Objektif
Mendaftar dan mengeluarkan lesen kepada agensi pekerjaan swasta selaras kehendak Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.
Prosedur
Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan menggunakan borang yang disediakan dan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan serta memenuhi syarat-syarat berikut:
- Pemohon mestilah terdiri dari syarikat Sdn. Bhd. atau Berhad sahaja.
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat: Borang 9 atau 13.
- Salinan Memorandum & Articles of Association.( Saranan Objektif M & A)
- Borang 24 yang menunjukkan Modal Berbayar RM 50,000.00
- Bagi permohonan yang tidak menggunakan perkataan "Agensi Pekerjaan...." diawal nama syarikat hendaklah mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM 500,000.0;
- Borang 49 yang menunjukkan pembahagian saham antara Ahli Lembaga Pengarah.
- Akaun bank terkini menunjukkan RM 50,000.00
- Laporan Kewangan syarikat yang diaudit (WAJIB-Bagi Yang Buka Cawangan).
- Biodata Lembaga Pengarah.
- Salinan Kad Pengenalan.
- Salinan Borang BE atau surat pengesahan LHDN.
- Kenyataan bukan seorang bankrap.
- Surat akuan kelakuan baik.
- Penjamin agensi (2 orang)
- Surat pengakuan (persetujuan) menjadi penjamin.
- Salinan Kad Pengenalan atau Surat Beranak Penjamin.
- Salinan Borang BE atau surat pengesahan LHDN penjamin.
- Kenyataan penjamin bukan seorang bankrap.
- Kertas cadangan projek penubuhan agensi.
- Unjuran aliran tunai (cashflow) untuk 6 bulan pertama.
* Borang permohonan serta dokumen hendaklah dikemukakan dalam 3 salinan.