Bahasa:

Warna Tema: blue green red
Saiz Teks :
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman

1. Apa yang dimaksudkan dengan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)?

Pelaksanaan Pelan Rekalibrasi PATI diperkenalkan bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh pihak industri pada ketika ini susulan daripada pembekuan pengambilan pekerja asing baharu dalam negara. Objektif utama pelaksanaan pelan ini adalah seperti berikut:-

(i) Program Rekalibrasi Pulang

Bertujuan untuk membenarkan PATI pulang ke negara asal secara sukarela.

(ii) Program Rekalibrasi Tenaga Kerja

Bertujuan untuk meregularisasikan PATI yang ada dalam negara sebagai pekerja asing yang sah.

2. Apakah yang perlu dilakukan oleh majikan yang berhasrat untuk menyertai Pelan Rekalibrasi PATI?

Majikan perlu mengambil tindakan berikut untuk menyertai Pelan Rekalibrasi PATI iaitu:-

(i) Verifikasi PATI

Berurusan dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi proses semakan kelayakan PATI terlibat yang akan digajikan. Majikan hendaklah mendapatkan dokumen pengesahan verifikasi PATI daripada JIM sebelum membuat permohonan selanjutnya di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

(ii) Perakuan Rekalibrasi

Mengemukakan permohonan Rekalibrasi secara atas talian menerusi Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) melalui laman web www.eppax.gov.my di bawah JTKSM.

3.Apakah sektor-sektor yang dibenarkan di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja?

Setakat ini, sektor-sektor yang dibenarkan adalah seperti berikut :

(i) Sektor Pembinaan;

(ii) Sektor Perkilangan;

(iii) Sektor Perladangan; dan

(iv) Sektor Pertanian.

4.Bilakah majikan boleh mula mengemukakan permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja?

Majikan boleh membuat permohonan menggajikan PATI di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja di JTKSM mulai 16 November 2020.

5. Apakah syarat dan kriteria kelayakan yang perlu dipenuhi oleh majikan bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja?

Majikan hendaklah memenuhi syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan sepertimana dasar dan polisi penggajian pekerja asing sedia ada seperti nilai jualan, modal berbayar dan sebagainya. Majikan boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini dalam laman web www.eppax.gov.my.

6. Berapa lama tempoh sah laku Perakuan Rekalibrasi JTKSM?

Tempoh sah laku Perakuan Rekalibrasi adalah 1 bulan daripada tarikh notifikasi keputusan dikeluarkan kepada majikan.  

7. Bagaimana majikan boleh mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berhubung Program Rekalibrasi Tenaga Kerja?

Majikan boleh menghubungi Unit Kawalselia dan Penggajian Pekerja Asing, Bahagian Pekerja Asing, JTKSM di talian 03-8886 5192 atau hadir ke mana-mana Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat dengan tempat pekerjaan. Majikan juga boleh mengemukakan pertanyaan melalui emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

8. Bila tarikh akhir majikan boleh membuat permohonan bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja?

Majikan boleh mengemukakan permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja melalui Sistem ePPAx sehingga 30 Jun 2021. Walau bagaimanapun, majikan dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan dengan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.