{slider Pampasan Pekerja Asing}
PERANAN JABATAN
1) Menguatkuasakan Akta Pampasan Pekerja 1952 kepada semua majikan yang menggajikan pekerja asing.
2) Melaksanakan taksiran pampasan ke atas kecederaan pekerja asing yang terlibat dengan kes kemalangan di tempat pekerjaan.
3) Melaksanakan pembayaran wang pampasan kepada ahli waris pekerja asing yang mengalami kemalangan maut.
TANGGUNGJAWAB MAJIKAN
1.Setiap majikan hendaklah memastikan bahawa setiap pekerja asing yang diambil untuk bekerja diinsuranskan dengan penanggung insurans yang telah dilantik di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA).
Kegagalan majikan menginsuranskan pekerja asing merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan majikan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. [seksyen 26 Akta Pampasan Pekerja 1952]
2.Setiap majikan hendaklah melaporkan kemalangan melibatkan pekerja asing dalam tempoh 10 hari daripada tarikh berlakunya kemalangan.
Kegagalan majikan melaporkan kemalangan melibatkan pekerja asing merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan majikan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM 10,000 bagi mana-mana kesalahan berikutnya.[seksyen 13 Akta Pampasan Pekerja 1952]
3.Setiap majikan hendaklah menanggung sepenuhnya kos bayaran premium insurans Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) sebanyak RM72 setahun bagi setiap pekerja asing.
4.Setiap majikan hendaklah memberikan maklumat ahli waris pekerja asing yang terkini semasa membeli polisi insurans SPPA seperti nama ahli waris, alamat lengkap di negara asal, hubungan dan no. telefon.
FAEDAH PERLINDUNGAN
Bil |
Jenis Kemalangan |
Amaun Pampasan |
1. |
Hilang Upaya Sementara |
Bayaran setengah bulanan iaitu satu pertiga dari purata pendapatan bulanan atau RM165.00 mengikut mana yang kurang |
2. |
Hilang Upaya Kekal |
Peratus Kehilangan Upaya Mencari Nafkah x Purata Pendapatan x 60/84/108 bulan atau RM23,000.00 mengikut mana yang kurang |
3. |
Kes Kematian |
Purata Pendapatan Sebulan x 60 bulan atau RM18,000.00 mengikut mana yang kurang dan tambahan RM7000.00 di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) (RM18,000.00 + RM7000.00 = RM25,000.00) |
Senarai Panel Penanggung Insurans Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA)
Bil |
Panel Insurans |
Alamat |
No. Tel |
Laman Web |
1 |
Allianz General Insurance Malaysia Berhad |
Suite 3A-12, Level 15, Block 3A, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, K.L. Sentral, 50470 Kuala Lumpur |
03-2264 1188 / 2264 0688 |
|
2 |
AmG Insurance Berhad |
Ground Floor, Wisma Goldhill, 67, Jalan Raja Chulan, 50200 K.L, P.O Box 12200, 50770, Kuala Lumpur |
03-4047 8000 |
|
3 |
AXA Affin General Insurance Berhad |
13Ath Floor, Bangunan AmAssurance No 1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur |
03-2170 8282 |
|
4 |
Berjaya Sompo Insurance Berhad |
18th Floor, Menara BGI, Plaza Berjaya, 12, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur |
03-2117 2118 |
|
5 |
ACE Jerneh Insurance Berhad |
(9827-A) Wisma ACE Jerneh,38, Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur |
03-2058 |
|
6 |
ING Insurance Bhd |
Menara ING, 84, 18th Floor,Jalan Raja Chulan, P O Box 10846, 50927 Kuala Lumpur |
03-2058 4838 |
|
7 |
Zurich Insurance Malaysia Berhad (Formerly known as Malaysian Assurance Alliance Berhad)
|
11th Floor, Menara Zurich, 12 Jln Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur |
03-2146 |
|
8 |
Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad |
10th Floor, Menara Kurnia, No 9 , Jalan PJS 8/9, 46150, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan |
03-7875 3333 |
|
9 |
Lonpac Insurance Berhad |
23rd Floor, Bangunan Public Bank, No 6, Jalan Sultan Sulaiman, 50000, Kuala Lumpur |
03-2262 8688 |
|
10 |
ETIQA Insurance Berhad |
