Khidmat MySMS

  

Facebook

 

1Malaysia

1KSM

  
Soalan Lazim PDF Cetak E-mail
Thursday, 17 April 2008

Kontrak Perkhidmatan

Soalan 1
Apakah yang dimaksudkan dengan Kontrak Perkhidmatan?

Jawapan 1
Sebarang perjanjian (sama ada lisan atau bertulis dan sama ada dinyatakan atau dibayangkan) di mana seseorang itu bersetuju untuk mengambil seseorang yang lain bekerja dan pekerja itu pula bersetuju untuk berkhidmat kepada majikannya sebagai seorang pekerja. Termasuk kontrak perantisan.

Hari

Soalan 2
Definisi Hari?

Jawapan 2 
Satu jangkawaktu yang berterusan selama 24 jam bermula pada tengah malam. 

Pekerja 

Soalan 3
Apakah yang dimaksudkan Pekerja di dalam Akta Kerja 1955?

Jawapan 3
Seseorang yang termasuk di dalam sebarang golongan di dalam Jadual Pertama. Seseorang yang telah menandatangani sesuatu kontrak perkhidmatan dengan seseorang majikan serta mendapat upah tidak melebihi RM 1,500 sebulan; dan 

-      Seseorang, tanpa mengambil kira  gaji yang diperolehinya dengan seseorang majikan dan:
-      Bekerja sebagai buruh kasar;
-      Bekerja di dalam pengendalian atau penyenggaraan; 
-      Kenderaan bermotor ( untuk tujuan pengangkutan ataupun perdagangan ); 
-      Sebagai penyelia kepada buruh-buruh kasar; 
-      Bekerja di dalam kapal yang didaftarkan di Malaysia (tertakluk kepada pengecualian);atau     
-      Bekerja sebagai pembantu rumah.

Seseorang yang dibawah perintah Menteri merujuk kepada undang-undang di bawah sub-s(3) atau s2A.

Pekerja Separuh Masa

Soalan 4 
Apakah dia Pekerja Separuh Masa?

Jawapan 4
Seseorang yang tergolong di dalam Jadual Pertama; purata kerjanya tidak melebihi 70% daripada jumlah jam kerja seorang pekerja sepenuh masa, pekerjaannya adalah sama di dalam sebuah pejabat yang sama.   

Majikan

Soalan 5
Siapakah yang dikatakan Majikan?
 
Jawapan 5
Seseorang yang telah menandatangani sesuatu kontrak perkhidmatan untuk mengambil bekerja untuknya. Termasuk ejen, pengurus.

Kerja Syif

Soalan 6
Apakah yang dimaksudkan Kerja Syif?
 
Jawapan 6
Sifat sesuatu pekerjaan itu, adakalanya memerlukan ianya dijalankan sepanjang masa, oleh dua ataupun lebih syif.

Tempoh Waktu Selama 10 jam

Soalan 7
Apakah Tempoh Waktu Selama 10 jam?

Jawapan 7
Satu tempoh waktu selama 10 jam yang berterusan bermula daripada seseorang pekerja itu mula bekerja untuk hari tersebut, termasuklah masa rehatnya.

Minggu

Soalan 8
Bagaimana Minggu ditafsirkan?

Jawapan 8
Satu tempoh selama tujuh hari berturut-turut.


Gaji

Soalan 9
Apakah Gaji?

Jawapan 9
Gaji pokok dan segala pembayaran tunai yang perlu dibayar kepada seseorang pekerja berdasarkan kepada kontrak pekerjaannya tetapi tidak termasuk:
-   Nilai tempat tinggal, makanan, bahan api, lampu, air, rawatan perubatan, ataupun sebarang keperluan dan perkhidmatan;

(i) Nilai tempat tinggal, makanan, bahan api, lampu, air, rawatan perubatan, ataupun sebarang keperluan dan perkhidmatan; 
(ii) Caruman yang dibayar oleh majikan kepada tabung pencen, tabung pekerja, skim anuiti, pemberhentian kerja, penamatan perkhidmatan, skim buang kerja atau persaraan, skim penjimatan, atau sebarang tabungan yang lain bagi menjaga kebajikan pekerja;  
(iii) Jumlah yang perlu dibayar kepada pekerja berdasarkan kepada perbelanjaan-perbelanjaan yang termasuk dalam urusan    pekerjaanya itu.
(iv) Elaun perjalanan atau nilai konsesi perjalanan. 
(v) Ganjaran akibat pemberhentian atau persaraan; dan bonus tahunan. 

