Bahasa:

Warna Tema: blue green red
Saiz Teks :
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman

1. Apakah Perubahan di dalam Akta APS (Pindaan) 2017?

RUU APS (PINDAAN) 2017 mempunyai peruntukan yang bertujuan untuk meminda Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246). RUU APS (PINDAAN) 2017 mempunyai 21 peruntukan yang  dipinda termasuk Jadual, 20 peruntukan baharu dan 9 peruntukan asal yang dimansuhkan.

2. Apakah Objektif Utama Pindaan Ini?

  1. Menambahbaik dan memodenkan perundangan berkaitan agensi pekerjaan swasta, selaras dengan keperluan semasa;
    Hanya syarikat yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja diberikan lesen untuk menjalankan aktiviti-aktiviti APS.
  2. Memperjelaskan pemakaian Akta ini meliputi perekrutan pekerja asing dan pekhidmat domestik asing; dan
    Memastikan hanya ejen yang mempunyai lesen APS sahaja melakukan aktiviti penempatan pekerja bukan warganegara termasuk pekhidmat domestik. Memantau dan mengawal aktiviti-aktiviti APS bagi mengelakan aktiviti permerdangangan orang dan megawal aktiviti outsourcing.
  3. Memperkasakan aktiviti penguatkuasaan.
    Meningkatkan jumlah penalti maksimum daripada RM 5,000 kepada RM 250,000 untuk melindungi orang awam atau pencari kerja daripada diperdaya atau ditipu oleh APS berlesen atau tanpa lesen.

3. Apakah Kategori Lesen-Lesen Yang Diperkenalkan Dan Apakah Kebaikannya?

Kategori lesen yang dicadang di bawah Akta ini ialah:

Bil. Kategori Lesen Keterangan Lesen
1 Lesen A

Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja  tempatan di Malaysia.

2 Lesen B

Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja tempatan di dalam dan di luar Malaysia dan pekhidmat domestik asing di Malaysia.

3 Lesen C

Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja tempat di dalam dan di luar Malaysia dan pekerja bukan warganegara termasuk pekerja domestik asing di dalam Malaysia.

4. Apakah Syarat-Syarat Permohonan Lesen?

Syarat-syarat asas bagi permohonan lesen yang dicadang diperuntukkan dalam Penggantian Seksyen 9 ialah: (a) pemohon ialah sebuah badan korporat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016— (i) dengan modal berbayar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua; dan

(ii) sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus dari jumlah keseluruhan syer syarikat itu dipegangi oleh warganegara Malaysia;

(b) pengarah bagi syarikat, yang dinamakan dalam borang permohonan bertanggungjawab ke atas hal ehwal agensi pekerjaan swasta— (i) adalah seorang warganegara Malaysia;
(ii) bukanlah seorang bankrap yang belum dilepaskan; dan
(iii) tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan antipemerdagangan orang dan buruh paksaan;

(c) pemohon mempunyai premis yang sesuai, untuk menjalankan aktiviti merekrut sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan

(d) pemohon hendaklah mempunyai nama syarikat yan didahului dengan perkataan “Agensi Pekerjaan”.
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa mengenakan apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkan perlu”.

 

5. Bagaimana Cara Untuk Memohon Lesen Agensi Pekerjaan Swasta?

  1. Semua permohonan di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Pindaan) 2017 perlulah mengemukakan Borang 1 yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen seperti di Senarai Semak. Borang-borang lain yang berkaitan Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Pindaan) 2017 boleh dimuat turun melalui pautan berikut: http://jtksm.mohr.gov.my/ms/akta-borang
  2. Semua permohonan berkaitan pelesenan yang lengkap (baharu/ pembaharuan/ tukar kategori/ buka cawangan/ tukar kategori dan gantian lesen) boleh terus dikemukakan di kaunter Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat dengan premis agensi. Permohonan secara atas talian melalui Sistem BLESS ditangguhkan sehinggga sistem baharu berdasarkan pindaan Akta ini siap dibangunkan. Pemakluman akan dihebahkan di laman web JTKSM dan BLESS.

