Language:

Color Option: blue green red
Text Size:
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman

ANNOUNCEMENT:

ONLINE SERVICES

  •                      

1. Apa yang dimaksudkan dengan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)?

Pelaksanaan Pelan Rekalibrasi PATI diperkenalkan bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh pihak industri pada ketika ini susulan daripada pembekuan pengambilan pekerja asing baharu dalam negara. Objektif utama pelaksanaan pelan ini adalah seperti berikut:-

(i) Program Rekalibrasi Pulang

Bertujuan untuk membenarkan PATI pulang ke negara asal secara sukarela.

(ii) Program Rekalibrasi Tenaga Kerja

Bertujuan untuk meregularisasikan PATI yang ada dalam negara sebagai pekerja asing yang sah.

2. Apakah yang perlu dilakukan oleh majikan yang berhasrat untuk menyertai Pelan Rekalibrasi PATI?

Majikan perlu mengambil tindakan berikut untuk menyertai Pelan Rekalibrasi PATI iaitu:-

(i) Verifikasi PATI

Berurusan dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi proses semakan kelayakan PATI terlibat yang akan digajikan. Majikan hendaklah mendapatkan dokumen pengesahan verifikasi PATI daripada JIM sebelum membuat permohonan selanjutnya di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

(ii) Perakuan Rekalibrasi

Mengemukakan permohonan Rekalibrasi secara atas talian menerusi Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) melalui laman web www.eppax.gov.my di bawah JTKSM.

3.Apakah sektor-sektor yang dibenarkan di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja?

Setakat ini, sektor-sektor yang dibenarkan adalah seperti berikut :

(i) Sektor Pembinaan;

(ii) Sektor Perkilangan;

(iii) Sektor Perladangan; dan

(iv) Sektor Pertanian.

4.Bilakah majikan boleh mula mengemukakan permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja?

Majikan boleh membuat permohonan menggajikan PATI di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja di JTKSM mulai 16 November 2020.

5. Apakah syarat dan kriteria kelayakan yang perlu dipenuhi oleh majikan bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja?

Majikan hendaklah memenuhi syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan sepertimana dasar dan polisi penggajian pekerja asing sedia ada seperti nilai jualan, modal berbayar dan sebagainya. Majikan boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini dalam laman web www.eppax.gov.my.

6. Berapa lama tempoh sah laku Perakuan Rekalibrasi JTKSM?

Tempoh sah laku Perakuan Rekalibrasi adalah sehingga 30 Jun 2020.  

7. Bagaimana majikan boleh mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berhubung Program Rekalibrasi Tenaga Kerja?

Majikan boleh menghubungi Unit Kawalselia dan Penggajian Pekerja Asing, Bahagian Pekerja Asing, JTKSM di talian 03-8886 5192 atau hadir ke mana-mana Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat dengan tempat pekerjaan. Majikan juga boleh mengemukakan pertanyaan melalui emel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

8. Bila tarikh akhir majikan boleh membuat permohonan bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja?

Majikan boleh mengemukakan permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja melalui Sistem ePPAx sehingga 30 Jun 2021. Walau bagaimanapun, majikan dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan dengan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

1. Bilakah Akta ini mula berkuatkuasa?

Akta ini mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2020.

2. Akta ini terpakai kepada siapa?

Akta ini terpakai kepada :

  1. majikan
  2. penyedia penginapan berpusat

di semua sektor pekerjaan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

3. Apakah tujuan Akta ini?

Akta 446 ini bertujuan:

i) meliputi semua sektor pekerjaan;
ii) menetapkan standard minimum perumahan dan kemudahan, pekerja selari dengan piawaian antarabangsa
iii) menangani elemen buruh paksa
iv) melindungi hak dan kebajikan pekerja berkaitan penginapan
v) meningkatkan kawalan dari segi keselamatan dan kesihatan pekerja
vi) mewujudkan penginapan pekerja yang lebih sistematik dan,  kondusif bagi tujuan perancangan pembangunan negara

4. Apakah kehendak utama yang perlu dipatuhi oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat berkaitan penginapan yang disediakan kepada pekerja?

Semua penginapan dan penginapan berpusat yang disediakan perlu mendapat Perakuan Penginapan daripada Ketua Pengarah Tenaga Kerja.

5. Adakah perumahan di estet dan lombong di kawasan Majlis Daerah perlu mendapatkan Perakuan Penginapan?

Tidak perlu.

6. Apakah kesannya jika majikan dan penyedia penginapan berpusat beroperasi tanpa Perakuan Penginapan?

Majikan

boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000

Penyedia Penginapan Berpusat

denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.

