Language:

Color Option: blue green red
Text Size:
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman

ANNOUNCEMENT:

ONLINE SERVICES

  •                      

Proses Kerja Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

Senarai Semak JTKSM

Senarai Semak JIM

Senarai Jawatan Dibenarkan

Soalan Lazim

 

 

Jenis-Jenis Permit Mengikut Akta

1. Senarai Dokumentasi Dalam Permohonan Permit Seskyen 19, Akta Kerja 1955,  (Bayaran Gaji Lewat)

Bil Jenis Borang Keterangan Borang Seksyen Muat Turun
1 A Borang permohonan untuk membayar gaji lewat 19 Muat Turun
2 B Borang permohonan untuk membuat pendahuluan gaji 22 Muat Turun
3 C Borang permohonan untuk membuat potongan daripada gaji pekerja 24 Muat Turun
4 D Borang permohonan untuk mendapatkan pengecualian sekatan kerja malam bagi pekerja-pekerja perempuan 34 Muat Turun
5 E Borang permohonan untuk mendapatkan kebenaran bekerja melebihi sekatan kerja lebih masa 60(A)(4)(a) Muat Turun
6 F Borang permohonan untuk mendapatkan kelonggaran waktu kerja / kebenaran kerja waktu syif 60(A)(1)/60(C)1A Muat Turun
7 G Borang permohonan mengumpul cuti rehat mingguan 59(1B) Muat Turun
8 H Borang permohonan kelulusan skim bayaran insentif 60(I) Muat Turun
9 I Borang permohonan mengumpul daftar pekerja di ibupejabat / tempat lain   Muat Turun
10 L Borang permohonan untuk menyimpan daftar pekerja dalam cara lain 61(3) Muat Turun
11 C (i) Borang potongan untuk skim insurans   Muat Turun
12 C (ii) Borang potongan yuran kelab sukan / rekreasi   Muat Turun
13 C (iii) Borang potongan levi pekerja asing   Muat Turun
14 C (iv) Borang potongan untuk pembelian bayaran keluaran majikan   Muat Turun
15 C (v) Borang potongan untuk penyediaan kemudahan tempat tinggal / makanan   Muat Turun
16 C (vi) Borang potongan untuk bayaran perubatan   Muat Turun
17 C (vii) Borang potongan untuk membayar balik pinjaman perumahan / kenderaan / computer / pelajaran / peribadi   Muat Turun
18 C (viii) Borang potongan untuk skim kebajikan / simpanan pekerja   Muat Turun
19 C (ix) Borang potongan pembelian barangan keluaran syarikat   Muat Turun
20 C (x) Borang potongan lain-lain jenis   Muat Turun

Tatacara Permohonan Permit Perburuhan

1. Senarai Dokumentasi Dalam Permohonan Permit Seskyen 19, Akta Kerja 1955,  (Bayaran Gaji Lewat)

Bil Keterangan 
1 Salinan permohonan majikan 
2 Laporan pegawai penyiasat
  • nyatakan amalan tempoh pembayaran gaji / gaji kerja lebih masa
  • nyatakan tempoh pembayaran gaji / gaji kerja lebih masa yang dicadangkan lewat
  • nyatakan sama ada permohonan disokong / tidak disokong
  • nyatakan bilangan pekerja yang terlibat
  • nyatakan pemasalahan yang dihadapi majikan pada pembayaran lewat gaji / gaji kerja lebih masa
3 Surat persetujuan pekerja berkaitan permohonan 
4 Sekiranya permohonan pembaharuan permit, sila kemukakan salinan kelulusan permit terdahulu 

 

2. Senarai Dokumentasi Dalam Permohonan Permit Seksyen 24, Akta Kerja 1955 (Potongan Gaji)

Bil Senarai Dokumen Jenis Permohonan Seksyen 24
Levi Premium
Insurans
Kelab Produk
Syarikat
kemudahan
Tempat
Tinggal
Bayaran
perubatan
Pinjaman
Perumahan/
kenderaan
Pinjaman
peribadi
1 Salinan permohonan majikan   √ √   √ √   √ √  √  √ 
2 Borang C   √ √   √ √  √   √  √  √
3 Laporan pegawai penyiasat                
 
