Bahasa:

Warna Tema: blue green red
Saiz Teks :
A- A A+
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia adalah bertanggungjawab ke atas kebajikan pekerja dan kepentingan majikan serta pelaksanaan dasar-dasar perburuhan negara melalui pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang buruh dan langkah-langkah promosi yang berkesan bagi mewujudkan tenaga kerja yang komited dan produktif. Dengan ini kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang cekap dan cepat, jujur dan amanah serta ikhlas dan mesra untuk memenuhi kehendak pelanggan seperti berikut:

1) Menyedia Pusat JobsMalaysia yang efektif dan mesra pelanggan bagi :

  • Memberi kemudahan percuma untuk mendaftar secara online;
  • Penjodohan pekerjaan dalam tempoh 24 jam secara online tertakluk kepada kesesuaian jawatan dan kelayan; dan
  • Menyediakan khidmat sokongan penempatan pekerjaan.

2) Menyiasat dan memaklumkan hasil siasatan setiap aduan berkaitan isu perburuhan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengaduan.

3) Menyelesaikan pengaduan kes buruh melalui mekanisme Mahkamah Buruh dalam tempoh 90 hari dari tarikh pemfailan.

4) Memproses permohonan lesen di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 dalam tempoh 14 hari bekerja.

5) Memproses permohonan lesen hiburan awam di bawah Akta (Penggajian) Kanak-Kanak dan Orang Muda 1966 dalam tempoh 14 hari bekerja.

6) Mengeluarkan taksiran pampasan pekerja di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

7) Memproses dan mengeluarkan syor dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap bagi permohonan penggajian pekerja asing diterima.

8) Memberi khidmat nasihat serta menjawab pertanyaan pelanggan dengan cepat tepat dan mesra.

9) Memberi layan mesra di kaunter kepada setiap pelanggan jabatan.