Language:

Color Option: blue green red
Text Size:
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman

ANNOUNCEMENT:

ONLINE SERVICES

  •                      

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kebangsaan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta pada tahun 1990 bagi menggalakkan para majikan di sektor swasta menggaji OKU.

Usaha ini adalah selari dengan Konvensyen Hak-hak bagi Orang Kurang Upaya yang kini termaktub di bawah Seksyen 29 Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) iaitu OKU mempunyai hak untuk akses kepada pekerjaan atau asas kesetaraan dengan orang upaya.

Bagi memberi akses pekerjaan kepada OKU, JTKSM menyediakan laman sesawang Jobsmalaysia kepada OKU yang ingin mencari pekerjaan atau majikan yang ingin menawarkan pekerjaan kepada OKU. Laman sesawang Jobsmalaysia boleh dicapai di alamat http://www.jobsmalaysia.gov.my/. Secara alternatif, OKU juga boleh mendaftar di Pejabat Tenaga Kerja/Jobsmalaysia Center yang berhampiran dan mendapat maklumat lanjut mengenai peluang-peluang pekerjaan yang disediakan.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kebangsaan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta pada tahun 1990 bagi menggalakkan para majikan di sektor swasta menggaji OKU.

Usaha ini adalah selari dengan Konvensyen Hak-hak bagi Orang Kurang Upaya yang kini termaktub di bawah Seksyen 29 Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) iaitu OKU mempunyai hak untuk akses kepada pekerjaan atau asas kesetaraan dengan orang upaya.

Bagi memberi akses pekerjaan kepada OKU, JTKSM menyediakan laman sesawang Jobsmalaysia kepada OKU yang ingin mencari pekerjaan atau majikan yang ingin menawarkan pekerjaan kepada OKU. Laman sesawang Jobsmalaysia boleh dicapai di alamat http://www.jobsmalaysia.gov.my/. Secara alternatif, OKU juga boleh mendaftar di Pejabat Tenaga Kerja/Jobsmalaysia Center yang berhampiran dan mendapat maklumat lanjut mengenai peluang-peluang pekerjaan yang disediakan.

Pusat Maklumat Kerjaya (CIC) berfungsi sebagai 'One Stop Centre' bagi semua golongan Pencari Kerja bagi persediaan melengkapkan diri untuk mencari kerja. Ia juga berfungsi untuk memberi bimbingan kerjaya dan menyampaikan maklumat kepada semua lapisan pencari kerja (siswazah dan bukan siswazah).

Objektif Pusat Maklumat Kerjaya (CIC)

  • Memberi panduan
  • Memberi maklumat kepada firma-firma tentang jenis tenaga lepasan sekolah institusi pengajian tinggi
  • Melengkapi pencari kerja dengan kemahiran mencari kerja
  • Menjalankan kursus singkat untuk pencari kerja
  • Menyediakan khidmat nasihat tentang pelbagai jenis pekerjaan dan prospek
  • Menyediakan khidmat kaunseling untuk membantu pencari kerja membuat keputusan bijaksana
  • Membantu para lulusan mengenal diri secara dekat melalui inventori

Perkhidmatan Pusat Maklumat Kerjaya (CIC)

  1. Resume Wizard
  2. Tips dan Panduan
  3. Bahan & Berita
  4. Diskripsi jawatan
  5. Kaunseling
  6. Kerjaya terpilih
  7. Survey

 {slider Penggajian Pekerja Asing}

                
                      

DASAR PENGGAJIAN PEKERJA ASING

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bertanggungjawab ke atas hal penggajian dan perburuhan di mana pekerja asing yang digajikan secara sah layak menikmati perlindungan dan faedah-faedah yang ditetapkan oleh undang-undang perburuhan. 

Permohonan pekerja asing oleh majikan akan dibuat di Pusat Kelulusan Setempat (PPS) di Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri, Aras 5, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya.

Wakil-wakil daripada Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) akan bertugas di PPS untuk memproses permohonan pengambilan pekerja asing.

Penggajian pekerja asing adalah merupakan langkah sementara (temporary measure) untuk menampung kekosongan jawatan. Majikan hendaklah memaklumkan kekosongan jawatan kepada JTK melalui pendaftaran di JobsMalaysia bagi membolehkan pencari kerja rakyat tempatan yang berdaftar diberikan keutamaan.

Penggajian pekerja asing adalah untuk tempoh 10 tahun bagi semua sektor yang dibenarkan dan pekerja asing tidak dibenarkan berkahwin serta tidak dibenarkan membawa ahli keluarga ke Malaysia.

