Bahasa:

Warna Tema: blue green red
Saiz Teks :
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman

1. Nyatakan usaha dan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan untuk mendorong golongan OKU memasuki alam pekerjaan?

Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) telah diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia yang bertujuan untuk memperkasa ekonomi golongan OKU serta menggalakkan penglibatan mereka dalam pasaran buruh.

SBGPOKU memberi bantuan dalam bentuk geran kepada usahawan OKU untuk mengembangkan perniagaan dengan harapan pengembangan perniagaan tersebut boleh mewujudkan dan membuka peluang pekerjaan kepada OKU yang lain.

2. Apakah syarat-syarat bagi permohonan SBGPOKU?

Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
(i) OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
(ii) Berumur 18 tahun dan ke atas;
(iii) Warganegara Malaysia;
(iv) Bukan penjawat awam;
(v) Mempunyai perniagaan dan bercadang untuk mengembangkan perniagaan;
(vi) Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah menjalankan perniagaan sekurang- kurangnya 3 bulan; dan
(vii) Pengembangan perniagaan adalah bertujuan membuka peluang pekerjaan kepada OKU

3. Adakah pemohon yang berjaya boleh menerima bantuan dalam bentuk tunai?

Tidak boleh. Bantuan yang diberikan hanya dalam bentuk
(i) Peralatan & Mesin (bukan bahan mentah / bekalan stok)
(ii) Ubahsuai Premis
(iii) Promosi