1. Bilakah Akta ini mula berkuatkuasa?
Akta ini mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2020.
2. Akta ini terpakai kepada siapa?
Akta ini terpakai kepada :
- majikan
- penyedia penginapan berpusat
di semua sektor pekerjaan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
3. Apakah tujuan Akta ini?
Akta 446 ini bertujuan:
i) meliputi semua sektor pekerjaan;
ii) menetapkan standard minimum perumahan dan kemudahan, pekerja selari dengan piawaian antarabangsa
iii) menangani elemen buruh paksa
iv) melindungi hak dan kebajikan pekerja berkaitan penginapan
v) meningkatkan kawalan dari segi keselamatan dan kesihatan pekerja
vi) mewujudkan penginapan pekerja yang lebih sistematik dan, kondusif bagi tujuan perancangan pembangunan negara
4. Apakah kehendak utama yang perlu dipatuhi oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat berkaitan penginapan yang disediakan kepada pekerja?
Semua penginapan dan penginapan berpusat yang disediakan perlu mendapat Perakuan Penginapan daripada Ketua Pengarah Tenaga Kerja.
5. Adakah perumahan di estet dan lombong di kawasan Majlis Daerah perlu mendapatkan Perakuan Penginapan?
Tidak perlu.
6. Apakah kesannya jika majikan dan penyedia penginapan berpusat beroperasi tanpa Perakuan Penginapan?
Majikan |
boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 |
Penyedia Penginapan Berpusat |
denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya. |
7. Bagaimanakah cara majikan atau penyedia penginapan berpusat membuat permohonan bagi mendapatkan Perakuan Penginapan tersebut?
A. SEBELUM PERMOHONAN DI JTKSM
i. Dokumen yang perlu disediakan:
a) Jika membina bangunan penginapan;
- Perakuan Siap dan Pematuhan / Certificate of Completion and Compliance (CCC) daripada PBT.
b) Jika bangunan sementara atau bangunan bukan kediaman;
- Kelulusan Permit Bangunan bagi suatu tempoh terhad daripada PBT,
- Kelulusan Menukar Syarat Bangunan atau Kelulusan Ubahsuai Bangunan daripada PBT.
c) Jika bangunan adalah sewaan;
- Kelulusan atau kebenaran daripada PBT (jika berkenaan)
B. PERMOHONAN DI JTKSM (PEJABAT NEGERI ATAU PEJABAT DAERAH YANG BERHAMPIRAN DENGAN PENGINAPAN)
i) 2 Salinan Borang Permohonan (AC1) boleh dimuat turun daripada laman web http://jtksm.mohr.gov.my/
ii) Pemprosesan atas nama Ketua Pengarah Tenaga Kerja seperti di jadual berikut:
KATEGORI PEMOHON |
BILANGAN PEKERJA DALAM PENGINAPAN |
KADAR FI PEMPROSESAN |
Majikan |
10 orang atau kurang |
RM100 |
Lebih daripada 10 orang |
RM300 |
|
Penyedia Penginapan Berpusat |
500 orang atau kurang |
RM2,000 |
Lebih daripada 500 orang |
RM5,000 |
iii) Pendaftaran Syarikat (SSM)
iv) Dokumen yang perlu dilampirkan (mana yang berkenaan):
- Perakuan Siap dan Pematuhan / Certificate of Completion and Compliance (CCC)
- Kelulusan Permit Bangunan bagi suatu tempoh terhad
- Kelulusan Menukar Syarat Bangunan ( jika berkaitan)
- Kelulusan Ubahsuai Bangunan (jika berkaitan)
- Perjanjian Sewaan Bangunan Untuk bangunan yang disewa
- Pelan Lantai
- Gambar luar bangunan dan di dalam bangunan ( Bilik tidur, ruang tamu, dapur, tandas dan bilik air
8. Apakah jenis bangunan yang boleh digunakan sebagai penginapan dan penginapan berpusat?
i) Rumah Teres
ii) Rumah Kedai
iii) Banglo
iv) Pangsapuri/flat
v) Rumah kampung
vi) Kedai pejabat
vii) Kabin
viii) SoHo/SoFo
ix) dan lain-lain yang dibenarkan oleh PBT
9. Bagaimanakan majikan /penyedia penginapan berpusat menentukan bilangan penghuni dalam penginapan tersebut?
KELAS BANGUNAN |
ILUSTRASI |
CARA PENGIRAAN |
Bukan Dormitori |
|
|
Dormitori |
|
|
10. Apakah kemudahan-kemudahan yang perlu disediakan oleh majikan dan penyedia penginapan berpusat?
Bil. |
Kelas bangunan |
Kehendak minimum
|
1. |
Penginapan atau Penginapan Berpusat Bukan Berbentuk Dormitori |
(a) ruang rehat (b) ruang makan dengan kerusi dan meja (c) bilik tidur (d) dapur; (e) bilik air dan tandas (sama ada berasingan atau bersekali) mengikut nisbah 1 tandas : 6 pekerja; (f) kipas; (g) lampu; (h) ruang untuk menyidai pakaian; (i) peti pertolongan cemas (First aid-kit); (j) tong sampah
|
2. |
Penginapan atau Penginapan Berpusat Berbentuk Dormitori |
(a) ruang rehat (b) ruang makan dengan kerusi dan meja (c) bilik tidur (d) dapur; (e) bilik air dan tandas (sama ada berasingan atau bersekali) mengikut nisbah 1 tandas : 15 pekerja; (f) kipas; (g) lampu; (h) ruang untuk menyidai pakaian; (i) peti pertolongan cemas (First aid-kit); (j) tong sampah
|
11. Apakah kemudahan asas yang perlu disediakan oleh majikan dan penyedia penginapan berpusat kepada setiap pekerja yang tidak boleh dikongsi dengan pekerja lain?
