Language:

Color Option: blue green red
Text Size:
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman

ANNOUNCEMENT:

ONLINE SERVICES

  •                      

Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet (SKRE)

Melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) Kerajaan telah memperuntukan dana pusingan sebanyak RM50 juta untuk memberi peluang kepada pekerja estet tempatan memiliki rumah sendiri. Skim ini dinamakan sebagai Skim Pemilikan Perumahan Kos Rendah Pekerja-Pekerja Estet (SPPKR-PPE)   pada   permulaannya dan kemudiannya telah ditukar nama kepada Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet (SKRE). Skim ini adalah di bawah Inisiatif 28: Menangani Keperluan Sasar Khusus Melalui Program Bersepadu.


SKOP SKRE

  • Menggalakkan pekerja tempatan bekerja di ladang dengan meningkatkan kualiti dan taraf hidup melalui :
  • Penyediaan peruntukan kepada pekerja-pekerja ladang membuat pinjaman sehingga tempoh maksima 40 tahun bagi membolehkan mereka memiliki rumah sendiri apabila bersara.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Meningkatkan kebajikan pekerja estet dan bekas pekerja estet dengan menyediakan kemudahan bagi  membolehkan golongan ini memiliki  rumah sendiri;
  • Sebagai salah satu bentuk jaminan kebajikan untuk pekerja setelah tamat perkhidmatan/bersara;dan
  • Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing serta menggalakkan pekerja tempatan terutama golongan belia bekerja di sektor tersebut.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional yang telah dilantik sebagai badan yang menguruskan pinjaman. Antara ciri-ciri Skim ini adalah :

  • Menawarkan pakej pembiayaan / pinjaman perumahan secara islami kdan konvensional
  • Kadar pinjaman yang tetap 2% setahun ke atas baki bulanan pada keseluruhan tempoh pinjaman /pembiayaan.
  • Pinjaman tersedia untuk rumah yang bernilai RM 60,000.00 sahaja.


KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasar di bawah program tersebut ialah pekerja ladang yang telah disahkan jawatan oleh majikan.

1. KELAYAKAN

1.1  PELANGGAN

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun sehingga 55 tahun semasa memohon; dan tidak melebihi 65 tahun semasa tamat tempoh bayaran.
  • Pekerja yang telah disahkan jawatan oleh majikan dan mempunyai keupayaan membayar balik pinjaman/pembiayaan.
  • Pekerja-pekerja estet yang berjawatan tetap, mempunyai pendapatan tetap dan TIDAK termasuk pekerja-pekerja kontrak estet. 
  • Masih belum mengambil pinjaman/pembiayaan perumahan dengan lain-lain Institusi Kewangan.
  • Pembelian hartanah hanya melalui SUK Negeri sahaja.
  • Berpendapatan sekurang-kurangnya RM680.00 sebulan atau jumlah pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM3000.00 sebulan dan bayaran balik pinjaman/pembiayaan tidak melebihi 70% daripada pendapatan kasar isi rumah bulanan.
  • Pemegang Akaun Giro/Giro-i BSN

1.2 JENIS PINJAMAN

  • Persendirian atau
  • Bersama atau
  • Dua Generasi

2. DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan – 2 salinan.
  • Borang permohonan BSNCSR-PL/HL (0213)
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini yang telah disahkan oleh majikan
  • Surat pengesahan jawatan daripada majikan.
  • Bukti pembelian rumah – salinan resit deposit atau proforma  tempahan pembelian atau surat perjanjian jual beli harta (S&P) yang telah disetemkan.
  • Surat pengesahan daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bagi pembinaan hartanah di atas tanah sendiri atau tanah yang disediakan oleh majikan ladang.
  • Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan sekiranya perlu oleh BSN dari semasa ke semasa.

3. KADAR FAEDAH/KEUNTUNGAN

  • Bagi Pinjaman Konvensional dan Islamik, kadar faedah / kadar keuntungan sebanyak  2% di atas baki keseluruhan pinjaman akan dikenakan.

