySMS

  

Facebook

 

1Malaysia

1KSM

  
Penempatan Pekerjaan Sabtu ini PDF Cetak E-mail
Friday, 27 February 2009

JOHOR BAHRU 26 Feb. - Jabatan Tenaga Kerja Johor akan mengadakan program Hari Penempatan Pekerjaan 2009 peringkat negeri bagi menawarkan pekerjaan kepada mereka yang diberhentikan kerja ekoran kemelesetan ekonomi global.

Jabatan berkenaan dalam kenyataannya menyebut, program tersebut akan diadakan di Plaza Kotaraya di sini mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang, Sabtu ini.

''Program ini bertujuan untuk menempatkan pencari-pencari kerja dengan pekerjaan sesuai dan memberi peluang latihan kemahiran kepada mereka," katanya di sini semalam.

Katanya, orang ramai dijemput menghadiri program berkenaan yang menyediakan peluang sesi temuduga secara terbuka bagi pelbagai jawatan menarik.

"Sila bawa sijil asal dan salinan dokumen yang berkaitan," katanya sambil menambah mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pihaknya di talian 07-2275082 atau 2275080.

(Utusan Malaysia, 27 Februari 2009)

 
< Prev   Seterusnya >

Disclaimer : The Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
 
JTKSM Portal - Best Viewed 1024 x 768 with IE 7.0 and Mozilla Firefox
©2009. All Rights Reserved, Labour Department Peninsular Malaysia