Pemeriksaan merupakan salah satu aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan majikan mematuhi undang-undang buruh dan menjamin kebajikan pekerja dilindungi. Objektif pemeriksaan berkanun ke atas tempat-tempat pekerjaan adalah seperti berikut:
- Memastikan pematuhan undang-undang perburuhan melalui penguatkuasaan, pemantauan dan tindakan pembetulan;
- Sistem pengesanan dan pencegahan awal bagi sebarang pelanggaran undang-undang buruh;
- Memberi khidmat nasihat perburuhan kepada klien jabatan di samping mempromosikan amalan terbaik perburuhan dan dasar-dasar kerajaan; dan
- Mengumpul maklumat yang diperlukan bagi tujuan perancangan dasar dan undang-undang dalam bidang perburuhan.