Khidmat MySMS

  

Facebook

 

1Malaysia

1KSM

  
Pengendalian Tuntutan Pampasan Pekerja PDF Cetak E-mail
Friday, 18 April 2008

Akta Pampasan Pekerja 1952 digubal untuk membantu pekerja asing:

  • yang bergaji tidak melebihi RM500.00 sebulan: dan
  • mereka yang bekerja dalam pekerjaan buruh kasar (manual labour) tanpa had gaji
    yang mengalami kecederaan akibat kemalangan yang berbangkit dari dan dalam masa pekerjaan.
 Ia juga memperuntukkan pembayaran pampasan kepada tanggungan pekerja jika pekerja itu menemui maut akibat daripada kemalangan yang dialami. Kategori kes tuntutan pampasan ialah seperti berikut: 
  • Kes Hilang upaya Sementara (HUS)
  • Kes Hilang Upaya Kekal (HUK)
  • Kes Maut
 Menteri Sumber Manusia melalui Perintah Pampasan Pekerja (Skim Pampasan Pekerja Asing) (Insurans) pada tahun 1996 dan 1998 telah melantik beberapa syarikat insurans untuk melaksanakan perkara berkaitan pampasan pekerja. Oleh kerana terdapat kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti, maka Menteri Sumber Manusia telah bersetuju untuk melantik syarikat pentadbiran SPPA Sdn Bhd bagi mengendalikan tuntutan pampasan pekerja asing. Nama Panel Penanggung Insurans adalah seperti berikut :

Bil 

Nama Panel 

 1  Allianz General Insurance Malaysia Berhad 
 2  Berjaya General Insurance Berhad 
 3  Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad 
 4  Lonpac Insurans Berhad 
 5  Malaysian Assurance Alliance Berhad 
 6  Mayban General Assurance Berhad 
 7  Malaysia National Insurance Berhad 
 8  Syarikat Takaful Malaysia Berhad 
 9  Takaful Nasional Sdn Bhd 
 10  Tahan Insurance Malaysia Berhad 
 11  Jerneh Insurance Berhad 
 12  Mayban Takaful Berhad 
 13  Multi-Purpose Insurans Berhad 
 14  MUI Continental Insurance Berhad 
 15  QBE Insurance (M) Berhad 
 16  RHB Insurance Berhad 
 17  Royal & Sun Alliance Insurance (M) Berhad 
 18  Takaful ikhlas Sdn Bhd 
 19  The Pacific Insurance Berhad 
 20  Tokio Marine Insurans (M) Berhad 
 21  Uni Asia General Insurance Berhad 
 22  Am Assurance Berhad 
 23  AXA Affin Assurance Berhad 
 24  Commerce Takaful Berhad 
 25  Progressive Insurance Bhd 
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 03 June 2010 )
 
< Prev   Seterusnya >

Disclaimer : The Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
 
JTKSM Portal - Best Viewed 1024 x 768 with IE 7.0 and Mozilla Firefox
©2009. All Rights Reserved, Labour Department Peninsular Malaysia