4.TEMPOH PINJAMAN/PEMBIAYAAN

  • Tempoh minima – 5 tahun
  • Tempoh maksima – 40 tahun (tertakluk kepada umur 65 tahun semasa tamat pinjaman/pembiyaan)
  • Jika pinjaman/pembiayaan dua generasi boleh merujuk kepada umur anak.

5. HAD PINJAMAN PEMBIAYAAN

  • Pinjaman ditawarkan sehingga 108% daripada harga belian termasuk kos-kos terbabit seperti Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)/ Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dan Takaful Rumahku Long Term (TRLT) dan yuran guaman dengan:
  • Pinjaman/pembiayaan minima – RM25,000.00
  • Pinjaman/pembiayaan maksima – RM60,000.00
  • Bayaran balik pinjaman/pembiayaan tidak melebihi 70% daripada pendapatan kasar isi rumah bulanan 

 

Geran Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU)

JTKSM merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal penggajianpekerjatermasukpenggajianOrang KurangUpaya(OKU). Padatahun1990, Jawatankuasa  TeknikaPenggalakaPenggajian OKU di Sektor Swasta Peringkat Kebangsaan dan Negeri telah dibentuk bagi mendapatkan kerjasama daripada agensi dan persatuan berkaitan untuk sama-sama merancang pelan dan strategi bagi menggalakkan penglibatan OKU dalam pasaran buruh negara.Pada tahun 2001,Kod AmalanPenggajianOKUdiSektor Swastatelahdilancarkansebagaikeperihatinan kerajaan untuk membawa OKU turut serta dalam pembangunan ekonomi negara. Untuk merangsang kemajuan penglibatan OKU dalampekerjaandankegiatanekonomi,JTKSM telah mengambil alternatif dalam menangani perkara ini dengan mewujudkan Geran Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) pada tahun 2007.Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) telah memperuntukkan sejumlah RM16 juta dan RM10 juta di bawah Rancangan Malaysia   Ke-10 sebagai modal bantuan kepada OKU bagi merealisasikan hasrat ini. SBGP-OKU ini berkonsepkan “bantu usahawan OKU membantu OKU mendapatkan pekerjaan” melalui pengembangan perniagaan usahawan OKU.

Hasrat ini tercapai apabila usahawan OKU berjaya mengembangkan perniagaan mereka hasil daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Kebanyakan perniagaan yang terlibat dengan pemberian bantuan geran adalah di kalangan usahawan kecil.

Secara keseluruhannya usahawan OKU yang menerima bantuan Skim ini berjaya mengembangkan perniagaan mereka. Skim ini juga telah banyak memberi manfaat kepada usahawan OKU berdasarkan kepada jumlah penerima geran yang meningkat. Terdapat beberapa usahawan OKU yang benar-benar berjaya mengembangkan perniagaan mereka sekaligus dapat menggajikan lebih ramai OKU.

 

Permohonan SBGP-OKU 

(a)          Kriteria Pemohon


Pemohon mestilah mempunyai kriteria-kriteriasepertiberikut;

  1. Merupakan seorang OKUyang berdaftardenganJabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas;
  3. Warganegara Malaysia;
  4. Bukan kakitangan kerajaan;
  5. Mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
  6. Telah menjalankan perniagaan sekurang- kurangnya genap 3 bulan;
  7. Bercadang   untuk   mengembangkan perniagaan dan pengembangan adalah bertujuanuntukmembukapeluangpekerjaan kepada OKU lain;
  8. Permohonan boleh dibuat secara individu atau berkumpulan; dan
  9. Perniagaan persatuan OKU yang berdaftar, seperti Pertubuhan Keluarga Orang-orang Bermasalah Pembelajaran (PERKOBP) dan Beautiful GateFoundationfortheDisabled adalah layak memohon.

(b)          Syarat-syarat permohonan 


Syarat-syaratpermohonanpulaadalahseperti berikut;

 Permohonan hendaklah menggunakan borang SBGP-OKU yang boleh diperolehi di mana-manapejabatJabatan TenagaKerja yang berdekatan;

  • Mengemukakankertas kerjayangjelas menerangkan tujuan permohonan dibuat beserta butiran terperinci dan dokumen- dokumen tambahan;
  • Mana-mana OKU/Kumpulan   OKU yang telah menerima bantuan atau pinjaman daripadaagensi-agensilainjugalayakuntuk memohon; dan
  • Permohonan yang lengkap yang disertakan dengan dokumen-dokumen yang   perlu hendaklah diserah kepada JTK yang tedekat.