Etiqa Insurance & Takaful, Level 21, Tower C, Mayban Assurance Tower, Dataran Maybank No 1, Jalan Maarof, 59000, Kuala Lumpur |
03-2297 3888 |
|
11 |
ETIQA Takaful Berhad |
Etiqa Insurance & Takaful, Level 21, Tower C, Mayban Assurance Tower, Dataran Maybank No 1, Jalan Maarof, 59000, Kuala Lumpur. |
03-2297 3888 |
|
12 |
MAA Takaful Berhad |
15th Floor, Menara MAA, 12, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. |
03-2146 8000 |
|
13 |
Tune Insurance (formerly known as Oriontal Capital Assurance Berhad), |
Bangunan Tune Insurance, 36 Jln Ampang, 50460 Kuala Lumpur |
03-2070 2828 |
|
14 |
Multi–Purpose Insurance Berhad. |
9th Floor, Menara Multi–Purpose, Capital Square, No 8, Jln Munshi Abdullah, 50100 K.L. P.O Box 10122. 50704 Kuala Lumpur. |
03-2034 9888 |
|
15 |
MCIS Zurich Insurance Berhad |
Wisma MCIS Zurich, Jalan Barat, 46200 Petaling jaya, Selangor. |
03-7652 3388 |
|
16 |
Overseas Assurance Corporation (M) Bhd. |
Level 18, Menara Great Eastern, 303, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. |
03-4259 7888 |
|
17 |
The Pacific Insurance Berhad. |
Level 6, Menara Prudential, No 10, Jln Sultan Ismail, P.O Box 12490, 50788 Kuala Lumpur. |
03-2176 1188 |
|
18 |
Progressive Insurance Berhad. |
10th Floor, Menara BGI, Plaza Berjaya, No.12, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur. |
03-2118 8000 |
|
19 |
QBE Insurance (M) Berhad. |
No 638, Level 6, Block B1, Pusat Dagang, Setia Jaya (Leisure Commerce Square), No 9, Jln PJS 8/9, 46150 P.J, Selangor. |
03-7861 8400 |
|
20 |
RHB Insurance Berhad. |
Level 8, Tower One, RHB Centre, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur. |
03-9281 2731 |
|
21 |
Syarikat Takaful Malaysia Berhad. |
Tingkat 26, Blok Annex, Dataran Kewangan, Darul Takaful, No 4, Jln Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. |
1300-8-825 2385 |
|
22 |
Takaful Ikhlas Sdn Bhd. |
Ikhlas Point, Level 9, Tower 11A, Tingkat 6, Avenue 5, Bangsar South, No.8, Jln. Kerinchi, 59000 Kuala Lumpur. |
03-2723 9999 |
|
23 |
Tokio Marine Insurans (M) Berhad. |
29th – 31st Floor, Menara DION, 27, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. |
03-2026 9808 |
|
24 |
Uni. Asia General Insurance Berhad. |
9th Floor, Menara Uni Asia, 1008, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. |
03-2693 8111 |
|
25 |
Prudential BSN Takaful Bhd. |
Tgkt. 8A, Menara Prudential, No.10 Jalan Sultan Ismail 50230 Kuala Lumpur. |
03-2053 7188 |
|
26 |
Hong Leong MSIG Takaful Bhd |
Level 5, Wisma Hong Leong, 18 Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur. |
03-2164 2339 |
|
27 |
MSIG Insurance (Malaysia) Berhad |
Levels 21-23 & 27-29, Menara Weld, No 76, Jln Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur |
(Tel) 03-20508228 |
{/sliders}
{slider Mahkamah Buruh}
Mahkamah Buruh merupakan satu sistem quasi-judicial sebagai alternatif kepada tuntutan sivil. Objektif Mahkamah Buruh adalah untuk menyediakan sistem pengadilan perburuhan yang adil, mudah, cepat dan murah bagi menyelesaikan tuntutan pekerja mengenai gaji dan lain-lain faedah kewangan yang layak dituntut terhadap mereka. Bersesuaian dengan rasional penubuhan sebagai mekanisme pengadilan membantu kebajikan pekerja. Mahkamah Buruh mempunyai ciri-ciri istimewa seperti berikut :
{slider Bidang Kuasa Mahkamah Buruh}
Secara umumnya, kes-kes buruh boleh difailkan oleh pekerja-pekerja yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955.
Mana-mana orang atau kelas orang:
Pegawai-pegawai yang ditauliahkan oleh Ketua Pengarah diberi kuasa-kuasa khas di bawah Akta Kerja 1955 untuk :
1) menyiasat dan membuat keputusan ke atas sebarang pertikaian di antara pekerja dan majikannya berkenaan gaji dan bayaran-bayaran lain di bawah:
2) mendengar dan membuat keputusan ke atas sebarang tuntutan oleh:
3) menyiasat dan mengesahkan atau menolak sebarang keputusan yang dibuat di bawah seksyen 14(1) Akta Kerja 1955.