Pekerja asing dibenarkan bekerja dalam 5  sektor iaitu sektor perkilangan, pertanian, perladangan, pembinaan dan perkhidmatan. 

{slider Malaysian Committee On Application of Bangladesh Workers (MCAB)}

Jawatankuasa Pengambilan Pekerja Bangladesh

Malaysian Committee on Application of Bangladesh Workers (MCAB)

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 November 2012 telah memutuskan bahawa kemasukan pekerja Bangladesh melalui mekanisme Kerajaan kepada Kerajaan (G to G) adalah dibuka untuk Sektor Perladangan.  Susulan daripada keputusan tersebut, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menubuhkan Malaysian Committee on Application of Bangladesh Workers (MCAB). Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah dilantik sebagai Urusetia MCAB yang berfungsi sebagai pusat kelulusan setempat bagi proses pengambilan pekerja Bangladesh. Fasa pertama pengambilan pekerja Bangladesh adalah untuk memenuhi kekurangan pekerja di sektor perladangan khususnya tanaman kelapa sawit.

Permohonan pekerja Bangladesh oleh majikan hendaklah dihantar terus kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi (MPIC). MPIC akan menyalurkan permohonan berkenaan kepada JTKSM dan satu laporan permohonan akan dihantar kepada Urusetia, MCAB di JTKSM.  Keputusan permohonan akan diserahkan kepada MPIC untuk dimaklumkan kepada majikan yang mengemukakan permohonan pekerja di Sektor Perladangan. Permohonan pengambilan pekerja Bangladesh ini telah bermula pada 1 Disember 2012.

 

{slider Pampasan Pekerja Asing}

PERANAN JABATAN

1)  Menguatkuasakan Akta Pampasan Pekerja 1952 kepada semua majikan yang menggajikan pekerja asing.

2)  Melaksanakan taksiran pampasan ke atas kecederaan pekerja asing yang terlibat dengan kes kemalangan di tempat pekerjaan.

3)  Melaksanakan pembayaran wang pampasan kepada ahli waris pekerja asing yang mengalami kemalangan maut.

 

 

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

 1.Setiap majikan hendaklah memastikan bahawa setiap pekerja asing yang diambil untuk bekerja diinsuranskan dengan penanggung insurans yang telah dilantik di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA).

Kegagalan majikan menginsuranskan pekerja asing merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan majikan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. [seksyen 26 Akta Pampasan Pekerja 1952]

 2.Setiap majikan hendaklah melaporkan kemalangan melibatkan pekerja asing dalam tempoh 10 hari daripada tarikh berlakunya kemalangan.

Kegagalan majikan melaporkan kemalangan melibatkan pekerja asing merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan majikan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM 10,000 bagi mana-mana kesalahan berikutnya.[seksyen 13 Akta Pampasan Pekerja 1952]

 3.Setiap majikan hendaklah menanggung sepenuhnya kos bayaran premium insurans Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) sebanyak RM72 setahun bagi setiap pekerja asing.

 4.Setiap majikan hendaklah memberikan maklumat ahli waris pekerja asing yang terkini semasa membeli polisi insurans SPPA seperti nama ahli waris, alamat lengkap di negara asal, hubungan dan no. telefon.

 

  FAEDAH PERLINDUNGAN
 

Bil

Jenis Kemalangan

Amaun Pampasan

1.

Hilang Upaya Sementara

Bayaran setengah bulanan iaitu  satu pertiga dari purata pendapatan bulanan  atau RM165.00 mengikut mana yang kurang

2.

Hilang Upaya Kekal

Peratus Kehilangan Upaya Mencari Nafkah x Purata Pendapatan x 60/84/108 bulan atau RM23,000.00 mengikut mana yang kurang

3.

Kes Kematian

Purata Pendapatan Sebulan x 60 bulan atau  RM18,000.00 mengikut mana yang kurang dan tambahan RM7000.00 di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA)

(RM18,000.00 + RM7000.00 = RM25,000.00)

 

Senarai Panel Penanggung Insurans Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) 

 

Bil

Panel Insurans

Alamat

No. Tel

Laman Web

1

Allianz General Insurance Malaysia Berhad

Suite 3A-12, Level 15, Block 3A, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, K.L. Sentral, 50470 Kuala Lumpur

03-2264 1188 / 2264 0688

https://www.allianz.com.my/cls

2

AmG Insurance Berhad

Ground Floor, Wisma Goldhill, 67, Jalan Raja Chulan, 50200 K.L, P.O Box 12200, 50770, Kuala Lumpur