Mengikut Jadual Pertama, gaji tidak termasuk bayaran komisyen, elaun nafkah dan bayaran kerja lebih masa.           

Soalan 10
Bolehkah seseorang majikan menandatangani sesuatu kontrak perkhidmatan di mana syarat dan peruntukannya tidak berlandaskan kepada Akta ini?

Jawapan 10

(i) Syarat dan peruntukan kontrak perkhidmatan mestilah tidak kurang daripada peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan di bawah Akta ini.
(ii) Sekiranya terjadi,ianya akan terbatal dan tidak efektif. Ia akan digantikan dengan syarat ada peruntukan yang telah ditetapkan di bawah Akta ini.

Soalan 11
Adakah kesemua kontrak perkhidmatan mesti di dalam bentuk bertulis? Adakah klausa wajib yang perlu dimasukkan ke dalam kontrak?

Jawapan 11
i) Apabila sifat sesuatu kerja perlu dibuat itu melebihi sebulan, kontrak perkhidmatan perlu dibuat di dalam bentuk bertulis.

ii) Klausa penamatan kontrak bagi kedua-dua pihak perlu dimasukkan. 

Soalan 12
Berapa lamakah notis penamatan perkhidmatan yang perlu diberi sama ada oleh majikan ataupun pekerja?

Jawapan 12

(i) Jangkamasa notis tersebut mestilah sama bagi majikan ataupun pekerja dan perlu diterangkan di dalam kontrak perkhidmatan.
(ii) Jika ianya tidak diterangkan, jangkamasa minima sesuatu notis itu mestilah seperti berikut :-

Tempoh perkhidmatan kurang dari 2 tahun

 

notis 4 minggu

 

Tempoh perkhidmatan lebih dari 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun

 

notis 6 minggu

 

Tempoh perkhidmatan 5 tahun atau lebih

 

notis 8 minggu

 

 


Soalan 13
Bolehkah penamatan kontrak dibuat tanpa memberi notis sama ada oleh majikan ataupun pekerja?

Jawapan 13 

(i) Kedua-dua pihak boleh menamatkan kontrak tanpa notis dengan cara membayar ganti rugi kepada pihak yang satu lagi bersamaan dengan jumlah gaji sepanjang tempoh notis ataupun sebahagian daripada tempoh notis.
(ii) Jika terdapat sebarang perlanggaran kontrak perkhidmatan secara sengaja oleh mana-mana pihak, pihak yang lain boleh menamatkan kontraknya tanpa memberi sebarang notis.

Soalan 14
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh majikan sekiranya ia mendapati pekerjanya melakukan salah laku dan perihal salah laku ini bertentangan dengan syarat-syarat pekerjaannya?

Jawapan 14
Selepas penyiasatan terperinci dan setelah mendapati perihal salah laku ini bertentangan dengan syarat-syarat pekerjaannya sama ada yang tersurat atau tersirat, seseorang majikan boleh ;

(i) Membuang pekerjanya tanpa memberi notis
(ii) Menurunkan pangkatnya;
(iii) Menggantung pekerja tersebut tanpa gaji untuk tempoh tidak melebihi dua minggu; ataupun
(iv) Menggantung pekerja tersebut tanpa gaji untuk tempoh tidak melebihi dua minggu; ataupun 

Untuk tujuan penyiasatan, seseorang majikan boleh menggantung pekerjanya daripada bekerja untuk tempoh maksima 2 minggu (tidak kurang dari separuh gajinya). Gaji penuh mestilah diberikan semula sekiranya pekerja tersebut didapati tidak bersalah. 

 

 

 

Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 11 May 2010 )
 
< Prev

Disclaimer : The Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
 
JTKSM Portal - Best Viewed 1024 x 768 with IE 7.0 and Mozilla Firefox
©2009. All Rights Reserved, Labour Department Peninsular Malaysia