7. Bagaimanakah cara majikan atau penyedia penginapan berpusat membuat permohonan bagi mendapatkan Perakuan Penginapan tersebut?

 

A. SEBELUM PERMOHONAN DI JTKSM

 i. Dokumen yang perlu disediakan:
a) Jika membina bangunan penginapan;

  • Perakuan Siap dan Pematuhan / Certificate of Completion and Compliance (CCC) daripada PBT.

 b) Jika bangunan sementara atau bangunan bukan kediaman;

  • Kelulusan Permit Bangunan bagi suatu tempoh terhad daripada PBT,
  • Kelulusan Menukar Syarat Bangunan atau Kelulusan Ubahsuai Bangunan daripada PBT.

 c) Jika bangunan adalah sewaan;

  • Kelulusan atau kebenaran daripada PBT (jika berkenaan)

 B. PERMOHONAN DI JTKSM (PEJABAT NEGERI ATAU PEJABAT DAERAH YANG BERHAMPIRAN DENGAN         PENGINAPAN)

 i) 2 Salinan Borang Permohonan (AC1) boleh dimuat turun daripada laman web http://jtksm.mohr.gov.my/

 ii)  Pemprosesan atas nama Ketua Pengarah Tenaga Kerja seperti di jadual berikut:

KATEGORI PEMOHON

BILANGAN PEKERJA DALAM PENGINAPAN

KADAR FI PEMPROSESAN

Majikan

10 orang atau kurang

RM100

Lebih daripada 10 orang

RM300

Penyedia Penginapan Berpusat

500 orang atau kurang

RM2,000

Lebih daripada 500 orang

RM5,000

 iii) Pendaftaran Syarikat (SSM)
iv) Dokumen yang perlu dilampirkan (mana yang berkenaan): 

  1. Perakuan Siap dan Pematuhan / Certificate of Completion and Compliance (CCC)
  2. Kelulusan Permit Bangunan bagi suatu tempoh terhad
  3. Kelulusan Menukar Syarat Bangunan ( jika berkaitan)
  4. Kelulusan Ubahsuai Bangunan (jika berkaitan)
  5. Perjanjian Sewaan Bangunan Untuk bangunan yang disewa
  6. Pelan Lantai
  7. Gambar luar bangunan dan di dalam bangunan ( Bilik tidur, ruang tamu, dapur, tandas dan bilik air

 

8. Apakah jenis bangunan yang boleh digunakan sebagai penginapan dan penginapan berpusat?

i) Rumah Teres
ii) Rumah Kedai
iii) Banglo
iv) Pangsapuri/flat
v) Rumah kampung
vi) Kedai pejabat
vii) Kabin
viii) SoHo/SoFo
ix) dan lain-lain yang dibenarkan oleh PBT

9. Bagaimanakan majikan /penyedia penginapan berpusat menentukan bilangan penghuni dalam penginapan tersebut?

KELAS BANGUNAN

ILUSTRASI

CARA PENGIRAAN

Bukan Dormitori

 

 

 

 

Dormitori

   

10. Apakah kemudahan-kemudahan yang perlu disediakan oleh majikan dan penyedia penginapan berpusat?

Bil.

Kelas bangunan 

Kehendak minimum

 

1.

Penginapan atau Penginapan Berpusat Bukan Berbentuk Dormitori

(a)      ruang rehat

(b)      ruang makan dengan kerusi dan meja

(c)      bilik tidur

(d)      dapur;

(e)      bilik air dan tandas (sama ada berasingan atau bersekali) mengikut nisbah 1 tandas : 6 pekerja;

(f)       kipas;

(g)      lampu;

(h)      ruang untuk menyidai pakaian;

(i)        peti pertolongan cemas (First aid-kit);

(j)        tong sampah

 

2.

Penginapan atau Penginapan Berpusat Berbentuk Dormitori

(a)     ruang rehat

(b)      ruang makan dengan kerusi dan meja

(c)      bilik tidur

(d)      dapur;

(e)      bilik air dan tandas (sama ada berasingan atau bersekali) mengikut nisbah 1 tandas : 15 pekerja;

(f)       kipas;

(g)      lampu;

(h)      ruang untuk menyidai pakaian;

(i)        peti pertolongan cemas (First aid-kit);

(j)        tong sampah

 

11. Apakah kemudahan asas yang perlu disediakan oleh majikan dan penyedia penginapan berpusat kepada setiap pekerja yang tidak boleh dikongsi dengan pekerja lain?

i) Katil bersaiz tidak kuran daripada 1.7 meter persegi (katil single atau katil double decker);
ii) Tilam yang tebalnya tidak kurang daripada 4 inci;
iii) Bantal dan selimut: dan
iv) Almari berkunci (0.35 meter panjang x 0.35 meter lebar x 0.9 meter tinggi)

12. Apakah keperluan lain yang wajib disediakan oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat setiap masa?

i) Bekalan air; dan
ii) Bekalan elektrik.