6. Apakah Tujuan Dokumen Pengenalan Diri Diperkenalkan & Bagaimanakah Untuk Memohon Dokumen Pengenalan Diri?

i) Setiap pekerja APS yang menjalankan aktiviti merekrut hendaklah mempunyai dokumen pengenalan diri seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen Baharu 13D. Tujuan dokumen pengenalan diri ini diperkenalkan adalah bagi mencegah penyamaran, eksploitasi dan penipuan.

ii) Dokumen Pengenalan Diri boleh dimohon dengan merujuk Senarai Semak, lengkapkan borang permohonan dan sertakan dokumen-dokumen yang berkenaan. Permohonan Pengenalan Diri boleh dimohon terus di kaunter Ibupejabat JTKSM, Putrajaya.

iii) Tempoh sah laku dokumen pengenalan diri pekerja APS adalah sama seperti tempoh sahlaku lesen;

iv) Fi proses dikenakan kepada setiap dokumen pengenalan diri;

v) Dokumen pengenalan diri hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Tenaga Kerja terdekat dalam situasi berikut:

  1. Perkerja yang memegang dokumen pengenalan diri telah tidak bekerja dengan APS lagi; atau
  2. Tidak lagi menjalankan tugas merekrut.

7. Apakah Aps Boleh Membuka Cawangan?

APS boleh membuka membuka cawangan seperti yang berikut:

Bil. Kategori Lesen Induk Kategori Cawangan Yang Boleh Dimohon
1 Lesen A

Hanya Boleh Mohon Lesen A.

2 Lesen B

Hanya Boleh Mohon Lesen B Atau Lesen A.

3 Lesen C

Boleh Mohon Lesen A, B Atau C.

8. Dalam Keadaan Bagaimanakah Lesen Aps Boleh Digantung Atau Dibatalkan?

Lesen APS boleh digantung atau dibatalkan dalam keadaan:- i) telah melanggar mana-mana peruntukan Akta dan peraturan di bawahnya

ii) tidak mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah

iii) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau Pengarah APS telah ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkaitan antipemerdagangan orang dan buruh paksa;

iv) telah digulung atau dibubarkan;

v) tidak mematuhi apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah Akta ini;

vi) mengemukakan maklumat palsu dalam proses mendapatkan lesen;

vii) menyalahgunakan lesen bagi tujuan yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang lain;

viii) telah berhenti menjalankan aktiviti merekrut

9. Bolehkah Sesebuah Aps Menyerah Hak Atau Memindahkan Lesen Kepada Orang Lain?

APS tidak boleh menyerah hak atau memindah lesen kepada orang lain kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah terlebih dahulu. Keadaan yang membolehkan serah hak atau pemindahan lesen ini berlaku adalah seperti pertukaran pemilikan syarikat.

10. Bolehkah Sesebuah Aps Menyewakan Atau Memajakkan Lesen Kepada Orang Lain?

Sesebuah APS tidak boleh menyewakan atau memajakkan lesen yang diberikan di bawah Akta ini kepada amana-aman orang. Tindakan menyewa atau memajakkan lesen adalah kesalahan yang boleh didakwa tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya. 

11. Berapakah Amaun Fi Lesen Dan Mengapakah Ia Dinaikkan?

Akta ini telah menetapkan amaun fi lesen sebanyak RM500 untuk tempoh sah lesen selama dua (2) tahun. Perkara ini diperuntukkan dalam Seksyen 9A(3) dan Jadual Pertama.

12. Kenapa Ejen Yang Menempatkan Pekerja Bukan Warganegara Perlu Mendapatkan Lesen?

Hanya APS yang mempunyai Lesen Kategori C boleh menempatkan pekerja bukan warganegara kepada majikan di seluruh Malaysia. Lesen C ini diperuntukkan di dalam Jadual Kedua.