4) mengenakan faedah atas kadar 8% atau kurang setahun dikira mulai hari ke-31 dari tarikh perintah Mahkamah Buruh Buruh sehingga hari perintah ini dipatuhi.menyiasat dan mengesahkan atau menolak sebarang keputusan yang dibuat di bawah seksyen 14(1) Akta Kerja 1955.
5) mengambil tindakan pendakwaan terhadap majikan atas kegagalan mematuhi keputusan atau perintah Ketua Pengarah yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000/- dan juga denda harian tidak melebihi RM100/- bagi setiap hari kesalahan ini terus berlaku selepas sabitan.
Tuntutan di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955 Pekerja yang bergaji tidak melebihi RM2,000 sebulan dan/atau pekerja buruh kasar tanpa had gaji boleh membuat tuntutan di Mahkamah Buruh. Tuntutan di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955 ini melibatkan tuntutan seperti baki gaji, gaji ganti notis, bayaran gaji kerja lebih masa, faedah penamatan serta faedah-faedah lain yang dinyatakan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan.
Di bawah seksyen 69B, kuasa Ketua Pengarah di bawah seksyen 69(1)(a) diluaskan untuk meliputi pekerja yang bergaji melebihi RM2,000 hingga RM5,000 sebulan. Bagi maksud seksyen ini “upah” adalah seperti yang ditafsir di seksyen 2 Akta Kerja 1955.Selain daripada Bahagian XV (Aduan dan Penyiasatan) dan Bahagian XVI (Prosedur), peruntukan-peruntukan lain Akta ini tidak terpakai kepada pekerja-pekerja di bawah seksyen 69B.
Ketua Pengarah boleh menyiasat dan membuat keputusan bagi sebarang tuntutan berkenaan ganti rugi kepada majikan kerana penamatan kerja tanpa notis oleh pekerja.Namun begitu, kuasa Ketua Pengarah adalah terbatas untuk menyiasat, mendengar, atau membuat sebarang perintah terhadap sebarang tuntutan, pertikaian atau yang dianggap pertikaian yang menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967:
Pihak yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Buruh boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima keputusan tersebut.Ringkasnya, dengan kuasa yang diberi dibawah seksyen 69 dalam Akta Kerja 1955 untuk mendengar dan memutuskan pertikaian, Jabatan menggunakan langkah-langkah mulai dari 1 hingga 17 dalam prosedur kerja perbicaraan kes buruh. Proses ini berakhir apabila Jabatan mengambil tindakan menguatkuasakan perintah Mahkamah Buruh.
{/sliders}
{slider Pengurusan Ladang}
Sektor perladangan merupakan salah satu sektor penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang mempunyai daya tahan terhadap perubahan-perubahan ekonomi global. Namun agak membimbangkan apabila melihat kepada profil guna tenaga di sektor perladangan yang menunjukkan bilangan pekerja asing lebih tinggi berbanding pekerja tempatan. Ini menunjukkan terdapat pengurangan minat rakyat tempatan untuk menceburi atau bekerja di sektor perladangan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor diantaranya tiada daya tarikan pekerja tempatan untuk bekerja di ladang, penghijrahan keluar penduduk luar bandar ke bandar-bandar yang selesa untuk bekerja di sektor-sektor perindustrian dan kemudahan asas ladang yang tidak lagi menarik dan tidak seiring dengan peningkatan keuntungan dan kemajuan sektor perladangan.
Kerajaan amat menitikberatkan kebajikan pekerja ladang demi meningkatkan kualiti dan taraf hidup masyarakat ladang agar sentiasa terjamin dan tidak tersisih daripada arus pemodenan negara. Penambahbaikan prasarana ladang juga perlu dilakukan segera supaya dapat menarik minat pekerja tempatan untuk menyertai sektor perladangan sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. Justeru itu, Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan peraturan-peraturan serta beberapa garis panduan telah diwujudkan bagi memberi penekanan terhadap pengurusan guna tenaga dan kemudahan sektor perladangan demi menjamin kualiti dan kesejahteraan masyarakat ladang. Walaubagaimanapun akta, peraturan-peraturan dan garis panduan tersebut, hanyalah terpakai di Semenanjung Malaysia dan tertakluk kepada ladang yang berkeluasan melebihi 20 hektar tanpa mengira jenis tanaman.
