Language:

Color Option: blue green red
Text Size:
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman

ANNOUNCEMENT:

ONLINE SERVICES

  •                      

PERLINDUNGAN AKTA KERJA 1955 

Kelayakan / Butir dan Terma Syarat Pekerjaan

1. Adakah saya pekerja yang di lindungi di bawah Akta Kerja 1955?

Pekerja yang dilindungi Akta Kerja adalah:

a) Mana-mana orang yang tidak kira pekerjaannya yang telah memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan di mana upahnya tidak melebihi dua ribu ringgit;
b) Mana-mana orang yang tidak mengambil kira upah sebulan, yang mempunyai kontrak perkhidmatan dengan majikan yang melakukan kerja-kerja kasar / manual atau terlibat dalam pengendalian kenderaan jentera atau menyelia pekerja kasar / manual.

2. Bilakah sepatutnya butir dan terma syarat-syarat pekerjaan di beri kepada pekerja?

Majikan hendaklah memberikan satu salinan sah butir dan terma syarat-syarat pekerjaan kepada pekerja pada atau sebelum tarikh pekerjaannya.

 

3. Apakah butiran dan terma yang perlu ada dalam syarat-syarat perkhidmatan?

Butiran dan terma yang perlu ada ialah butiran peribadi, butir-butir tentang terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan, perihal upah dan elaun yang diperolehi semasa setiap tempoh upah.

 

 

Pembayaran Upah

1. Bilakah hari terakhir pembayaran upah?

Pembayaran upah tidak lewat daripada hari ke tujuh bagi tempoh upah.

 

2. Bilakah segala pembayaran perlu dilakukan sekiranya berlaku penamatan kerja?

Segala pembayaran hendaklah dilakukan tidak lewat daripada hari kontrak itu ditamatkan.

3. Bolehkah potongan upah dilakukan bila terlebih membayar upah pekerja?

Upah hanya boleh dipotong bagi tempoh tiga bulan sebelum atas kesilapan majikan sahaja.

4. Bolehkah pembayaran upah dibuat oleh majikan melalui cek atau secara tunai?

Majikan diwajibkan membayar upah melalui Akaun Bank pekerja. Walaubagaimanapun, majikan boleh membayar upah melalui cek atau secara tunai  dengan syarat mendapat surat persetujuan daripada pekerja.

 Perlindungan Wanita

1. Adakah pekerja wanita boleh bekerja jam 12.00 malam?

Pekerja wanita tidak boleh bekerja di antara jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi melainkan mendapat kebenaran Ketua Pengarah JTK.

2. Dalam sektor manakah pekerja wanita dilarang bekerja?

Pekerja wanita dilarang bekerja di sektor perusahaan atau sektor pertanian.

3. Adakah semua pekerja wanita layak mendapat elaun bersalin?

Semua pekerja wanita adalah layak tanpa mengira had gaji.

4. Berapakah jumlah kelayakan Cuti bersalin dan apakah syarat-syarat kelayakan menerima elaunb bersalin mengikut Akta Kerja 1955?

Jumlah kelayakan cuti bersalin adalah sebanyak 60 hari, manakala syarat kelayakan cuti bersalin adalah seperti berikut:

• Tidak melebihi 5 orang anak
• Bekerja tidak kurang 90 hari (3 bln) dlm tempoh 9 bln mengandung
• Diambil bekerja dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin
• Memaklumkan tarikh mula bersalin dalam tempoh 60 hari sebelum bersalin kepada majikan. (Jika tidak maklum majikan boleh tahan elaun bersalin)
• Usia kandungan tidak kurang 22 minggu (5 bulan 14 hari) – bersalin/gugur/hidup/mati

 

Cuti Tahunan / Cuti Sakit /Cuti Hospitalisasi

1. Berapakah tempoh kelayakan cuti tahunan bagi pekerja mengikut Akta Kerja 1955?

Pekerja hanya layak mengambil cuti tahunan selepas 12 bulan berkhidmat. Kelayakan cuti tahunan adalah mengikut tempoh perkhidmatan, iaitu;
• kurang dua tahun ialah selama 8 hari;
• dua tahun dan tidak kurang lima tahun ialah selama 12 hari; dan
• lima tahun ialah 16 hari.