13. Apakah tanggungjawab majikan dan penyedia penginapan berpusat berkenaan keselamatan dan kesihatan bagi penginapan dan penginapan berpusat yang disediakan?

i) menyediakan penginapan yang berasingan untuk pekerja berlainan jantina;
ii) mengambil langkah pencegahan yang perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja;
iii) mengambil langkah keselamatan kebakaran
iv) mengambil langkah keselamatan sistem pendawaian elektrik
v) memastikan pekerja menerima bantuan perubatan yang diperlukan
vi) mengambil langkah pencegahan untuk membendung penyebaran penyakit berjangkit
vii) membuat penyelenggaraan
viii) melantik ‘orang yang bertanggungjawab bagi penginapan’

14. Apakah tanggungjawab ‘orang yang bertanggungjawab bagi penginapan’?

i) memastikan pekerja mematuhi peraturan di penginapan dan penginapan berpusat
ii) melawat dan memeriksa penginapan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan dan menyimpan rekod pemeriksaan
iii) membawa pekerja yang sakit ke hospital dan menyimpan rekod aduan kesihatan

15. Siapakah yang boleh dilantik sebagai ‘orang yang bertanggungjawab bagi penginapan’?

Majikan atau penyedia penginapan berpusat boleh melantik pekerjanya sendiri atau pihak lain sebagai ‘orang yang bertanggungjawab bagi penginapan’

16. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah penyakit berjangkit?

Majikan dan Penyedia penginapan berpusat hendaklah: i) memastikan pekerja diperiksa kesihatannya atas perbelanjaan majikan
ii) membawa pekerja ke hospital jika perlu
iii) mengkuarantin pekerja apabila diarahkan
iv) menyahkuman kawasan gunasama dengan kerap
v) memastikan pekerja diberi imunisasi atas perbelanjaan majikan
vi) mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit seperti Covid-19
vii) merujuk kepada Pegawai Perubatan Kesihatan sekiranya terdapat gejala penyakit berjangkit seperti Covid-19 dan yang lain

17. Apakah rekod-rekod yang perlu disediakan dan disimpan oleh majikan dan penyedia penginapan berpusat untuk diperiksa oleh Jabatan Tenaga Kerja?

Rekod-rekod yang perlu disediakan dan disimpan adalah:

i) senarai nama pekerja yang menghuni penginapan
ii) rekod penyelenggaraan penginapan
iii) rekod kesihatan pekerja yang menghuni penginapan
iv) jadual lawatan pemeriksaan penginapan pekerja oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat
v) buku rekod aduan kesihatan pekerja di penginapan

Format rekod maklumat di atas akan ditentukan oleh JTKSM

18. Bolehkah majikan membuat potongan gaji terhadap semua kemudahan yang disediakan di dalam penginapan?

Tidak Boleh. Kesemua kemudahan tersebut adalah atas tanggungjawab majikan.

19. Apakah majikan wajib melaporkan penempatan pekerjanya di penginapan yang disediakan sendiri atau di penginapan berpusat?

Ya.  Laporan perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pekerjanya ditempatkan dalam penginapan atau penginapan berpusat.

Kegagalan melapor merupakan suatu kesalahan dan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika disabitkan.

20. Apakah status penginapan dan penginapan berpusat yang telah dibina dan diduduki sebelum akta ini berkuatkuasa?

Penginapan dan penginapan berpusat tersebut masih boleh digunakan tetapi majikan dan penyedia penginapan berpusat perlu memohon Perakuan Penginapan dengan serta merta di Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran

21. Apakah status Penyedia Penginapan Berpusat yang beroperasi sebelum akta ini berkuatkuasa?

Penyedia Penginapan Berpusat yang telah beroperasi sebelum kuat kuasanya Akta ini perlu membuat permohonan semula ke JTKSM untuk mendapatkan Perakuan Penginapan.

22. Adakah majikan bertanggungjawab untuk menyediakan penginapan kepada pekerja bersama tanggungannya?

Tidak, majikan tidak bertanggungjawab untuk menyediakan penginapan kepada pekerja bersama tanggungannya.

23. Di manakah majikan dan penyedia penginapan berpusat dan pekerja boleh mendapatkan sebarang pertanyaan atau khidmat nasihat mengenai Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446)?