Objektif
Dalam usaha mencapai hasrat murni ini, JTKSM Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), telah menggariskan beberapa sasaran untuk dilaksanakan iaitu :
(i) Menggalakkan penggajian pekerja tempatan ke dalam sektor perladangan.
(ii) Mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam sektor perladangan.
(iii) Meningkatkan kualiti taraf hidup pekerja melalui perumahan dan kemudahan asas di sektor perladangan.
{slider Kemudahan Asas Di Sektor Perladangan}
Berdasarkan Akta 446, antara kemudahan asas yang perlu disediakan oleh majikan di sektor perladangan adalah seperti berikut :
a) Perumahan estet
b) Bekalan air awam / sendiri
c) Bekalan elektrik awam / sendiri
d) Kemudahan jalan berturap dan tidak berturap
e) Pusat Asuhan Kanak-Kanak (PAKK)
f) Hospital / Klinik
g) Kemudahan tempat ibadat
h) Kemudahan-kemudahan lain
1. Perumahan Estet
JTKSM sedang melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan jumlah rumah substandard di ladang melalui tindakan-tindakan berikut :
2. Bekalan Air
Majikan bertanggungjawab untuk menyediakan bekalan air paip percuma dan mencukupi. Menurut seksyen 6(1)(a), Akta Standard-standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990, ”sekiranya kemudahan perumahan untuk pekerja disediakan majikan, maka adalah menjadi kewajipan majikan untuk menyediakan air paip percuma dan mencukupi yang diambil daripada bekalan awam atau sumber lain yang boleh diminum yang dituras dan diproses mengikut cara yang diluluskan oleh Ketua Pengarah secara bertulis”. Selain itu juga, majikan turut dikehendaki menyediakan bekalan air percuma sejumlah 159 liter (35 gelen) sehari kepada setiap penghuni rumah ladang tertakluk kepada maksimum 5 orang penghuni bagi setiap rumah, berdasarkan perjanjian di antara The Malayan Agricultural Producers Association (MAPA) dengan National Union of Plantations Workers (NUPW).
3. Bekalan Elektrik
Selain menyediakan bekalan air, majikan juga bertanggungjawab untuk menyediakan bekalan elektrik yang mencukupi kepada perumahan pekerja ladang. Seksyen 6(1)(b), Akta 446, memperuntukkan bahawa “sekiranya perumahan disediakan oleh majikan, maka adalah menjadi kewajipan majikan juga untuk menyediakan bekalan elektrik yang mencukupi yang diambil daripada sumber awam atau sendiri”.
4. Pusat Asuhan Kanak-Kanak
Secara amnya, PAKK ditanggung sepenuhnya oleh pengurusan ladang termasuk penggajian pengasuh dan penyediaan peralatan asas mengikut peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja (PAKK) 1990. Untuk makluman, PAKK hanya perlu disediakan oleh majikan jika pekerja-pekerja ladang mempunyai tidak kurang 10 orang kanak-kanak di bawah umur 4 tahun yang tinggal bersama mereka berdasarkan seksyen 10 (1), Akta 446.
5. Hospital / Klinik
Hospital / Klinik ditempatkan sama ada di dalam kawasan berhampiran pusat pentadbiran majikan ataupun berada di luar kawasan bagi memberi khidmat kepada beberapa perumahan pekerja ladang bagi satu kumpulan ladang seperti contoh Ladang Sengkang mempunyai dua ladang iaitu Ladang Sengkang (Home Division) dan Ladang Sengkang 2. Klinik bagi ladang ini terletak di Pekan Pasir Panjang, Port Dickson. Pembantu Perubatan yang digajikan oleh majikan terdiri daripada mereka yang mempunyai Gred Kelayakan 1 hingga 3.
6. Kemudahan Tempat Ibadat
Adalah menjadi tanggungjawab sosial majikan terhadap kebajikan pekerja-pekerja mereka dengan menyediakan tempat-tempat ibadat.Jenis tempat ibadat yang disediakan adalah bagi memenuhi tuntutan pekerja yang berbilang kaum, bangsa dan agama.
7. Kemudahan Jalan Berturap Dan Tidak Berturap
Berdasarkan rekod JTKSM, jalan-jalan penghubung yang dibina di kawasan ladang kebanyakannya adalah jalan tanah merah yang kurang selesa untuk digunakan terutama apabila berlaku hujan. Keadaan ini telah diberi perhatian oleh JTKSM dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan supaya dapat menyalurkan bantuan bagi menaiktaraf jalan di dalam kawasan ladang.
