Bahasa:

Warna Tema: blue green red
Saiz Teks :
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman

Peranan Jabatan

1. Menguatkuasakan Akta Pampasan Pekerja 1952 kepada semua majikan yang menggajikan pekerja asing.
2. Melaksanakan taksiran pampasan ke atas kecederaan atau kematian pekerja asing yang terlibat dengan kes kemalangan di tempat pekerjaan.
3. Melaksanakan pembayaran wang pampasan kepada pekerja yang mengalami kecederaan atau orang tanggungan pekerja asing yang maut.

Tanggungjawab Majikan

1. Setiap majikan hendaklah memastikan bahawa setiap pekerja asing yang digajikan telah diinsuranskan dengan panel penanggung insurans yang telah dilantik di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA).
Kegagalan majikan menginsuranskan pekerja asing merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan majikan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. [seksyen 26 Akta Pampasan Pekerja 1952]

2. Setiap majikan hendaklah melaporkan kemalangan melalui notis bertulis melibatkan pekerja asing dalam tempoh 10 hari daripada tarikh berlakunya kemalangan.
Kegagalan majikan melaporkan kemalangan melibatkan pekerja asing merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan majikan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM 10,000 bagi mana-mana kesalahan berikutnya.[seksyen 13 Akta Pampasan Pekerja 1952]

3. Setiap majikan hendaklah menanggung sepenuhnya kos bayaran premium insurans Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) sebanyak RM72 setahun bagi setiap pekerja asing.

4. Setiap majikan hendaklah mendapatkan dan memberikan maklumat orang tanggungan pekerja asing yang terkini semasa membeli polisi insurans SPPA seperti nama, alamat lengkap di negara asal, hubungan dan no. telefon bagi memudahkan proses pembayaran wang pampasan.

Jenis-Jenis Kecederaan dan Faedah Perlindungan

Bil. Jenis Kecederaan Definisi Akaun Pampasan
1 Hilang Upaya Sementara keupayaan seorang pekerja mencari nafkah dalam pekerjaan yang mampu dibuatnya semasa kemalangan adalah dikurangkan untuk tempoh sementara.  Bayaran setengah bulanan iaitu  satu pertiga dari purata pendapatan bulanan  atau RM165.00 mengikut mana yang kurang
2 Hilang Upaya Kekal  seorang pekerja langsung tidak berupaya untuk menjalankan semua jenis kerja yang ia berupaya melakukan semasa kemalangan untuk selama-lamanya.  Peratus Kehilangan Upaya Mencari Nafkah x Purata Pendapatan x 60/84/108 bulan atau M23,000.00 mengikut mana yang kurang
3 Kes Kematian seorang yang maut akibat kemalangan yang berlaku dari dan dalam masa pekerjaan pekerja berkenaan 

Purata Pendapatan Sebulan x 60 bulan atau RM18,000.00 mengikut mana yang kurang dan tambahan RM7000.00 di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA)

(RM18,000.00 + RM7000.00 = RM25,000.00)

Prosedur Tuntutan Pampasan

Rajah 1 : Carta Alir Pampasan Pekerja Asing

Senarai Panel Penanggung Insurans Skim Pampasan Pekerja (SPPA) Sehingga 30 September 2017

 

Bil Syarikat Insurans
1 AIA BERHAD 
2 AIG  MALAYSIA INSURANCE BERHAD
3 ALLIANZ GENERAL INSURANCE MALAYSIA BERHAD
4 AmGENERAL INSURANCE BERHAD 
5 AXA AFFIN GENERAL INSURANCE BERHAD
6 BERJAYA SOMPO INSURANCE BERHAD
7 CHUBB INSURANCE MALAYSIA BERHAD
8 ETIQA INSURANCE BERHAD
9 ETIQA TAKAFUL BERHAD
10 HONG LEONG MSIG TAKAFUL BERHAD
11 LIBERTY INSURANCE BERHAD
12 LONPAC INSURANCE BERHAD
13 MCIS ZURICH INSURANCE BERHAD
14 MPI GENERALI INSURANS BERHAD
15 MSIG INSURANCE (MALAYSIA) BERHAD
16 OVERSEAS ASSURANCE CORPORATION (M) BERHAD
17 PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD
18 PROGRESSIVE INSURANCE BERHAD
19 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD
20 QBE INSURANCE (M) BERHAD
21 RHB INSURANCE BERHAD
22 SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD
23 TAKAFUL IKHLAS BERHAD
24 THE PACIFIC INSURANCE BERHAD
25 TOKIO MARINE INSURANS (M) BERHAD
26 TUNE INSURANCE MALAYSIA BERHAD
27 ZURICH  TAKAFUL MALAYSIA BERHAD
28 ZURICH INSURANCE MALAYSIA BERHAD