 
 
Pemantauan Perniagaan

  1. JTKSM akan memantau setiap individu/ kumpulan OKU yang telah
    dianugerahkan geran untuk tempoh 15 bulan .
  1. Lawatan ke premis akan dibuat mengikut keperluan oleh pegawai JTKSM
    yang dilantik. Urusetia Jawatankuasa Panel Penilai (JKPP) juga akan membuat lawatan mengejut dari semasa ke semasa.

 

Garis Panduan Kertas Cadangan 

  1. Ringkasan peluang perniagaan, bilangan pekerja yang digaji, teknologi, produk, pasaran dan pengurusan, amaun pembiayaan dan keuntungan serta ringkasan unjuran 2 tahun penyata pendapatan serta keperluan modal (jika ada).
  2. Senaraikan strategi perniagaan termasuk kewangan, pembangunan produk dan teknologi berkaitan.
  3. Menggariskan keperluan pengguna, segmen pasaran, saluran pengedaran, pelan dan strategi jualan, saingan dan kedudukan.
  4. Pelan Pentadbiran, pembuatan dan kemudahan yang disediakan.
  5. Profil kakitangan dan pengurusan serta carta organisasi syarikat termasuk bilangan pekerja yang diambil.
  6. Unjuran Penyata Kewangan 2 tahun termasuk untung dan rugi, imbangan duga, aliran tunai (dengan andaian (jika ada).
  7. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang terdekat.

Galakkan Penubuhan Pusat Asuhan Kanak-Kanak (PAKK) Di Sektor Swasta

Usaha penubuhan PAKK di sektor swasta dilaksanakan bertujuan meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh. Majikan disarankan untuk menyediakankemudahanpusatasuhankanak- kanak bagi memudahkan pekerja wanita untuk menguruskan penjagaan anak-anak mereka. Langkah mewujudkan PAKK di tempat kerja juga adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat dalam usaha mewujudkan masyarakat prihatin. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti kerja kaum wanita dalam sektor pekerjaan.

Penubuhan PAKK boleh ditubuhkan sama ada di tempat pekerjaan tersebut atau pun di kawasan sekitar yang bersesuaian dan selamat. Bagi memastikan hasrat ini terlaksana, maka Jabatan TenagaKerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) meningkatkan promosi dan kesedaran di kalangan majikan untuk menubuhkan PAKK di tempat pekerjaan dalam menarik minat penyertaan kaum wanita dalam sektor pekerjaan.

 

Objektif  Penubuhan PAKK

  • Untukmengekalkan pekerja-pekerjawanita di dalam pasaran buruh selepas mereka berkahwin dan berkeluarga;
  • Untuk meningkatkan penyertaan suri-suri rumah yang berkeliarga ke dalam pasaran buruh;
  • Untuk membantu membangunkan masyarakat yang harmoni.

Pengurusan PAKK

Pengurusan pusat asuhan kanak-kanakbolehdijalankan secara percuma atau dengan mengenakan bayaran yang berpatutan kepada pekerja-pekerja. Pengurusannya boleh dikendalikan seperti berikut :

  • Majikan menguruskan sendiri PAKK ;
  • Majikanmenguruskansecarabersama dengan kesatuan sekerja atau pertubuhan koperasi masing-masing ; dan
  • Majikan memberikan tugas pengurusan kepada pengusaha luar tetapi menyeliakannya dengan rapi.

 

Pusat Asuhan Kanak-Kanak (PAKK) 

Penubuhan PAKK di tempat pekerjaan boleh dilaksanakan  sama ada dalam Industri dan sektor Perladangan.

(a)  PAKK Dalam Industri

 Penubuhan PAKK dalam industri amat penting dalam usaha meningkatkan penyertaan kaum wanita dalam pasaran buruh.