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Tenaga Kerja berhampiran atau Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Putrajaya atau melalui laman sesawang http://jtksm.mohr.gov.my/ atau pertanyaan melalui emel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

1.Nyatakan usaha dan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan untuk mendorong golongan OKU memasuki alam pekerjaan?

Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) telah diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia yang bertujuan untuk memperkasa ekonomi golongan OKU serta menggalakkan penglibatan mereka dalam pasaran buruh.

SBGPOKU memberi bantuan dalam bentuk geran kepada usahawan OKU untuk mengembangkan perniagaan dengan harapan pengembangan perniagaan tersebut boleh mewujudkan dan membuka peluang pekerjaan kepada OKU yang lain.

2. Apakah syarat-syarat bagi permohonan SBGPOKU?

Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
(i) OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
(ii) Berumur 18 tahun dan ke atas;
(iii) Warganegara Malaysia;
(iv) Bukan penjawat awam;
(v) Mempunyai perniagaan dan bercadang untuk mengembangkan perniagaan;
(vi) Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah menjalankan perniagaan sekurang- kurangnya 3 bulan; dan
(vii) Pengembangan perniagaan adalah bertujuan membuka peluang pekerjaan kepada OKU.

3. Adakah pemohon yang berjaya boleh menerima bantuan dalam bentuk tunai?

Tidak boleh. Bantuan yang diberikan hanya dalam bentuk

  • Peralatan & Mesin (bukan bahan mentah / bekalan stok)
  • Ubahsuai Premis
  • Promosi

 

 

 

1. Apakah objektif utama Akta Agensi Pekerjaan Swasta (APS) 1981 dipinda pada tahun 2017?

  1. Menambahbaik dan memodenkan perundangan berkaitan agensi pekerjaan swasta, selaras dengan keperluan semasa;
    Syarikat yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja diberikan lesen untuk menjalankan aktiviti-aktiviti APS.

  2. Memperjelaskan pemakaian Akta ini meliputi perekrutan pekerja asing dan pekhidmat domestik asing; dan
    Memastikan hanya ejen yang mempunyai lesen APS sahaja melakukan aktiviti penempatan pekerja bukan warganegara termasuk pekhidmat domestik serta memantau dan mengawal aktiviti-aktiviti APS.

  3. Memperkasakan aktiviti penguatkuasaan.
    Meningkatkan jumlah penalti maksimum daripada RM 5,000 kepada RM 250,000 untuk melindungi orang awam atau pencari kerja daripada diperdaya atau ditipu oleh APS berlesen atau tanpa lesen.

2. Apakah kategori lesen APS di bawah Akta APS 1981?

Kategori lesen yang dicadang di bawah Akta ini adalah:

Bil. Kategori Lesen Keterangan Lesen
1 Lesen A Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja  tempatan di Malaysia.
2 Lesen B Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja tempatan di dalam dan di luar Malaysia dan pekhidmat domestik asing di Malaysia.
3 Lesen C Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja tempat di dalam dan di luar Malaysia dan pekerja bukan warganegara termasuk pekerja domestik asing di dalam Malaysia.

3. Apakah syarat-syarat permohonan lesen APS ?

Syarat-syarat asas bagi permohonan lesen yang dicadang diperuntukkan dalam Penggantian Seksyen 9 adalah:

(a) pemohon ialah sebuah badan korporat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016:
(i) dengan modal berbayar minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua; dan
(ii) sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus dari jumlah keseluruhan syer syarikat itu dipegangi oleh warganegara Malaysia;

(b) pengarah bagi syarikat, yang dinamakan dalam borang permohonan bertanggungjawab ke atas hal ehwal agensi pekerjaan swasta:
(i) adalah seorang warganegara Malaysia;
(ii) bukanlah seorang bankrap yang belum dilepaskan; dan
(iii) tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan antipemerdagangan orang dan buruh paksaan;

(c) pemohon mempunyai premis yang sesuai, untuk menjalankan aktiviti merekrut sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan

(d) pemohon hendaklah mempunyai nama syarikat yang didahului dengan perkataan “Agensi Pekerjaan”.
 Walau apapun sub seksyen (1), Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa mengenakan apa-apa syarat lain sebagimana yang difikirkan perlu.

4. Bagaimana cara untuk memohon lesen APS?

(i) Semua permohonan di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 perlu mengemukakan Borang 1 yang lengkap diisi berserta dokumen yang ditetapkan seperti di Senarai Semak. Borang-borang lain yang berkaitan Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

http://jtksm.mohr.gov.my/ms/akta-borang

(ii) Semua permohonan berkaitan pelesenan yang lengkap (baharu / pembaharuan / tukar kategori / buka cawangan / tukar kategori / pindah premis dan gantian lesen) hendaklah dikemukakan di kaunter Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dengan premis agensi. 