03-4047 8000

https://http://www.ambankgroup.com/en/pages/default.aspx

3

AXA Affin General Insurance Berhad

13Ath Floor, Bangunan AmAssurance No 1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur

03-2170 8282

http://www.axa.com.my/

4

Berjaya Sompo Insurance Berhad

18th Floor, Menara BGI, Plaza Berjaya, 12, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

03-2117 2118

http://www.berjayasompo.com.my/

5

ACE Jerneh Insurance Berhad

(9827-A) Wisma ACE Jerneh,38, Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

03-2058
3000

http://www.acejerneh.com.my

6

ING Insurance Bhd

Menara ING, 84, 18th Floor,Jalan Raja Chulan, P O Box 10846, 50927 Kuala Lumpur

03-2058 4838

http://www.ing.com.my

7

Zurich Insurance Malaysia Berhad (Formerly known as Malaysian Assurance Alliance Berhad)

 

11th Floor, Menara Zurich, 12 Jln Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur

03-2146
9999

http://www.zurich.com.my/Default.aspx

8

Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad

10th Floor, Menara Kurnia, No 9 , Jalan PJS 8/9, 46150, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

03-7875 3333

https://www.kurnia.com/malaysia/

9

Lonpac Insurance Berhad

23rd Floor, Bangunan Public Bank, No 6, Jalan Sultan Sulaiman, 50000, Kuala Lumpur

03-2262 8688

http://www.lonpac.com/web/my/homepage

10

ETIQA Insurance Berhad

Etiqa Insurance & Takaful, Level 21, Tower C, Mayban Assurance Tower, Dataran Maybank No 1, Jalan Maarof, 59000, Kuala Lumpur

03-2297 3888

http://www.etiqa.com.my/English/Pages/default.aspx

11

ETIQA Takaful Berhad

Etiqa Insurance & Takaful, Level 21, Tower C, Mayban Assurance Tower, Dataran Maybank No 1, Jalan Maarof, 59000, Kuala Lumpur.

03-2297 3888

http://www.etiqa.com.my/English/Pages/default.aspx

12

MAA Takaful Berhad

15th Floor, Menara MAA, 12, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

03-2146 8000

https://www.maatakaful.com.my/

13

Tune Insurance (formerly known as Oriontal Capital Assurance Berhad),

Bangunan Tune Insurance, 36 Jln Ampang, 50460 Kuala Lumpur

03-2070 2828

http://www.tuneinsurance.com.my/

14

Multi–Purpose Insurance Berhad.

9th Floor, Menara Multi–Purpose, Capital Square, No 8, Jln Munshi Abdullah, 50100 K.L. P.O Box 10122. 50704 Kuala Lumpur.

03-2034 9888

http://www.mpib.com.my/

15

MCIS Zurich Insurance Berhad

Wisma MCIS Zurich, Jalan Barat, 46200 Petaling jaya, Selangor.

03-7652 3388

http://www.mciszurich.com.my/

16

Overseas Assurance Corporation (M) Bhd.

Level 18, Menara Great Eastern, 303, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

03-4259 7888

http://www.oac.com.my

17

The Pacific Insurance Berhad.

Level 6, Menara Prudential, No 10, Jln Sultan Ismail, P.O Box 12490, 50788 Kuala Lumpur.

03-2176 1188

http://www.pacificinsurance.com.my/

18

Progressive Insurance Berhad.

10th Floor, Menara BGI, Plaza Berjaya, No.12, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur.

03-2118 8000

http://www.progressiveinsurance.com.my

19

QBE Insurance (M) Berhad.

No 638, Level 6, Block B1, Pusat Dagang, Setia Jaya (Leisure Commerce Square), No 9, Jln PJS 8/9, 46150 P.J, Selangor.

03-7861 8400

http://www.qbe.com.my/Insurance.html

20

RHB Insurance Berhad.

Level 8, Tower One, RHB Centre, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

03-9281 2731

http://www.rhbinsurance.com.my/

21

Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Tingkat 26, Blok Annex, Dataran Kewangan, Darul Takaful, No 4, Jln Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur.

1300-8-825 2385

http://www.takaful-malaysia.com.my

22

Takaful Ikhlas Sdn Bhd.

Ikhlas Point, Level 9, Tower 11A, Tingkat 6, Avenue 5, Bangsar South, No.8, Jln. Kerinchi, 59000 Kuala Lumpur.

03-2723 9999

http://www.takaful-ikhlas.com.my

23

Tokio Marine Insurans (M) Berhad.