Contoh  kemudahan PAKK dalam industri

 Contoh  kemudahan PAKK dalam industri

(b)  PAKK Dalam Sektor Perladangan

Majikan di sektor perladangan diwajibkan untuk membina PAKK sekiranya mempunyai seramai tidak kurang 10 orang kanak-kanak berusia bawah 4 tahun di dalam kawasan perumahan ladang mereka. PAKK di ladang dapat memastikan keselamatan dan pendidikan awal anak-anak pekerja yang berusia bawah 4 tahun sentiasa terjamin. Pembinaan PAKK perlu mengikut peruntukan Akta Standard-Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990.

Prosedur membina atau mengubahsuai PAKK di kawasan ladang  adalah seperti berikut :

  • Majikan yang hendak membina atau mengubahsuai rumah pekerja atau PAKK hendaklah mengemukakan 4 salinan tiap-tiap satu pelan bangunan, pelan tapak dan tangki septik ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan untuk kelulusan ; dan
  •  Apabila rumah atau PAKK yang pelannya telah diluluskan siap dibina, majikan hendaklah memberitahu Pejabat Tenaga Kerja berkenaan supaya Pegawai Tenaga kerja datang memeriksa. Sekiranya pembinaan atau PAKK berkenaan dibina menepati spesifikasi pelan yang diluluskan, barulah Sijil Kelayakan atau 'Certificate of Fitness' boleh dikeluarkan sebelum rumah berkenaan boleh didiami atau PAKK itu boleh digunakan.

 

Petikan dari pembentangan Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia berbunyi;

 
Sementara itu juga, Kerajaan menyedari masih terdapat estet yang belum mempunyai kemudahan bekalan air bersih. Sebagai permulaan, Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan 50 juta ringgit untuk menambah baik kemudahan bekalan air yang melibatkan penyambungan dari estet ke paip utama sedia ada. Kerajaan juga bersetuju supaya Pihak Berkuasa Bekalan Air mengenakan tarif domestik kepada perumahan pekerja estet berbanding dengan tarif industri yang dikenakan sekarang. Kementerian Sumber Manusia akan dipertanggungjawab untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan kemudahan bekalan air ini.”

Bagi memastikan bekalan air berkualiti dibekalkan kepada pekerja benar-benar bersih dan terawat, adalah ditetapkan bahawa penyambungan bekalan air dari sumber awam adalah perlu, terutamanya bagi bekalan air minum dalam menjamin kesihatan penghuni estet.

 
Program ini turut bertujuan untuk ;

  • Mempertingkatkan kerjasama, peranan dan tanggungjawab kerajaan dan Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat perladangan dalam menyediakan bekalan air awam dan caj domestik di estet; dan
  • Meningkatkan kualiti dan taraf hidup komuniti ladang melalui bekalan air bersih dari sumber awam bagi menarik minat dan mengekalkan pekerja warganegara bekerja di sektor perladangan.

 
Program ini meliputi pembekalan dan pemasangan saluran paip dari sumber awam Pihak Berkuasa Air Negeri (PBAN) kepada estet-estet yang masih menyediakan bekalan air selain sumber awam (contoh: sumber persendirian). Keutamaan bagi pertimbangan peruntukan adalah berdasarkan syarat-syarat asas seperti berikut;

  1. a)estet-estet yang berkeluasan 1,000 ekar dan lebih dan jarak 5 kilometer atau kurang dari punca bekalan air awam;
  2. b)bilangan unit rumah, pekerja dan orang tanggungan yang terlibat;
  3. c)penyambungan saluran paip bekalan air awam ke pintu masuk/sempadan/tangki air utama estet (yang paling hampir);
  4. d)penyambungan dilaksanakan kepada estet-estet yang berhampiran (berkelompok);
  5. e)persetujuan serta aku janji syarikat perladangan menyediakan infrasistem paip dalaman dan penyelenggaraan dari pagar utama ke perumahan estet iaitu sistem retikulasi air seperti paip, tangki, rumah pam, booster(mengikut keperluan) serta menyediakan meter individu dengan mengenakan caj pada kadar domestik;
  6. f)kebenaran izin lalu menjalankan kerja-kerja pemasangan paip sekiranya melibatkan tanah estet oleh pihak pengurusan;
  7. g)pemasangan paip utama tidak melibatkan melintasi tanah persendirian, sungai, jalan keretapi, jalanraya dan lain-lain;
  8. h)kelulusan PBAN/Operator Air Negeri untuk membekalkan bekalan air sumber awam yang mencukupi; dan
  9. i)estet-estet yang telah mengemukakan permohonan mendapatkan kelulusan bekalan air sumber awam kepada PBAN/Operator Air Negeri.