  

5. Apakah tujuan dokumen pengenalan diri diperkenalkan dan bagaimanakah untuk memohon dokumen pengenalan diri?

  1.  Setiap pekerja APS yang menjalankan aktiviti merekrut hendaklah mempunyai dokumen pengenalan diri seperti yang diperuntukan dalam Seksyen Baharu 13D. Tujuan dokumen pengenalan diri ini diperkenalkan adalah bagi mencegah penyamaran, eksploitasi dan penipuan;

  2. Dokumen Pengenalan Diri boleh dimohon dengan melengkapkan borang permohonan dengan menyertakan dokumen yang ditetapkan seperti dalam Senarai Semak. Permohonan dokumen Pengenalan Diri boleh dikemukakan di kaunter Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dengan premis agensi;

  3. Tempoh sah laku dokumen pengenalan diri pekerja APS adalah sama seperti tempoh sah laku lesen;

  4. Fi proses berjumlah RM50.00 dikenakan kepada setiap dokumen pengenalan diri;

  5. Dokumen pengenalan diri hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Tenaga Kerja terdekat dalam situasi berikut:

    (a) Pekerja yang memegang dokumen pengenalan diri telah tidak bekerja dengan APS tersebut; atau
    (b) Tidak lagi menjalankan tugas merekrut.

 

6. Apakah APS boleh membuka cawangan?

APS boleh membuka membuka cawangan seperti yang berikut:

Bil. Kategori Lesen Induk Kategori Cawangan Yang Boleh Dimohon
1 Lesen A Hanya boleh mohon Lesen A
2 Lesen B Hanya boleh mohon Lesen B atau Lesen A
3 Lesen C Boleh mohon Lesen A, B atau C

7. Dalam keadaan bagaimanakah lesen APS boleh digantung atau dibatalkan?

Lesen APS boleh digantung atau dibatalkan dalam keadaan:- i) telah melanggar mana-mana peruntukan Akta dan peraturan di bawahnya;

ii) tidak mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah;

iii) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau Pengarah APS telah ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkaitan antipemerdagangan orang dan buruh paksa;

iv) telah digulung atau dibubarkan;

v) tidak mematuhi apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah Akta ini;

vi) mengemukakan maklumat palsu dalam proses mendapatkan lesen;

vii) menyalahgunakan lesen bagi tujuan yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang lain;

viii) telah berhenti menjalankan aktiviti merekrut

8. Bolehkah sesebuah APS menyerah hak atau memindahkan lesen kepada orang lain?

 APS tidak boleh menyerah hak atau memindah lesen kepada orang lain kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah terlebih dahulu. Keadaan yang membolehkan serah hak atau pemindahan lesen ini berlaku adalah seperti pertukaran pemilikan syarikat.

Tindakan menyerah hak atau memindahkan lesen tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah adalah kesalahan yang boleh didakwa tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.

9. Bolehkah sesebuah APS menyewakan atau memajakkan lesen kepada orang lain?

 Sesebuah APS tidak boleh menyewakan atau memajakkan lesen yang diberikan di bawah Akta ini kepada mana-mana orang.

Tindakan menyewa atau memajakkan lesen adalah kesalahan yang boleh didakwa tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.

10. Bolehkah APS beroperasi di tempat/premis yang berbeza dengan maklumat dalam lesen?

APS tidak boleh beroperasi di tempat/premis yang berbeza dengan maklumat dalam lesen. APS yang hendak menukar tempat/premis perniagaan hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah.

Permohonan pertukaran atau pindah premis APS boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan kepada Pejabat Tenaga Kerja berdekatan. APS hanya boleh beroperasi di tempat / premis baharu setelah lesen APS dikeluarkan mengikut maklumat tempat/premis perniagaan yang dinyatakan dalam lesen.

11. Berapakah amaun fi lesen?

Akta ini telah menetapkan amaun fi lesen sebanyak RM500 untuk tempoh sah lesen selama dua (2) tahun.  Perkara ini diperuntukan dalam Seksyen 9A(3) dan Jadual Pertama, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.

12. Kenapa ejen yang menempatkan pekerja bukan warganegara perlu mendapatkan lesen?

APS yang mempunyai lesen kategori C sahaja boleh menempatkan pekerja bukan warganegara kepada majikan di seluruh Malaysia. Lesen kategori C ini diperuntukan di dalam Jadual Kedua.