JTKSM sentiasa mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain bagi meningkatkan kemudahan prasarana di ladang-ladang. Hubungan kerjasama telah dilaksanakan dengan agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sektor perladangan seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK),Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JTKSM Perdana Menteri (JPM). Kemudahan jalan penghubung di ladang-ladang sentiasa diberi perhatian dan dinaiktaraf dari semasa ke semasa untuk keselesaan penduduk.
Kemudahan jalan penghubung di ladang-ladang sentiasa diberi perhatian dan dinaiktaraf dari semasa ke semasa untuk keselesaan penduduk.
8. Kemudahan Lain-Lain
Majikan ladang perlu menyediakan kemudahan-kemudahan seperti dewan komuniti dan pusat sukan & rekreasi jika mempunyai bilangan pekerja melebihi 100 orang yang menetap di ladang tersebut. Selain itu, majikan juga digalakkan untuk menyediakan sekolah, kedai runcit, taman permainan, pusat perniagaan dan lain-lain.
Sekolah turut disediakan bagi memastikan anak-anak pekerja ladang mendapat peluang pendidikan yang sama seperti penduduk lain di negara ini.
{/sliders}
{slider Latent Workforces}
'Latent Workforces' merujuk kepada golongan di luar guna tenaga buruh yang berpotensi untuk digembeleng bagi membolehkan mereka menyertai pasaran pekerjaan. Golongan ini terdiri daripada:
{slider Peranan Jabatan Tenaga Kerja}
{slider Jawatankuasa Latent Workforces}
Satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi membantu mengoptimunkan guna tenaga golongan Latent Workforces dalam pasaran pekerjaan dan bidang-bidang lain yang bersesuaian seperti perniagaan, pertanian dan sebagainya. Dengan adanya jawatankuasa ini, sebarang aktiviti dapat dijalankan secara bersama dan memudahkan pemantauan dilakukan bagi setiap program yang dijalankan.
Jumlah pendaftaran dan penempatan yang dibuat dapat di kawal dan dikemaskini dari masa ke semasa. Dengan adanya kerjasama dan sokongan padu daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, syarikat-syarikat serta pengusaha-pengusaha yang berkaitan, diharapkan setiap program yang dijalankan melalui jawatankuasa ini dapat mencapai hasil dan objektif yang dihasratkan.
Skop ini meliputi golongan seperti berikut:
Pengerusi |
: Ketua Pengarah Tenaga Kerja |
Tim. Pengerusi |
: Tim. Ketua Pengarah Tenaga Kerja (Operasi) |
Ahli-Ahli |
: Jabatan Tenaga Kerja |
Ahli-Ahli Jemputan |
: Ahli-Ahli Akademik |
{slider Aktiviti-Aktiviti Jawatankuasa}
Modus Operandi
Mekanisma Perlaksanaan
Terdapat dua kaedah iaitu:
Mekanisma Perlaksanaan
{slider Borang Permohonan (Untuk Majikan)}
Jika mana-mana majikan berminat mendapatkan tenaga kerja golongan 'latent workforces' boleh mengisi borang yang disertakan (Lampiran A) dan hantar ke JTK yang berhampiran atau terus menghubungi kami.
Bil |
Fail |
Format |
Saiz |
1. |
Maklumat Jawatan Kosong - Lampiran A |
|
113 KB |
{/sliders}
{slider Gangguan Seksual Di Tempat Kerja}
Gangguan seksual merupakan pelbagai tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:
Jabatan ini bertanggungjawab untuk mengendalikan kes aduan gangguan seksual di tempat kerja. Aduan boleh dibuat sama ada melalui telefon, datang sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat atau menghantar surat ke Pejabat Tenaga Kerja. Pihak pengadu perlu memberi maklumat asas seperti berikut:
Jabatan telah melaksanakan Program Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja sebagai usaha mempromosikan penubuhan mekanisme dalaman bagi menangani gangguan seksual di tempat kerja. Objektif program ini adalah:
Bermula 1 April 2012, Pindaan Akta Kerja 1955 telah memasukkan satu bahagian baru untuk gangguan seksual iaitu Bahagian XVA Seksyen 81A sehingga 81G.
{slider Prosedur Aduan & Pegawai Pengendali Aduan}
Aduan boleh dibuat sama ada:
Pihak pengadu perlu memberi maklumat asas seperti berikut:
Prosedur Aduan Gangguan Seksual:
{/sliders}