  • nyatakan amaun potongan sebulan dan tempoh pemotongan
 
  • nyatakan status permohonan disokong atau tidak disokong
 
  • nyatakan tempoh pengajian pekerja asing yang terlibat
 -  -  -
 
  • nyatakan tempoh pembaharuan permit pekerja asing yang terlibat
 -  -  -
 
  • bilangan pekerja yang terlibat
 
  • Kadar faedah atas pinjaman  
  -  -  -  -  - √  √ 
4 Surat persetujuan pekerja berkaitan permohonan   √ √  √  √  √   √ √ 
5 Salinan penyata gaji pekerja   √ √  √   √ √ 
6 Salinan Kontrak perkhidmatan  √ √   √ √  √ 
7 Sijil Perakuan Pendaftaran dan Perlembagaan Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966    -  -  -  -
8 Risalah Skim Pertubuhan / Premium Insurans    -  - √  √  -   - 
9 Salinan Passport Pekerja Asing    √  - - - -  -
10 Salinan resit pembayaran levi yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen    √  -  -  -  -   -
11 Kontrak perjanjian lain-lain yang berkaitan dengan permohonan   √ √  √   √ √   √  √ √ 

 

3. Senarai Dokumentasi Dalam Permohonan Permit Seksyen 34, Akta Kerja 1955 (Sekatan Kerja Malam Wanita)

Bil Keterangan 
1 Salinan permohonan majikan
2 Borang D / Borang SKM2
3 Laporan pegawai penyiasat
  • nyatakan amalan waktu kerja majikan
  • nyatakan waktu kerja malam wanita yang dipohon majikan
  • kemudahan / insentif / elaun yang diberikan majikan
4 Surat persetujuan pekerja berkaitan permohonan
5 Sertakan salinan jadual waktu kerja mingguan / bulanan pekerja wanita yang terlibat

 

4. Senarai Dokumentasi Dalam Permohonan Permit Seksyen 60A (1A), Akta Kerja 1955 (Kelonggaran Waktu Kerja)

Bil Keterangan 
1 Salinan permohonan majikan
2 Borang F
3 Laporan pegawai penyiasat
  • nyatakan amalan waktu kerja majikan
  • nyatakan kelonggaran waktu kerja yang dipohon majikan
  • jadual waktu kerja mingguan/ bulanan pekerja yang terlibat
  • tujuan kelonggaran waktu kerja dipohon
4 Salinan kontrak perkhidmatan pekerja

 

5. Senarai Dokumentasi Dalam Permohonan Permit Seksyen 60A (4)(a), Akta Kerja 1955 (Sekatan Kerja Lebih Masa) 

Bil Keterangan 
1 Salinan permohonan majikan
2 Borang SKL
3 Laporan pegawai penyiasat
  • waktu bekerja biasa pekerja-pekerja yang terlibat dalam permohonan
  • nyatakan waktu kerja lebih masa yang dicadangkan kelulusan
  • nyatakan sama ada bilangan jam kerja lebih masa tersebut termasuk kiraan kerja lebih masa pada hari rehat atau tidak
  • sebab kelulusan disokong atau tidak disokong oleh pegawai penyiasat
  • bilangan pekerja yang terlibat
  • Jadual waktu kerja mingguan pekerja yang terlibat
4 Surat persetujuan pekerja berkaitan permohonan
5 Sekiranya permohonan pembaharuan permit, sila kemukakan salinan kelulusan permit terdahulu

 

6. Senarai Dokumentasi Dalam Permohonan Permit Peraturan 6, Peraturan-peraturan Kerja 1957 (Menyimpan Daftar Pekerja Di Ibu Pejabat Syarikat)

Bil Keterangan 
1 Salinan permohonan majikan
2 Borang F
3 Laporan pegawai penyiasat
  • nyatakan senarai dan alamat penuh cawangan yang terlibat di dalam permohonan
  • nyatakan alamat Ibu Pejabat majikan
  • bilangan tenaga kerja mengikut jantina dan bangsa
  • tujuan permohonan dibuat

Senarai Borang Permit

KLIK SINI Untuk Melihat Senarai Borang

Penalti Kegagalan Mematuhi Permit

Mana-mana orang atau majikan yang gagal mematuhi permit atau sebarang peruntukan di bawah Akta Kerja 1955 adalah melakukan satu kesalahan  mengikut seksyen 99 Akta Kerja 1955, dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan.