Tujuan pelesenan ini adalah untuk mengawal selia penempatan pekerja bukan warganegara. Ejen yang tidak berlesen di bawah akta ini tidak dibenarkan menjalankan aktiviti menempatkan pekerja bukan warganegara kepada mana-mana majikan. Peruntukan ini diharap dapat mengatasi lambakan pekerja asing tanpa majikan sebenar, dan mengelakkan eksploitasi serta mencegah aktiviti permerdagangan orang.

13. Apakah yang dimaksudkan dengan Wang Jaminan dan bilakah Wang Jaminan perlu dikemukakan?

"Wang Jaminan” merujuk kepada suatu jaminan dalam bentuk wang tunai atau jaminan kewangan yang dikeluarkan oleh bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Wang Jaminan diperkenalkan bagi memastikan setiap pemegang lesen APS iaitu bagi lesen kategori A, B dan C adalah APS yang bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk melakukan aktiviti APS tanpa menganiaya mana-mana pihak.

Wang Jaminan ini adalah cagaran untuk membantu pekerja dan majikan sekiranya menjadi mangsa kepada kegagalan APS menjalankan tanggungjawab. Ia akan digunakan bagi menampung kos bagi tujuan penghantaran balik pekerja yang terkandas, penyediaan tempat tinggal dan makan minum pencari kerja terkandas yang menjadi mangsa. Penggantian Bon Jaminan kepada Wang Jaminan ini juga bertujuan untuk memastikan hanya syarikat yang sahih dan mempunyai kredibiliti sahaja memohon lesen dan menjalankan operasi sebagai APS.

Setelah permohonan diluluskan oleh Ketua Pengarah, satu notis berupa surat rasmi Jabatan akan dikeluarkan bagi membolehkan agensi mengemukakan surat tersebut kepada bank jika agensi memilih untuk menggunakan Jaminan Bank sebagai cara untuk mendeposit Wang Jaminan.

Tempoh Jaminan Bank yang ditetapkan adalah adalah tiga tahun iaitu melebihi tempoh sah lesen APS (tempoh sah lesen APS adalah dua tahun).

14. Dalam keadaan yang bagaimana Wang Jaminan boleh dilucut hak?

Seksyen 14F memperuntukkan bahawa Wang Jaminan boleh dilucut hak dalam situasi berikut:

1. APS telah berhenti beroperasi dan APS tidak menuntut wang jaminanan tersebut dalam tempoh 12 bulan daripada tempoh penutupan operasi;

2. Lesen APS telah dibatalkan dan APS tidak menuntut wang jaminanan tersebut dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh lesen dibatalkan; atau

3. Lesen APS telah habis tempoh dan tiada permohonan pembaharuan dibuat oleh APS dalam tempoh 12 bulan daripada tempoh tamat lesen.

Wang jaminan yang tidak dituntut itu akan dilucut hak dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan selepas melalui proses pewartaan.

15. Dalam keadaan yang bagaimana Wang Jaminan boleh dituntut kembali?

Seksyen Baharu 14E memperuntukkan bahawa Wang Jaminan boleh dituntut kembali dalam situasi berikut:

a. APS telah berhenti beroperasi;

b. Lesen APS telah dibatalkan; atau

c. Lesen APS telah habis tempoh dan tiada permohonan pembaharuan dibuat oleh APS.

Wang jaminan yang tidak dituntut itu akan dilucut hak dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan selepas melalui proses pewartaan.

16. Apakah penalti yang boleh dikenakan terhadap APS bagi pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah Akta Ini?

Dalam pindaan Akta ini, penalti dikhususkan mengikut jenis-jenis kesalahan, iaitu:

1. Merekrut tanpa lesen

Seksyen 7(2): Mana-mana orang yang menjalankan aktviti merekrut tanpa lesen yang sah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

2. Tidak Mempamerkan lesen

Seksyen 13(2): Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang tidak mempamerkan lesen apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

3. Lesen hilang, musnah atau rosak tanpa diganti

Seksyen 13A(3): Mana-mana agensi yang lesennya hilang, musnah atau rosak tetapi tidak menggantikan lesen tersebut, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

4. Menyerahhak atau memindah lesen kepada orang lain

Seksyen 13B(2): Mana-mana APS yang menyerahhakkan atau memindahkan lesen kepada orang lain apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

5. Menyewa atau memajak lesen kepada mana-mana orang

Seksyen 13C(2): Mana-mana APS yang menyewa atau memajak lesen kepada orang lain apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

6. Gagal memohon Dokumen Pengenalan Diri atau tidak memberinya kepada pekerja APS

Seksyen 13D (4): Mana-mana agensi yang gagal memohon atau tidak memberi dokumen pengenalan diri kepada pekerjanya yang menjalankan aktiviti merekrut apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Seksyen 13D (7): Mana-mana agensi yang gagal memohon Salinan gantian dokumen Pengenalan Diri yang hilang, musnah dan rosak, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. 7. Membuka cawangan tanpa lesen