i) Katil bersaiz tidak kuran daripada 1.7 meter persegi (katil single atau katil double decker);
ii) Tilam yang tebalnya tidak kurang daripada 4 inci;
iii) Bantal dan selimut: dan
iv) Almari berkunci (0.35 meter panjang x 0.35 meter lebar x 0.9 meter tinggi)
12. Apakah keperluan lain yang wajib disediakan oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat setiap masa?
ii) Bekalan elektrik.
13. Apakah tanggungjawab majikan dan penyedia penginapan berpusat berkenaan keselamatan dan kesihatan bagi penginapan dan penginapan berpusat yang disediakan?
i) menyediakan penginapan yang berasingan untuk pekerja berlainan jantina;
ii) mengambil langkah pencegahan yang perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja;
iii) mengambil langkah keselamatan kebakaran
iv) mengambil langkah keselamatan sistem pendawaian elektrik
v) memastikan pekerja menerima bantuan perubatan yang diperlukan
vi) mengambil langkah pencegahan untuk membendung penyebaran penyakit berjangkit
vii) membuat penyelenggaraan
viii) melantik ‘orang yang bertanggungjawab bagi penginapan’
14. Apakah tanggungjawab ‘orang yang bertanggungjawab bagi penginapan’?
ii) melawat dan memeriksa penginapan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan dan menyimpan rekod pemeriksaan
iii) membawa pekerja yang sakit ke hospital dan menyimpan rekod aduan kesihatan
15. Siapakah yang boleh dilantik sebagai ‘orang yang bertanggungjawab bagi penginapan’?
Majikan atau penyedia penginapan berpusat boleh melantik pekerjanya sendiri atau pihak lain sebagai ‘orang yang bertanggungjawab bagi penginapan’
16. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah penyakit berjangkit?
Majikan dan Penyedia penginapan berpusat hendaklah:
i) memastikan pekerja diperiksa kesihatannya atas perbelanjaan majikan
ii) membawa pekerja ke hospital jika perlu
iii) mengkuarantin pekerja apabila diarahkan
iv) menyahkuman kawasan gunasama dengan kerap
v) memastikan pekerja diberi imunisasi atas perbelanjaan majikan
vi) mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit seperti Covid-19
vii) merujuk kepada Pegawai Perubatan Kesihatan sekiranya terdapat gejala penyakit berjangkit seperti Covid-19 dan yang lain
17. Apakah rekod-rekod yang perlu disediakan dan disimpan oleh majikan dan penyedia penginapan berpusat untuk diperiksa oleh Jabatan Tenaga Kerja?
Rekod-rekod yang perlu disediakan dan disimpan adalah:
i) senarai nama pekerja yang menghuni penginapan
ii) rekod penyelenggaraan penginapan
iii) rekod kesihatan pekerja yang menghuni penginapan
iv) jadual lawatan pemeriksaan penginapan pekerja oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat
v) buku rekod aduan kesihatan pekerja di penginapan
Format rekod maklumat di atas akan ditentukan oleh JTKSM
18. Bolehkah majikan membuat potongan gaji terhadap semua kemudahan yang disediakan di dalam penginapan?
Tidak Boleh. Kesemua kemudahan tersebut adalah atas tanggungjawab majikan.
19. Apakah majikan wajib melaporkan penempatan pekerjanya di penginapan yang disediakan sendiri atau di penginapan berpusat?
Ya. Laporan perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pekerjanya ditempatkan dalam penginapan atau penginapan berpusat.
Kegagalan melapor merupakan suatu kesalahan dan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika disabitkan.
20. Apakah status penginapan dan penginapan berpusat yang telah dibina dan diduduki sebelum akta ini berkuatkuasa?
Penginapan dan penginapan berpusat tersebut masih boleh digunakan tetapi majikan dan penyedia penginapan berpusat perlu memohon Perakuan Penginapan dengan serta merta di Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran
21. Apakah status Penyedia Penginapan Berpusat yang beroperasi sebelum akta ini berkuatkuasa?
Penyedia Penginapan Berpusat yang telah beroperasi sebelum kuat kuasanya Akta ini perlu membuat permohonan semula ke JTKSM untuk mendapatkan Perakuan Penginapan.
22. Adakah majikan bertanggungjawab untuk menyediakan penginapan kepada pekerja bersama tanggungannya?
Tidak, majikan tidak bertanggungjawab untuk menyediakan penginapan kepada pekerja bersama tanggungannya.
23. Di manakah majikan dan penyedia penginapan berpusat dan pekerja boleh mendapatkan sebarang pertanyaan atau khidmat nasihat mengenai Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446)?
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Tenaga Kerja berhampiran atau Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Putrajaya atau melalui laman sesawang http://jtksm.mohr.gov.my/ atau pertanyaan melalui emel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..