 

Majikan adalah diwajibkan untuk melapor dan mengemukakan maklumat berkaitan tempat pekerjaan sebagaimana peruntukan di bawah Sekyen 63A, Akta Kerja 1955 dalam tempoh 90 hari dari tarikh:-

(i) permulaan operasi / perniagaan;
(ii) pengambil alihan perniagaan;
(iii) pertukaran nama atau lokasi perniagaan.

Bagi tujuan ini, majikan dikehendaki untuk memberi notis makluman kepada JTK dengan mengisi Borang Pendaftaran Tempat Pekerjaan.

Aktiviti ini membolehkan pegawai JTK untuk hadir memberikan khidmat nasihat dan panduan berkaitan undang-undang perburuhan yang perlu dipatuhi oleh majikan. Di samping itu, aktiviti ini juga membantu jabatan mengesan kekosongan jawatan baharu yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat.

Peranan Jabatan

1. Menguatkuasakan Akta Pampasan Pekerja 1952 kepada semua majikan yang menggajikan pekerja asing.
2. Melaksanakan taksiran pampasan ke atas kecederaan atau kematian pekerja asing yang terlibat dengan kes kemalangan di tempat pekerjaan.
3. Melaksanakan pembayaran wang pampasan kepada pekerja yang mengalami kecederaan atau orang tanggungan pekerja asing yang maut.

Tanggungjawab Majikan

1. Setiap majikan hendaklah memastikan bahawa setiap pekerja asing yang digajikan telah diinsuranskan dengan panel penanggung insurans yang telah dilantik di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA).
Kegagalan majikan menginsuranskan pekerja asing merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan majikan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. [seksyen 26 Akta Pampasan Pekerja 1952]

2. Setiap majikan hendaklah melaporkan kemalangan melalui notis bertulis melibatkan pekerja asing dalam tempoh 10 hari daripada tarikh berlakunya kemalangan.
Kegagalan majikan melaporkan kemalangan melibatkan pekerja asing merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan majikan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM 10,000 bagi mana-mana kesalahan berikutnya.[seksyen 13 Akta Pampasan Pekerja 1952]

3. Setiap majikan hendaklah menanggung sepenuhnya kos bayaran premium insurans Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) sebanyak RM72 setahun bagi setiap pekerja asing.

4. Setiap majikan hendaklah mendapatkan dan memberikan maklumat orang tanggungan pekerja asing yang terkini semasa membeli polisi insurans SPPA seperti nama, alamat lengkap di negara asal, hubungan dan no. telefon bagi memudahkan proses pembayaran wang pampasan.

Jenis-Jenis Kecederaan dan Faedah Perlindungan

Bil. Jenis Kecederaan Definisi Akaun Pampasan
1 Hilang Upaya Sementara keupayaan seorang pekerja mencari nafkah dalam pekerjaan yang mampu dibuatnya semasa kemalangan adalah dikurangkan untuk tempoh sementara.  Bayaran setengah bulanan iaitu  satu pertiga dari purata pendapatan bulanan  atau RM165.00 mengikut mana yang kurang
2 Hilang Upaya Kekal  seorang pekerja langsung tidak berupaya untuk menjalankan semua jenis kerja yang ia berupaya melakukan semasa kemalangan untuk selama-lamanya.  Peratus Kehilangan Upaya Mencari Nafkah x Purata Pendapatan x 60/84/108 bulan atau M23,000.00 mengikut mana yang kurang
3 Kes Kematian seorang yang maut akibat kemalangan yang berlaku dari dan dalam masa pekerjaan pekerja berkenaan 