29th – 31st Floor, Menara DION, 27, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

03-2026 9808

http://www.tokiomarine.com.my

24

Uni. Asia General Insurance Berhad.

9th Floor, Menara Uni Asia, 1008, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

03-2693 8111

http://www.uniasiageneral.com.my

25

Prudential BSN Takaful Bhd.

Tgkt. 8A, Menara Prudential, No.10 Jalan Sultan Ismail 50230 Kuala Lumpur.

03-2053 7188

https://www.prubsn.com.my

26

Hong Leong MSIG Takaful Bhd

Level 5, Wisma Hong Leong, 18 Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur.

03-2164 2339

http://www.hlmsigtakaful.com.my

27 

MSIG Insurance (Malaysia) Berhad 

 Levels 21-23 & 27-29, Menara Weld, No 76, Jln Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur

(Tel) 03-20508228
(Faks) 03-2026 8086

http://www.msig.com.my

 

{/sliders}

{slider Pengurusan Ladang}

Sektor perladangan merupakan salah satu sektor penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang mempunyai daya tahan terhadap perubahan-perubahan ekonomi global. Namun agak membimbangkan apabila melihat kepada profil guna tenaga di sektor perladangan yang menunjukkan bilangan pekerja asing lebih tinggi berbanding pekerja tempatan. Ini menunjukkan terdapat pengurangan minat rakyat tempatan untuk menceburi atau bekerja di sektor perladangan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor diantaranya tiada daya tarikan pekerja tempatan untuk bekerja di ladang, penghijrahan keluar penduduk luar bandar ke bandar-bandar yang selesa untuk bekerja di sektor-sektor perindustrian dan kemudahan asas ladang yang tidak lagi menarik dan tidak seiring dengan peningkatan keuntungan dan kemajuan sektor perladangan.

Kerajaan amat menitikberatkan kebajikan pekerja ladang demi meningkatkan kualiti dan taraf hidup masyarakat ladang agar sentiasa terjamin dan tidak tersisih daripada arus pemodenan negara. Penambahbaikan prasarana ladang juga perlu dilakukan segera supaya dapat menarik minat pekerja tempatan untuk menyertai sektor perladangan sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. Justeru itu, Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan peraturan-peraturan serta beberapa garis panduan telah diwujudkan bagi memberi penekanan terhadap pengurusan guna tenaga dan kemudahan sektor perladangan demi menjamin kualiti dan kesejahteraan masyarakat ladang. Walaubagaimanapun akta, peraturan-peraturan dan garis panduan tersebut, hanyalah terpakai di Semenanjung Malaysia dan tertakluk kepada ladang yang berkeluasan melebihi 20 hektar tanpa mengira jenis tanaman.

Objektif

Dalam usaha mencapai hasrat murni ini, JTKSM Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), telah menggariskan beberapa sasaran untuk dilaksanakan iaitu :

(i)    Menggalakkan penggajian pekerja tempatan ke dalam sektor perladangan.

(ii)  Mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam sektor perladangan.

(iii) Meningkatkan kualiti taraf hidup pekerja melalui perumahan dan kemudahan asas di sektor perladangan.

{slider Kemudahan Asas Di Sektor Perladangan}

Berdasarkan Akta 446, antara kemudahan asas yang perlu disediakan oleh majikan di sektor perladangan adalah seperti berikut :

a)    Perumahan estet

b)    Bekalan air awam / sendiri

c)    Bekalan elektrik awam / sendiri

d)    Kemudahan jalan berturap dan tidak berturap

e)    Pusat Asuhan Kanak-Kanak (PAKK)

f)     Hospital / Klinik

g)    Kemudahan tempat ibadat

h)   Kemudahan-kemudahan lain

1.            Perumahan Estet

JTKSM sedang melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan jumlah rumah substandard di ladang melalui tindakan-tindakan berikut :

  1. Penguatkuasaan undang-undang (Akta 446) ;
  2. Perobohan rumah substandard atau majikan membuat perakuan untuk bertanggungjawab terhadap keselamatan menduduki rumah substandard tersebut ; dan
  3. Pengubahsuaian rumah substandard kepada rumah standard.

Rumah ladang yang cukup selesa dengan pelbagai kemudahan asas dapat memastikan tenaga kerja tempatan terus berkhidmat di situ.

