Bahasa:

Warna Tema: blue green red
Saiz Teks :
A- A A+

Majikan Dan Pekerja Harus Manfaatkan Semangat Maal Hijrah

 

Dato’ Mohd Jeffrey bin Joakim

Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

Hari Jumaat, 22 September 2017 bersamaan 1 Muharam 1439H menandakan bermulanya satu lagi lembaran baharu bagi umat Islam. Golongan pekerja dan majikan harus memanfaatkan semangat Maal Hijrah untuk melakukan perubahan pada diri, keluarga dan masyarakat. Pekerja adalah tonggak kemajuan negara. Sempena menyambut tahun baharu hijrah ini pekerja patut bersyukur kerana situasi perburuhan negara stabil dan harmoni. Oleh itu, semua pekerja diseru agar terus berdisiplin dan bekerja dengan ikhlas supaya rezeki lebih diberkati. Majikan pula disaran mengutamakan kebajikan pekerja dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia akan terus komited membantu masyarakat pekerja dan majikan ke arah meningkatkan standard perburuhan di negara ini. Saya dan seluruh warga kerja Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia mengucapkan “Selamat Menyambut Tahun Baharu Hijrah” kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

“Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”