Purata Pendapatan Sebulan x 60 bulan atau RM18,000.00 mengikut mana yang kurang dan tambahan RM7000.00 di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA)

(RM18,000.00 + RM7000.00 = RM25,000.00)

Prosedur Tuntutan Pampasan

Rajah 1 : Carta Alir Pampasan Pekerja Asing

Senarai Panel Penanggung Insurans Skim Pampasan Pekerja (SPPA) Sehingga Disember 2018

 

Bil Syarikat Insurans
1 AIA BERHAD 
2 AIG  MALAYSIA INSURANCE BERHAD
3 ALLIANZ GENERAL INSURANCE MALAYSIA BERHAD
4 AmGENERAL INSURANCE BERHAD 
5 AXA AFFIN GENERAL INSURANCE BERHAD
6 BERJAYA SOMPO INSURANCE BERHAD
7 CHUBB INSURANCE MALAYSIA BERHAD
8 ETIQA INSURANCE BERHAD
9 ETIQA TAKAFUL BERHAD
10 GREAT EASTERN GENERAL INSURANCE (MALAYSIA) BERHAD
11 HONG LEONG MSIG TAKAFUL BERHAD
12 LIBERTY INSURANCE BERHAD
13 LONPAC INSURANCE BERHAD
14 MAA TAKAFUL BERHAD
15 MCIS ZURICH INSURANCE BERHAD
16 MPI GENERALI INSURANS BERHAD
17 MSIG INSURANCE (MALAYSIA) BERHAD
18 PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD
19 PROGRESSIVE INSURANCE BERHAD
20 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD
21 QBE INSURANCE (M) BERHAD
22 RHB INSURANCE BERHAD
23 SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD
24 TAKAFUL IKHLAS SDN BHD
25 THE PACIFIC INSURANCE BERHAD
26 TOKIO MARINE INSURANS (M) BERHAD
27 TUNE INSURANCE MALAYSIA BERHAD
28 ZURICH INSURANCE MALAYSIA BERHAD

Penyediaan Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja

JTKSM bertanggungjawab menjaga kebajikan dan perlindungan kepada pekerja dan komuniti di sektor perladangan sebagaimana kehendak Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446). Akta ini terpakai kepada ladang-ladang yang berkeluasan melebihi 20 hektar tanpa mengira jenis tanaman.

 

Akta ini memperuntukkan tanggungjawab JTKSM untuk mengeluarkan kelulusan dan perakuan ke atas penyediaan perumahan dan kemudahan pekerja antaranya:-

Kelulusan Pelan Membina/Ubahsuai Bangunan Bagi Perumahan Pekerja

Mana-mana majikan ladang yang ingin membina perumahan pekerja, adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Seksyen 5 (1), Akta 446. Di bawah Peraturan 32, Peraturan Standard-Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990, terdapat beberapa peruntukan standard minimum yang perlu dipatuhi oleh majikan ladang sebelum membina rumah untuk pekerja mereka. Terdapat 3 kategori pelan yang perlu dikemukakan oleh pihak majikan kepada Ketua Pengarah untuk kelulusan sebelum sesuatu pembinaan rumah dilakukan.

Jenis Pelan Dan Keperluan Penyediaan

Pelan Bangunan Baru Pelan Penukaran Bangunan Pelan Tapak
Pelan tersebut hendaklah dilukis dengan sempurnanya menggunakan dakwat. Hendaklah dilukis dengan sempurnanya menggunakan dakwat. Hendaklah dilukis dengan sempurnanya menggunakan dakwat.
Menyatakan nama tempat kerja di mana bangunan itu akan dibina. Menyatakan nama tempat kerja di mana bangunan itu akan ditukarkan. Menyatakan nama tempat kerja di mana bangunan itu akan dibina.
Menyatakan nama majikan yang akan membina bangunan itu. Menyatakan nama majikan yang akan menukarkan bangunan itu. Menyatakan nama majikan yang akan membina suatu bangunan di atas tapak itu.
Menerangkan detail-detail berhubung dengan struktur bangunan itu. Menerangkan detail-detail berhubung dengan struktur bangunan yang sedia ada dan tempat pertukaran.  
Menentukan suatu skel minimum 1 hingga 100. Menentukan suatu skel minimum 1 hingga 100.  