Seksyen 13E (7): Mana-mana agensi yang membuka cawangan tanpa lesen apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 8. Gagal mengiklan, menampal dan menyiar Notis Pemberhentian Operasi

Seksyen 13G(2): Mana-mana agensi yang gagal mengemukakan, mengiklankan, menampal dan menyiarkan notis pemberhentian operasi sekurang-kurangnya 60 hari dari tarikh pemberhentian operasi apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 9. Tidak meletakkan nombor lesen dalam iklan kekosongan jawatan

Seksyen 18(b): Mana-mana agensi yang mengiklankan kekosongan jawatan namun gagal untuk meletakkan nombor lesen dan juga maklumat yang betul mengenai iklan itu, apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

10. Gagal menyedia, menyenggara dan menyimpan rekod

Seksyen 19(4): Mana-mana agensi yang gagal menyedia, menyenggara, menyimpan dan mengemukakan rekod kepada Ketua Pengarah, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit. 11. Mengenakan fi yang melebihi kadar yang ditetapkan

Seksyen 28 (a): Mana-mana orang yang mengenakan atau menerima fi melebihi yang dinyatakan dalam Jadual pertama di bawah Akta ini apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

12. Memperdaya pencari kerja, majikan atau pekerja bukan warganegara

Seksyen 28 (b) memperdaya pencari kerja, majikan atau pekerja asing dengan maklumat palsu di bawah Akta ini apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

13. Menukar premis atau tempat perniagaan APS tanpa kebenaran 

Seksyen 12: APS hendaklah menjalankan perniagaan di tempat seperti dalam lesen dan tidak boleh menukar tempat perniagaan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.

Seksyen 28 (c) melanggar mana-mana peruntukan dibawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidari di bawah Akta ini apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

17. Kenapa kadar penalti dinaikkan?

Kenaikan amaun penalti maksimum daripada RM5,000 kepada RM250,000 dan hukuman penjara selama satu (1) hingga tiga (3) tahun adalah wajar kerana amaun penalti ditetapkan berdasar kepada jenis dan keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Tujuan kenaikan amaun penalti maksimum ini adalah untuk memperkasakan penguatkuasaan dan meningkatkan tanggugjawab APS dalam pematuhan peruntukan Akta ini. Peruntukan penalti sedia ada dinyatakan dalam Seksyen 32. Dalam cadangan pindaan ini, penalti diperuntukkan dalam sebelas (11) peruntukan iaitu: i) Merekrut tanpa lesen

Seksyen 7(2): Mana-mana orang yang menjalankan aktiviti merekrut tanpa lesen yang sah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

ii) Tidak Mempamerkan lesen

Seksyen 13(2): Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang tidak mempamerkan lesen apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

iii) Lesen hilang, musnah atau rosak tanpa diganti

Seksyen 13A(3): Mana-mana agensi yang lesennya hilang, musnah atau rosak tetapi tidak menggantikan lesen tersebut, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

iv) Menyerahhak atau memindah lesen kepada orang lain

Seksyen 13B(2): Mana-mana APS yang menyerahhakkan atau memindahkan lesen kepada orang lain apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

v) Menyewa atau memajak lesen kepada mana-mana orang

Seksyen 13C(2): Mana-mana APS yang menyewa atau memajak lesen kepada orang lain apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

vi) Gagal memohon Dokumen Pengenalan Diri atau tidak memberinya kepada pekerja APS

Seksyen 13D (4): Mana-mana agensi yang gagal memohon atau tidak memberi dokumen pengenalan diri kepada pekerjanya yang menjalankan aktiviti merekrut apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Seksyen 13D (7): Mana-mana agensi yang gagal memohon Salinan gantian dokumen Pengenalan Diri yang hilang, musnah dan rosak, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

vii) Membuka cawangan tanpa lesen

Seksyen 13E (7): Mana-mana agensi yang membuka cawangan tanpa lesen apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

viii) Gagal mengiklan, menampal dan menyiar Notis Pemberhentian Operasi

Seksyen 13G(2): Mana-mana agensi yang gagal mengemukakan, mengiklankan, menampal dan menyiarkan notis pemberhentian operasi sekurang-kurangnya 60 hari dari tarikh pemberhentian operasi apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

ix) Tidak meletakkan nombor lesen dalam iklan kekosongan jawatan

Seksyen 18(b): Mana-mana agensi yang mengiklankan kekosongan jawatan namun gagal untuk meletakkan nombor lesen dan juga maklumat yang betul mengenai iklan itu, apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

x) Gagal menyedia, menyenggara dan menyimpan rekod

Seksyen 19(4): Mana-mana agensi yang gagal menyedia, menyenggara, menyimpan dan mengemukakan rekod kepada Ketua Pengarah, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

xi) Penalti am

Seksyen 28: Mana-mana orang yang :