Tujuan pelesenan ini untuk mengawal selia penempatan pekerja bukan warganegara. Ejen yang tidak berlesen di bawah akta ini tidak dibenarkan menjalankan aktiviti menempatkan pekerja bukan warganegara kepada mana-mana majikan. Peruntukan ini diharap dapat mengatasi lambakan pekerja asing tanpa majikan sebenar, dan mengelakkan eksploitasi serta mencegah aktiviti permerdagangan orang.

13. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Wang Jaminan Dan Bilakah Wang Jaminan Perlu Dikemukakan?

"Wang Jaminan” merujuk kepada suatu jaminan dalam bentuk wang tunai atau jaminan kewangan yang dikeluarkan oleh bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Wang Jaminan diperkenalkan bagi memastikan setiap pemegang lesen APS khasnya bagi kategori Lesen B dan C adalah APS yang bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk melakukan aktiviti APS tanpa menganiaya mana-mana pihak.

Wang Jaminan ini adalah cagaran untuk membantu pekerja dan majikan sekiranya menjadi mangsa kepada kegagalan APS menjalankan tanggungjawab. Ia akan digunakan bagi menampung kos bagi tujuan penghantaran balik pekerja yang terkandas, penyediaan tempat tinggal dan makan minum pencari kerja yang terkandas yang menjadi mangsa. Penggantian Bon Jaminan kepada Wang Jaminan ini juga bertujuan untuk memastikan hanya syarikat yang sahih (genuine) sahaja memohon lesen dan menjalankan operasi sebagai APS.

Setelah permohonan diluluskan oleh Ketua Pengarah, satu notis berupa surat rasmi Jabatan akan dikeluarkan bagi membolehkan agensi mengemukakan surat tersebut kepada bank jika agensi memilih untuk menggunakan Jaminan Bank (B.G) sebagai cara untuk mendeposit Wang Jaminan.

Bagi setiap permohonan pembaharuan agensi perlu memastikan Jaminan Bank (B.G) diperbaharui sekurang-kurangnya sehingga bagi tempoh sah lesen (2 tahun).

14. Dalam Keadaan Yang Bagaimana Wang Jaminan Boleh Dilucut Hak?

Seksyen 14F memperuntukkan bahawa Wang Jaminan boleh dilucut hak dalam situasi berikut:

1. APS telah berhenti beroperasi dan APS tidak menuntut wang jaminanan tersebut dalam tempoh 12 bulan daripada tempoh penutupan operasi;

2. Lesen APS telah dibatalkan dan APS tidak menuntut wang jaminanan tersebut dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh lesen dibatalkan; atau

3. Lesen APS telah habis tempoh dan tiada permohonan pembaharuan dibuat oleh APS dalam tempoh 12 bulan daripada tempoh tamat lesen.

Wang jaminan yang tidak dituntut itu akan dilucut hak dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan selepas melalui proses pewartaan.

15. Dalam Keadaan Yang Bagaimana Wang Jaminan Boleh Dituntut Kembali?

Seksyen Baharu 14E memperuntukkan bahawa Wang Jaminan boleh dituntut kembali dalam situasi berikut:

a. APS telah berhenti beroperasi;

b. Lesen APS telah dibatalkan; atau

c. Lesen APS telah habis tempoh dan tiada permohonan pembaharuan dibuat oleh APS.

Wang jaminan yang tidak dituntut itu akan dilucut hak dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan selepas melalui proses pewartaan.

