Bahasa:

Warna Tema: blue green red
Saiz Teks :
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman

PENGUMUMAN :

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

  •                      

{slider Bekerja Dari Rumah (Homeworking)}

Program ini merujuk kepada “kerja-kerja yang ditawarkan oleh syarikat sama ada secara langsung atau melalui pihak ketiga yang dijalankan secara individu atau kumpulan di premis tertentu yang digunakan untuk menjalankan operasi pekerjaan”. Sebagai contoh, seorang surirumah boleh melakukan kerja-kerja menggosok atau melipat pakaian bagi sesebuah kilang. Bayaran dibuat berdasarkan kerja yang telah disempurnakan.

Program ini boleh membantu menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja di pelbagai sektor. Program yang dirangka secara tersusun dan dilaksanakan secara menyeluruh akan dapat dijadikan sebagai salah satu langkah mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Oleh yang demikian, Jabatan ini telah mengenalpasti syarikat atau perusahaan yang berpotensi atau yang telah melaksanakan konsep homeworking. Kebanyakan syarikat yang dikenalpasti merupakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang mana kebanyakan proses yang dilakukan merupakan kerja-kerja ringan seperti pembungkusan, jahitan, pemasangan produk, kraftangan, tenunan, penghasilan produk makanan dan sebagainya.

{slider Garis Panduan Bekerja Dari Rumah (Homeworking)}

(i) Muat turun Borang Program Homeworking  (Peserta)  atau Borang Program Homeworking (Majikan)

(ii) Lengkapkan borang dan hantar ke Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran

Bil

Fail

Format

Saiz

1.

Garis Panduan Homeworking

 pdf1

115 KB

2.

Borang Program Homeworking (Peserta)
*Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar terus ke Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran.

 pdf1

33 KB

3.

Borang Program Homeworking  (Majikan)
*Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar terus ke Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran.

 pdf1

32 KB

4.

Contoh Kontrak Homeworking

 pdf1

64 KB

{/sliders}

 

 

 

muat turun
aktiviti
aktiviti
program
berita
statistik
carian
tender
.

Sila log masuk untuk melihat pautan berkaitan Warga JTKSM ini.