 Peruntukan sebanyak lebih RM33 juta telah digunakan oleh KSM untuk pelaksanaan projek Bekalan Air Awam Estet ini dalam tempoh 2012 sehingga 2013.

Bekalan Air Awam Ke Estet (BAAE) 

Petikan dari pembentangan Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia berbunyi;

 “Sementara itu juga, Kerajaan menyedari masih terdapat estet yang belum mempunyai kemudahan bekalan air bersih. Sebagai permulaan, Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan 50 juta ringgit untuk menambah baik kemudahan bekalan air yang melibatkan penyambungan dari estet ke paip utama sedia ada. Kerajaan juga bersetuju supaya Pihak Berkuasa Bekalan Air mengenakan tarif domestik kepada perumahan pekerja estet berbanding dengan tarif industri yang dikenakan sekarang. Kementerian Sumber Manusia akan dipertanggungjawab untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan kemudahan bekalan air ini.”

 

Bagi memastikan bekalan air berkualiti dibekalkan kepada pekerja benar-benar bersih dan terawat, adalah ditetapkan bahawa penyambungan bekalan air dari sumber awam adalah perlu, terutamanya bagi bekalan air minum dalam menjamin kesihatan penghuni estet.

 

Program ini turut bertujuan untuk;

  • Mempertingkatkan kerjasama, peranan dan tanggungjawab kerajaan dan Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat perladangan dalam menyediakan bekalan air awam dan caj domestik di estet; dan
  • Meningkatkan kualiti dan taraf hidup komuniti ladang melalui bekalan air bersih dari sumber awam bagi menarik minat dan mengekalkan pekerja warganegara bekerja di sektor perladangan.

 

Program ini meliputi pembekalan dan pemasangan saluran paip dari sumber awam Pihak Berkuasa Air Negeri (PBAN) kepada estet-estet yang masih menyediakan bekalan air selain sumber awam (contoh: sumber persendirian). Keutamaan bagi pertimbangan peruntukan adalah berdasarkan syarat-syarat asas seperti berikut;

  1. estet-estet yang berkeluasan 1,000 ekar dan lebih dan jarak 5 kilometer atau kurang dari punca bekalan air awam;
  2. bilangan unit rumah, pekerja dan orang tanggungan yang terlibat;
  3. penyambungan saluran paip bekalan air awam ke pintu masuk/sempadan/tangki air utama estet (yang paling hampir);
  4. penyambungan dilaksanakan kepada estet-estet yang berhampiran (berkelompok);
  5. persetujuan serta aku janji syarikat perladangan menyediakan infrasistem paip dalaman dan penyelenggaraan dari pagar utama ke perumahan estet iaitu sistem retikulasi air seperti paip, tangki, rumah pam, booster(mengikut keperluan) serta menyediakan meter individu dengan mengenakan caj pada kadar domestik;
  6. kebenaran izin lalu menjalankan kerja-kerja pemasangan paip sekiranya melibatkan tanah estet oleh pihak pengurusan;
  7. pemasangan paip utama tidak melibatkan melintasi tanah persendirian, sungai, jalan keretapi, jalanraya dan lain-lain;
  8. kelulusan PBAN/Operator Air Negeri untuk membekalkan bekalan air sumber awam yang mencukupi; dan
  9. estet-estet yang telah mengemukakan permohonan mendapatkan kelulusan bekalan air sumber awam kepada PBAN/Operator Air Negeri.

 

Peruntukan sebanyak lebih RM33 juta telah digunakan oleh KSM untuk pelaksanaan projek Bekalan Air Awam Estet ini dalam tempoh 2012 sehingga 2013.

muat turun
pematuhan
aktiviti
program
berita
statistik
carian
tender
.

Sila log masuk untuk melihat pautan berkaitan Warga JTKSM ini.