16. Apakah Penalti Yang Boleh Dikenakan Terhadap Aps Bagi Pelanggaran Mana-Mana Peruntukan Di Bawah Akta Ini?

Dalam pindaan Akta ini, penalti dikhususkan mengikut jenis-jenis kesalahan, iaitu:

1. Merekrut tanpa lesen

Seksyen 7(2): Mana-mana orang yang menjalankan aktviti merekrut tanpa lesen yang sah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

2. Tidak Mempamerkan lesen

Seksyen 13(2): Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang tidak mempamerkan lesen apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

3. Lesen hilang, musnah atau rosak tanpa diganti

Seksyen 13A(3): Mana-mana agensi yang lesennya hilang, musnah atau rosak tetapi tidak menggantikan lesen tersebut, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

4. Menyerahhak atau memindah lesen kepada orang lain

Seksyen 13B(2): Mana-mana APS yang menyerahhakkan atau memindahkan lesen kepada orang lain apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

5. Menyewa atau memajak lesen kepada mana-mana orang

Seksyen 13C(2): Mana-mana APS yang menyewa atau memajak lesen kepada orang lain apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

6. Gagal memohon Dokumen Pengenalan Diri atau tidak memberinya kepada pekerja APS

Seksyen 13D (4): Mana-mana agensi yang gagal memohon atau tidak memberi dokumen pengenalan diri kepada pekerjanya yang menjalankan aktiviti merekrut apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Seksyen 13D (7): Mana-mana agensi yang gagal memohon Salinan gantian dokumen Pengenalan Diri yang hilang, musnah dan rosak, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. 7. Membuka cawangan tanpa lesen
Seksyen 13E (7): Mana-mana agensi yang membuka cawangan tanpa lesen apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 8. Gagal mengiklan, menampal dan menyiar Notis Pemberhentian Operasi

Seksyen 13G(2): Mana-mana agensi yang gagal mengemukakan, mengiklankan, menampal dan menyiarkan notis pemberhentian operasi sekurang-kurangnya 60 hari dari tarikh pemberhentian operasi apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 9. Tidak meletakkan nombor lesen dalam iklan kekosongan jawatan

Seksyen 18(b): Mana-mana agensi yang mengiklankan kekosongan jawatan namun gagal untuk meletakkan nombor lesen dan juga maklumat yang betul mengenai iklan itu, apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

10. Gagal menyedia, menyenggara dan menyimpan rekod

Seksyen 19(4): Mana-mana agensi yang gagal menyedia, menyenggara, menyimpan dan mengemukakan rekod kepada Ketua Pengarah, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit. 11. Mengenakan fi yang melebihi kadar yang ditetapkan

Seksyen 28: Mana-mana orang yang mengenakan atau menerima fi melebihi yang dinyatakan dalam Jadual pertama, memperdaya pencari kerja, majikan atau pekerja asing dengan maklumat palsu atau melanggar mana-mana peruntukan dibawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidari di bawah Akta ini apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

17. Kenapa Kadar Penalti Dinaikkan?

Kenaikan amaun penalti maksimum daripada RM5,000 kepada RM250,000 dan hukuman penjara selama satu (1) hingga tiga (3) tahun adalah wajar kerana amaun penalti ditetapkan berdasar kepada jenis dan keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Tujuan kenaikan amaun penalti maksimum ini adalah untuk memperkasakan penguatkuasaan dan meningkatkan tanggugjawab APS dalam pematuhan peruntukan Akta ini. Peruntukan penalti sedia ada dinyatakan dalam Seksyen 32. Dalam cadangan pindaan ini, penalti diperuntukkan dalam sebelas (11) peruntukan iaitu: i) Merekrut tanpa lesen

Seksyen 7(2): Mana-mana orang yang menjalankan aktiviti merekrut tanpa lesen yang sah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

ii) Tidak Mempamerkan lesen

Seksyen 13(2): Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang tidak mempamerkan lesen apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

iii) Lesen hilang, musnah atau rosak tanpa diganti

Seksyen 13A(3): Mana-mana agensi yang lesennya hilang, musnah atau rosak tetapi tidak menggantikan lesen tersebut, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

iv) Menyerahhak atau memindah lesen kepada orang lain

Seksyen 13B(2): Mana-mana APS yang menyerahhakkan atau memindahkan lesen kepada orang lain apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

v) Menyewa atau memajak lesen kepada mana-mana orang

Seksyen 13C(2): Mana-mana APS yang menyewa atau memajak lesen kepada orang lain apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

vi) Gagal memohon Dokumen Pengenalan Diri atau tidak memberinya kepada pekerja APS