2.            Bekalan Air

Majikan bertanggungjawab untuk menyediakan bekalan air paip percuma dan mencukupi. Menurut seksyen 6(1)(a), Akta Standard-standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990, ”sekiranya kemudahan perumahan untuk pekerja disediakan majikan, maka adalah menjadi kewajipan majikan untuk menyediakan air paip percuma dan mencukupi yang diambil daripada bekalan awam atau sumber lain yang boleh diminum yang dituras dan diproses mengikut cara yang diluluskan oleh Ketua Pengarah secara bertulis”. Selain itu juga, majikan turut dikehendaki menyediakan bekalan air percuma sejumlah 159 liter (35 gelen) sehari kepada setiap penghuni rumah ladang tertakluk kepada maksimum 5 orang penghuni bagi setiap rumah, berdasarkan perjanjian di antara The Malayan Agricultural Producers Association (MAPA) dengan National Union of Plantations Workers (NUPW).


3.            Bekalan Elektrik

Selain menyediakan bekalan air, majikan juga bertanggungjawab untuk menyediakan bekalan elektrik yang mencukupi kepada perumahan pekerja ladang. Seksyen 6(1)(b), Akta 446, memperuntukkan bahawa “sekiranya perumahan disediakan oleh majikan, maka adalah menjadi kewajipan majikan juga untuk menyediakan bekalan elektrik yang mencukupi yang diambil daripada sumber awam atau sendiri”.

 

4.            Pusat Asuhan Kanak-Kanak

Secara amnya, PAKK ditanggung sepenuhnya oleh pengurusan ladang termasuk penggajian pengasuh dan penyediaan peralatan asas mengikut peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja (PAKK) 1990. Untuk makluman, PAKK hanya perlu disediakan oleh majikan jika pekerja-pekerja ladang mempunyai tidak kurang 10 orang kanak-kanak di bawah umur 4 tahun yang tinggal bersama mereka berdasarkan seksyen 10 (1), Akta 446.

 

5.            Hospital / Klinik

Hospital / Klinik ditempatkan sama ada di dalam kawasan berhampiran pusat pentadbiran majikan ataupun berada di luar kawasan bagi memberi khidmat kepada beberapa perumahan pekerja ladang bagi satu kumpulan ladang seperti contoh Ladang Sengkang mempunyai dua ladang iaitu Ladang Sengkang (Home Division) dan Ladang Sengkang 2. Klinik bagi ladang ini terletak di Pekan Pasir Panjang, Port Dickson. Pembantu Perubatan yang digajikan oleh majikan terdiri daripada mereka yang mempunyai Gred Kelayakan 1 hingga 3.

 

6.            Kemudahan Tempat Ibadat

Adalah menjadi tanggungjawab sosial majikan terhadap kebajikan pekerja-pekerja mereka dengan menyediakan tempat-tempat ibadat.Jenis tempat ibadat yang disediakan adalah bagi memenuhi tuntutan pekerja yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

 

 7.            Kemudahan Jalan Berturap Dan Tidak Berturap

Berdasarkan rekod JTKSM, jalan-jalan penghubung yang dibina di kawasan ladang kebanyakannya adalah jalan tanah merah yang kurang selesa untuk digunakan terutama apabila berlaku hujan. Keadaan ini telah diberi perhatian oleh JTKSM dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan supaya dapat menyalurkan bantuan bagi menaiktaraf jalan di dalam kawasan ladang.

JTKSM sentiasa mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain bagi meningkatkan kemudahan prasarana di ladang-ladang. Hubungan kerjasama telah dilaksanakan dengan agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sektor perladangan seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK),Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JTKSM Perdana Menteri (JPM).Kemudahan jalan penghubung di ladang-ladang sentiasa diberi perhatian dan dinaiktaraf dari semasa ke semasa untuk keselesaan penduduk.

Kemudahan jalan penghubung di ladang-ladang sentiasa diberi perhatian dan dinaiktaraf dari semasa ke semasa untuk keselesaan penduduk.

 

 7.            Kemudahan Lain-Lain

Majikan ladang perlu menyediakan kemudahan-kemudahan seperti dewan komuniti dan pusat sukan & rekreasi jika mempunyai bilangan pekerja melebihi 100 orang yang menetap di ladang tersebut. Selain itu, majikan juga digalakkan untuk menyediakan sekolah, kedai runcit, taman permainan, pusat perniagaan dan lain-lain.

Sekolah turut disediakan bagi memastikan anak-anak pekerja ladang mendapat peluang pendidikan yang sama seperti penduduk lain di negara ini.

 

 

{/sliders}

muat turun
pematuhan
aktiviti
program
berita
statistik
carian
tender
.

Sila log masuk untuk melihat pautan berkaitan Warga JTKSM ini.