  1. mengenakan atau menerima fi melebihi yang dinyatakan dalam Jadual pertama;
  2. memperdaya pencari kerja, majikan atau pekerja asing dengan maklumat palsu; atau
  3. melanggar mana-mana peruntukan dibawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidari di bawah Akta ini                                                                                                                                                                                                                                                                                apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

18. Apakah tindakan Jabatan terhadap agensi yang tidak berlesen?

Agensi-agensi yang tidak berlesen boleh didakwa atas kesalahan di bawah cadangan seksyen 7(2):  Mana-mana orang yang menjalankan aktviti merekrut tanpa lesen yang sah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.  

19. Apakah yang perlu dilakukan oleh APS apabila berlaku perubahan dalam maklumat yang diberikan kepada Ketua Pengarah?

APS hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis apabila berlaku perubahan dalam maklumat yang diberikan kepada Ketua Pengarah berhubung:

(a) Maklumat berhubung dengan rekod di bawah Seksyen 19;

(b) Pengarah yang dinamakan dalam permohonan yang bertanggungjawab bagi hal ehwal APS;

(c) Apa-apa maklumat lain atau penjelasan bertulis sebagaimana dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

 

20. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sistem Merit JTKSM?

Sistem Mata Merit JTKSM diperkenalkan bagi memantau aktiviti penempatan pekerja tempatan yang dilakukan oleh APS. Ini selaras dengan hasrat Akta APS ini diwujudkan iaitu bagi membantu kerajaan menempatkan pekerja tempatan ke tempat pekerjaan.

 

Bil. Perkara Mata Merit/Demerit Jumlah Mata
1 Penempatan Pekerjaan Tahunan 

40 

 40

2 Kehadiran kursus/bengkel anjuran JTK   20 mata setiap kali kursus

 20

  Jumlah Keseluruhan Merit

 60

• Setiap kursus yang dianjurkan oleh JTKSM mendapat 20 mata untuk 1 kursus;
• Merit bagi tempoh dua tahun pembaharuan lesen adalah 120 mata dan tertakluk kepada 60 mata setiap tahun.
• APS yang mempunyai Lesen B dan C disaran untuk lebih aktif menyertai Karnival Kerjaya anjuran JobsMalaysia bagi mengimbangi mata merit dan demerit.
• Sila rujuk Pusat JobsMalaysia terdekat untuk menyertai aktiviti bersama JobsMalaysia dan JTKSM atau rujuk ke kelender aktiviti JobsMalaysia di laman web: www.jobsmalaysia.gov.my

• Carta di atas merupakan panduan awal bagi melaksanaan Sistem Merit JTKSM.
• Jabatan akan mengeluarkan arahan dari masa ke semasa berhubungan dengan pelaksanaan penuh Sistem Merit JTKSM ini.

  

1. Nyatakan usaha dan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan untuk mendorong golongan OKU memasuki alam pekerjaan?

Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) telah diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia yang bertujuan untuk memperkasa ekonomi golongan OKU serta menggalakkan penglibatan mereka dalam pasaran buruh.

SBGPOKU memberi bantuan dalam bentuk geran kepada usahawan OKU untuk mengembangkan perniagaan dengan harapan pengembangan perniagaan tersebut boleh mewujudkan dan membuka peluang pekerjaan kepada OKU yang lain.

2. Apakah syarat-syarat bagi permohonan SBGPOKU?

Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
(i) OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
(ii) Berumur 18 tahun dan ke atas;
(iii) Warganegara Malaysia;
(iv) Bukan penjawat awam;
(v) Mempunyai perniagaan dan bercadang untuk mengembangkan perniagaan;
(vi) Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah menjalankan perniagaan sekurang- kurangnya 3 bulan; dan
(vii) Pengembangan perniagaan adalah bertujuan membuka peluang pekerjaan kepada OKU

3. Adakah pemohon yang berjaya boleh menerima bantuan dalam bentuk tunai?

Tidak boleh. Bantuan yang diberikan hanya dalam bentuk
(i) Peralatan & Mesin (bukan bahan mentah / bekalan stok)
(ii) Ubahsuai Premis
(iii) Promosi

 

 

muat turun
pematuhan
aktiviti
program
berita
statistik
carian
tender
.

Sila log masuk untuk melihat pautan berkaitan Warga JTKSM ini.