Language:

Color Option: blue green red
Text Size:
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman

Majikan adalah diwajibkan untuk melapor dan mengemukakan maklumat berkaitan tempat pekerjaan sebagaimana peruntukan di bawah Sekyen 63A, Akta Kerja 1955 dalam tempoh 90 hari dari tarikh:-

(i) permulaan operasi / perniagaan;
(ii) pengambil alihan perniagaan;
(iii) pertukaran nama atau lokasi perniagaan.

Bagi tujuan ini, majikan dikehendaki untuk memberi notis makluman kepada JTK dengan mengisi Borang Pendaftaran Tempat Pekerjaan.

Aktiviti ini membolehkan pegawai JTK untuk hadir memberikan khidmat nasihat dan panduan berkaitan undang-undang perburuhan yang perlu dipatuhi oleh majikan. Di samping itu, aktiviti ini juga membantu jabatan mengesan kekosongan jawatan baharu yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat.