Bahasa:

Warna Tema: blue green red
Saiz Teks :
A- A A+

JTKSM bertanggungjawab menjaga kebajikan dan perlindungan kepada pekerja dan komuniti di sektor perladangan sebagaimana kehendak Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446). Akta ini terpakai kepada ladang-ladang yang berkeluasan melebihi 20 hektar tanpa mengira jenis tanaman.

 

Akta ini memperuntukkan tanggungjawab JTKSM untuk mengeluarkan kelulusan dan perakuan ke atas penyediaan perumahan dan kemudahan pekerja antaranya:-

Kelulusan Pelan Membina/Ubahsuai Bangunan Bagi Perumahan Pekerja

Mana-mana majikan ladang yang ingin membina perumahan pekerja, adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Seksyen 5 (1), Akta 446. Di bawah Peraturan 32, Peraturan Standard-Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990, terdapat beberapa peruntukan standard minimum yang perlu dipatuhi oleh majikan ladang sebelum membina rumah untuk pekerja mereka. Terdapat 3 kategori pelan yang perlu dikemukakan oleh pihak majikan kepada Ketua Pengarah untuk kelulusan sebelum sesuatu pembinaan rumah dilakukan.

Jenis Pelan Dan Keperluan Penyediaan

Pelan Bangunan Baru Pelan Penukaran Bangunan Pelan Tapak
Pelan tersebut hendaklah dilukis dengan sempurnanya menggunakan dakwat. Hendaklah dilukis dengan sempurnanya menggunakan dakwat. Hendaklah dilukis dengan sempurnanya menggunakan dakwat.
Menyatakan nama tempat kerja di mana bangunan itu akan dibina. Menyatakan nama tempat kerja di mana bangunan itu akan ditukarkan. Menyatakan nama tempat kerja di mana bangunan itu akan dibina.
Menyatakan nama majikan yang akan membina bangunan itu. Menyatakan nama majikan yang akan menukarkan bangunan itu. Menyatakan nama majikan yang akan membina suatu bangunan di atas tapak itu.
Menerangkan detail-detail berhubung dengan struktur bangunan itu. Menerangkan detail-detail berhubung dengan struktur bangunan yang sedia ada dan tempat pertukaran.  
Menentukan suatu skel minimum 1 hingga 100. Menentukan suatu skel minimum 1 hingga 100.  

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi tujuan Kelulusan Pelan Membina/Ubahsuai Bangunan Bagi Perumahan Pekerja, majikan dikehendaki mengemukakan 4 salinan bagi tiap-tiap pelan berikut ke Pejabat Tenaga Kerja berhampiran :-
a) pelan bangunan
b) pelan tapak
c) pelan tangki septik
d) pelan pendawaian elektrik

Kelulusan Membina/Ubahsuai Bangunan Dan Kelulusan Sijil Layak Menduduki

Majikan menghantar surat rasmi kepada Pengarah Negeri untuk mendapatkan kebenaran membina beserta 4 salinan pelan bangunan, pelan tapak dan pelan tangki septik yang telah diluluskan oleh jabatan.

Setelah bangunan siap dibina, majikan perlu memaklumkan penyempurnaan bangunan kepada jabatan melalui Borang 1.

Sijil Layak Menduduki akan dikeluarkan setelah semua perkara dipatuhi.

Permit Penggunaan Air Persendirian

Mengikut Seksyen 6 (1) (a), Akta 446, majikan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan bekalan air yang mencukupi kepada pekerjanya samada bekalan air tersebut daripada sumber awam daripada bekalan air sumber persendirian.

Bagi situasi di mana bekalan air disediakan daripada bekalan air sumber persendirian, majikan perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Tenaga Kerja terlebih dahulu.

Proses Kerja

1. Majikan mengemukakan permohonan mendapatkan kebenaran Ketua Pengarah bagi menggunakan bekalan air sumber persendirian melalui Borang BA2 (pind. 1/2008).

2. JTKSM mendapatkan ulasan Pegawai Kesihatan Daerah setelah lawatan pemeriksaan kualiti air ladang dijalankan.

3. JTKSM mengemukakan ulasan dan perakuan menyokong. Sekiranya bekalan air sumber persendirian tidak selamat untuk digunakan, majikan dikehendaki mengemukakan bukti permohonan bagi mendapatkan bekalan air sumber awam dalam tempoh 60 hari.

Penyediaan Kemudahan Penginapan Berpusat Pekerja Asing

Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) kali ke 15 Bil.1/2016 pada 12 Mei 2016 kerajaan telah bersetuju untuk menggunakan kaedah penginapan berpusat bagi menempatkan pekerja-pekerja asing yang digajikan oleh majikan swasta sebagai pilihan dalam penyediaan kemudahan penginapan.

Oleh yang demikian, syarikat swasta (“service provider”) yang mempunyai kepakaran dan kemampuan dalam perkara ini dialu-alukan untuk menyediakan perkhidmatan berkenaan. Syarikat Penyedia Penginapan berpusat Pekerja Asing yang sedang melaksanakan perniagaan ini perlu mendapat Sijil Perakuan Pematuhan Standard Minimum Penginapan Berpusat Pekerja Asing di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung di talian 03-8886 5192 (sambungan 245023, 5393 atau 5768). Untuk muat turun borang permohonan, sila klik Borang Permohonan Perakuan Pematuhan Standard Minimum Penginapan Berpusat Pekerja Asing (Baharu/Pembaharuan).