Seksyen 13D (4): Mana-mana agensi yang gagal memohon atau tidak memberi dokumen pengenalan diri kepada pekerjanya yang menjalankan aktiviti merekrut apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Seksyen 13D (7): Mana-mana agensi yang gagal memohon Salinan gantian dokumen Pengenalan Diri yang hilang, musnah dan rosak, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

vii) Membuka cawangan tanpa lesen

Seksyen 13E (7): Mana-mana agensi yang membuka cawangan tanpa lesen apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

viii) Gagal mengiklan, menampal dan menyiar Notis Pemberhentian Operasi

Seksyen 13G(2): Mana-mana agensi yang gagal mengemukakan, mengiklankan, menampal dan menyiarkan notis pemberhentian operasi sekurang-kurangnya 60 hari dari tarikh pemberhentian operasi apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

ix) Tidak meletakkan nombor lesen dalam iklan kekosongan jawatan

Seksyen 18(b): Mana-mana agensi yang mengiklankan kekosongan jawatan namun gagal untuk meletakkan nombor lesen dan juga maklumat yang betul mengenai iklan itu, apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

x) Gagal menyedia, menyenggara dan menyimpan rekod

Seksyen 19(4): Mana-mana agensi yang gagal menyedia, menyenggara, menyimpan dan mengemukakan rekod kepada Ketua Pengarah, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

xi) Mengenakan fi yang melebihi kadar yang ditetapkan

Seksyen 28: Mana-mana orang yang mengenakan atau menerima fi melebihi yang dinyatakan dalam Jadual pertama, memperdaya pencari kerja, majikan atau pekerja asing dengan maklumat palsu atau melanggar mana-mana peruntukan dibawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidari di bawah Akta ini apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

18. Apakah Tindakan Kementerian Terhadap Agensi-Agensi Yang Tidak Berlesen?

Agensi-agensi yang tidak berlesen boleh didakwa atas kesalahan di bawah cadangan seksyen 7(2):  Mana-mana orang yang menjalankan aktviti merekrut tanpa lesen yang sah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.  

19. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sistem Mata Merit Jtksm?

Sistem Mata Merit JTKSM diperkenalkan bagi memantau aktiviti penempatan pekerja tempatan yang dilakukan oleh APS. Ini selaras dengan hasrat Akta APS ini diwujudkan iaitu bagi membantu kerajaan menempatkan pekerja tempatan ke tempat pekerjaan.

 

Bil. Perkara Mata Merit/Demerit Jumlah Mata
1 Penempatan Pekerjaan Tahunan 

40 mata

 40

2 Kehadiran kursus/bengkel anjuran JTK   20 mata setiap kali kursus

 20

  Jumlah Keseluruhan Merit/Demerit

 60

• Setiap kursus yang dianjurkan oleh JTKSM mendapat 20 mata untuk 1 kursus;
• Mata bagi tempoh dua tahun pembaharuan lesen adalah 120 mata dan tertakluk kepada 60 mata setiap tahun.
• APS yang mempunyai Lesen B dan C disaran untuk lebih aktif menyertai Karnival Kerjaya anjuran JobsMalaysia bagi mengimbangi mata merit dan demerit.
• Sila rujuk Pusat JobsMalaysia terdekat untuk menyertai aktiviti bersama JobsMalaysia dan JTKSM atau rujuk ke kelender aktiviti JobsMalaysia di laman web: www.jobsmalaysia.gov.my

• Carta di atas merupakan panduan awal bagi melaksanaan Sistem Mata Merit JTKSM.
• Jabatan akan mengeluarkan arahan dari masa ke semasa berhubungan dengan pelaksanaan penuh Mata Merit JTKSM ini.