 

Waktu Kerja / Kerja Lebih Masa

1. Apakah ketetapan mengenai jam bekerja di dalam Akta Kerja 1955?

Sesuatu kontrak perkhidmatan tidak boleh menghendaki seseorang pekerja bekerja:

a) Bekerja lebih 5 jam berturut-turut tanpa rehat kurang dari 30 minit;
b) Bekerja lebih dari 8 jam sehari
c) Melebihi daripada tempoh 10 jam sehari
d) Lebih 48 jam dalam seminggu

2. Apakah kadar kerja lebih masa bagi hari kerja biasa, hari rehat dan hari kelepasan berbayar?

Kerja lebih masa adalah merupakan kerja yang dilakukan pada masa melebihi waktu kerja normal;

• kerja lebih masa pada hari biasa, pekerja hendaklah dibayar 1.5 ganda upah mengikut jam.
• kerja lebih masa pada hari rehat, pekerja hendaklah dibayar 2.0 ganda upah mengikut jam.
• kerja lebih masa pada hari kelepasan berbayar, pekerja hendaklah dibayar 3.0 ganda upah mengikut jam.

3. Bagaimana pula kira bagi kerja yang dilakukan pada hari rehat dan hari kelepasan berbayar?

Sekiranya pekerja diarah bekerja pada hari rehat, majikan hendaklah membayar pekerja tambahan satu hari upah manakala sekiranya pekerja diarah bekerja pada hari kelepasan berbayar, majikan hendaklah membayar pekerja tambahan dua hari upah

 

Penamatan Kerja

1. Apakah syarat-syarat asas berkaitan faedah penamatan kerja?

Kontrak perkhidmatan ditamatkan oleh majikan di bawah suatu kontrak yang berterusan tidak kurang 12 bulan.

2. Apakah sebab-sebab majikan wajib membayar faedah penamatan kerja?

Faedah penamatan kerja wajib dibayar apabila majikan menamatkan kontrak perkhidmatan atas apa jua sebab.

 

3. Berapakah tempoh notis penamatan perkhidmatan bagi pekerja mengikut Akta Kerja 1955?

Tempoh notis penamatan perkhidmatan bagi pekerja yang telah berkhidmat:

• kurang dua tahun ialah selama empat (4) minggu;
• dua tahun dan tidak kurang lima tahun ialah selama enam (6) minggu; dan
• lima tahun ialah lapan (8) minggu.

4. Apakah tanggungjawab majikan sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan pekerja?

• Gaji ganti notis jika majikan tidak memberi notis yang mencukupi
• Faedah penamatan kerja bagi pekerja yang genap 12 bulan berturut-turut perkhidmatanya dengan majikan yang sama
• Cuti rehat tahunan jika berkelayakan
• Lain-lain bayaran yang berhak diterima oleh pekerja contoh baki gaji

 

5.Apakah tindakan yang perlu diambil bila pekerja melakukan kesalahan?

Majikan hendaklah menjalankan siasatan sewajarnya atas kesalahan tersebut dan jika didapati bersalah majikan boleh memberi hukuman mengikut jenis kesalahan seperti  memecat tanpa notis atau menurun pangkat pekerja atau mengenakan hukuman ringan yang berpatutan tanpa menjejaskan gajinya 

 

 

 

 

Sedang dikemaskini.


Aplikasi

Pekeliling

Sumber Manusia

ICT

Majlis Bersama Jabatan

Statistik Jabatan

Panduan Pegawai

Novel Coronavirus@Covid 19

bantuan pengguna jtksm

  1. W3C - Facilities for Persons with Disabilities (OKU) to change the font size, colour of the portal and language options.
  2. Logo - Display the logo and statement of the Department of Labour of Peninsular Malaysia (JTKSM).
  3. Search - Enable users to do information search in the EDepartment of Labour of Peninsular Malaysia portal.
  4. Main Menu -  Display the main menu list found in the Department of Labour of Peninsular Malaysia.
  5. Main Banners - Main banner for public announcements.
  6. Social media, RSS & Director General's Icon - links to official social media for Department of Labour of Peninsular Malaysia.(Facebook & RSS). The Director General's Icon contains a link to the Message of the Director General at Department of Labour of Peninsular Malaysia.
  7. Personalization - Contains a special link for Employers & Employees, jobseeker, Private Employment Agency, JTKSM Staff.
  8. Announcement - Display latest information for Announcement.
  9. Online Services - Display link to related services at Department of Labour of Peninsular Malaysia.
  10. Other link - Displays other links that are not available in the menu section.
  11. Links to other Agencies - Displays links to other agencies associated with the Department of Labour of Peninsular Malaysia.
  12. Contact us, Visitor Counter, e-Participation and Poll - Display the details of address, telephone number, fax and email Department of Labour of Peninsular Malaysia, matters relating to e-Participation and polls regarding the portal.
  13. QR Code, Copyright & Display - Display QR Code for mobile phone view. The All Rights Reserved Statement of the Department of Labour of Peninsular Malaysia as well as the privacy policy, security policy, disclaimer, sitemap and user guide. The statement is displayed for the best browser to browse the portal.
muat turun
pematuhan
aktiviti
program
berita
statistik
carian
tender
.

Sila log masuk untuk melihat pautan berkaitan Warga JTKSM ini.