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi tujuan Kelulusan Pelan Membina/Ubahsuai Bangunan Bagi Perumahan Pekerja, majikan dikehendaki mengemukakan 4 salinan bagi tiap-tiap pelan berikut ke Pejabat Tenaga Kerja berhampiran :-
a) pelan bangunan
b) pelan tapak
c) pelan tangki septik
d) pelan pendawaian elektrik

Kelulusan Membina/Ubahsuai Bangunan Dan Kelulusan Sijil Layak Menduduki

Majikan menghantar surat rasmi kepada Pengarah Negeri untuk mendapatkan kebenaran membina beserta 4 salinan pelan bangunan, pelan tapak dan pelan tangki septik yang telah diluluskan oleh jabatan.

Setelah bangunan siap dibina, majikan perlu memaklumkan penyempurnaan bangunan kepada jabatan melalui Borang 1.

Sijil Layak Menduduki akan dikeluarkan setelah semua perkara dipatuhi.

Permit Penggunaan Air Persendirian

Mengikut Seksyen 6 (1) (a), Akta 446, majikan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan bekalan air yang mencukupi kepada pekerjanya samada bekalan air tersebut daripada sumber awam daripada bekalan air sumber persendirian.

Bagi situasi di mana bekalan air disediakan daripada bekalan air sumber persendirian, majikan perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Tenaga Kerja terlebih dahulu.

Proses Kerja

1. Majikan mengemukakan permohonan mendapatkan kebenaran Ketua Pengarah bagi menggunakan bekalan air sumber persendirian melalui Borang BA2 (pind. 1/2008).

2. JTKSM mendapatkan ulasan Pegawai Kesihatan Daerah setelah lawatan pemeriksaan kualiti air ladang dijalankan.

3. JTKSM mengemukakan ulasan dan perakuan menyokong. Sekiranya bekalan air sumber persendirian tidak selamat untuk digunakan, majikan dikehendaki mengemukakan bukti permohonan bagi mendapatkan bekalan air sumber awam dalam tempoh 60 hari.

Penyediaan Kemudahan Penginapan Berpusat Pekerja Asing

Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) kali ke 15 Bil.1/2016 pada 12 Mei 2016 kerajaan telah bersetuju untuk menggunakan kaedah penginapan berpusat bagi menempatkan pekerja-pekerja asing yang digajikan oleh majikan swasta sebagai pilihan dalam penyediaan kemudahan penginapan.

Oleh yang demikian, syarikat swasta (“service provider”) yang mempunyai kepakaran dan kemampuan dalam perkara ini dialu-alukan untuk menyediakan perkhidmatan berkenaan. Syarikat Penyedia Penginapan berpusat Pekerja Asing yang sedang melaksanakan perniagaan ini perlu mendapat Sijil Perakuan Pematuhan Standard Minimum Penginapan Berpusat Pekerja Asing di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung di talian 03-8886 5192 (sambungan 245023, 5393 atau 5768). Untuk muat turun borang permohonan, sila klik Borang Permohonan Perakuan Pematuhan Standard Minimum Penginapan Berpusat Pekerja Asing (Baharu/Pembaharuan).

Senarai Semak Permohonan Perakuan Penginapan

Buku Panduan Penginapan Pekerja

 

Buku Panduan Penginapan Pekerja
 

 

Infografik

infografik 1    infografik 2    infografik 3

 

infografik 4

   

   infografik 5

 
     

 

 

muat turun
pematuhan
aktiviti
program
berita
statistik
carian
tender
.

Sila log masuk untuk melihat pautan berkaitan Warga JTKSM ini.