Bahasa:

Warna Tema: blue green red
Saiz Teks :
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman

PENGUMUMAN :

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

  •                      

{slider Pampasan Pekerja Asing}

PERANAN JABATAN

1)  Menguatkuasakan Akta Pampasan Pekerja 1952 kepada semua majikan yang menggajikan pekerja asing.

2)  Melaksanakan taksiran pampasan ke atas kecederaan pekerja asing yang terlibat dengan kes kemalangan di tempat pekerjaan.

3)  Melaksanakan pembayaran wang pampasan kepada ahli waris pekerja asing yang mengalami kemalangan maut.

 

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

 1.Setiap majikan hendaklah memastikan bahawa setiap pekerja asing yang diambil untuk bekerja diinsuranskan dengan penanggung insurans yang telah dilantik di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA).

Kegagalan majikan menginsuranskan pekerja asing merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan majikan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. [seksyen 26 Akta Pampasan Pekerja 1952]

 2.Setiap majikan hendaklah melaporkan kemalangan melibatkan pekerja asing dalam tempoh 10 hari daripada tarikh berlakunya kemalangan.

Kegagalan majikan melaporkan kemalangan melibatkan pekerja asing merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan majikan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM 10,000 bagi mana-mana kesalahan berikutnya.[seksyen 13 Akta Pampasan Pekerja 1952]

 3.Setiap majikan hendaklah menanggung sepenuhnya kos bayaran premium insurans Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) sebanyak RM72 setahun bagi setiap pekerja asing.

 4.Setiap majikan hendaklah memberikan maklumat ahli waris pekerja asing yang terkini semasa membeli polisi insurans SPPA seperti nama ahli waris, alamat lengkap di negara asal, hubungan dan no. telefon.

 

  FAEDAH PERLINDUNGAN
 

Bil

Jenis Kemalangan

Amaun Pampasan

1.

Hilang Upaya Sementara

Bayaran setengah bulanan iaitu  satu pertiga dari purata pendapatan bulanan  atau RM165.00 mengikut mana yang kurang

2.

Hilang Upaya Kekal

Peratus Kehilangan Upaya Mencari Nafkah x Purata Pendapatan 60/84/108 bulan atau RM23,000.00 mengikut mana yang kurang

3.

Kes Kematian

Purata Pendapatan Sebulan x 60 bulan atau  RM18,000.00 mengikut mana yang kurang dan tambahan RM7000.00 di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA)

(RM18,000.00 + RM7000.00 = RM25,000.00)

 

Senarai Panel Penanggung Insurans Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) 

Bil

Panel Insurans

Alamat

No. Tel

Laman Web

1

Allianz General Insurance Malaysia Berhad

Suite 3A-12, Level 15, Block 3A, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, K.L. Sentral, 50470 Kuala Lumpur

03-2264 1188 / 2264 0688

https://www.allianz.com.my/cls

2

AmG Insurance Berhad

Ground Floor, Wisma Goldhill, 67, Jalan Raja Chulan, 50200 K.L, P.O Box 12200, 50770, Kuala Lumpur

03-4047 8000

https://http://www.ambankgroup.com/en/pages/default.aspx

3

AXA Affin General Insurance Berhad

13Ath Floor, Bangunan AmAssurance No 1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur

03-2170 8282

http://www.axa.com.my/

4

Berjaya Sompo Insurance Berhad

18th Floor, Menara BGI, Plaza Berjaya, 12, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

03-2117 2118

http://www.berjayasompo.com.my/

5

ACE Jerneh Insurance Berhad

(9827-A) Wisma ACE Jerneh,38, Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

03-2058
3000

http://www.acejerneh.com.my

6

ING Insurance Bhd

Menara ING, 84, 18th Floor,Jalan Raja Chulan, P O Box 10846, 50927 Kuala Lumpur

03-2058 4838

http://www.ing.com.my

7

Zurich Insurance Malaysia Berhad (Formerly known as Malaysian Assurance Alliance Berhad)

 

11th Floor, Menara Zurich, 12 Jln Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur

03-2146
9999

http://www.zurich.com.my/Default.aspx

8

Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad

10th Floor, Menara Kurnia, No 9 , Jalan PJS 8/9, 46150, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

03-7875 3333

https://www.kurnia.com/malaysia/

9

Lonpac Insurance Berhad

23rd Floor, Bangunan Public Bank, No 6, Jalan Sultan Sulaiman, 50000, Kuala Lumpur

03-2262 8688

http://www.lonpac.com/web/my/homepage

10

ETIQA Insurance Berhad

Etiqa Insurance & Takaful, Level 21, Tower C, Mayban Assurance Tower, Dataran Maybank No 1, Jalan Maarof, 59000, Kuala Lumpur

03-2297 3888

http://www.etiqa.com.my/English/Pages/default.aspx

11

ETIQA Takaful Berhad

Etiqa Insurance & Takaful, Level 21, Tower C, Mayban Assurance Tower, Dataran Maybank No 1, Jalan Maarof, 59000, Kuala Lumpur.

03-2297 3888

http://www.etiqa.com.my/English/Pages/default.aspx

12

MAA Takaful Berhad

15th Floor, Menara MAA, 12, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

03-2146 8000

https://www.maatakaful.com.my/

13

Tune Insurance (formerly known as Oriontal Capital Assurance Berhad),

Bangunan Tune Insurance, 36 Jln Ampang, 50460 Kuala Lumpur

03-2070 2828

http://www.tuneinsurance.com.my/

14

Multi–Purpose Insurance Berhad.

9th Floor, Menara Multi–Purpose, Capital Square, No 8, Jln Munshi Abdullah, 50100 K.L. P.O Box 10122. 50704 Kuala Lumpur.

03-2034 9888

http://www.mpib.com.my/

15

MCIS Zurich Insurance Berhad

Wisma MCIS Zurich, Jalan Barat, 46200 Petaling jaya, Selangor.

03-7652 3388

http://www.mciszurich.com.my/

16

Overseas Assurance Corporation (M) Bhd.

Level 18, Menara Great Eastern, 303, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

03-4259 7888

http://www.oac.com.my

17

The Pacific Insurance Berhad.

Level 6, Menara Prudential, No 10, Jln Sultan Ismail, P.O Box 12490, 50788 Kuala Lumpur.

03-2176 1188

http://www.pacificinsurance.com.my/

18

Progressive Insurance Berhad.

10th Floor, Menara BGI, Plaza Berjaya, No.12, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur.

03-2118 8000

http://www.progressiveinsurance.com.my

19

QBE Insurance (M) Berhad.

No 638, Level 6, Block B1, Pusat Dagang, Setia Jaya (Leisure Commerce Square), No 9, Jln PJS 8/9, 46150 P.J, Selangor.

03-7861 8400

http://www.qbe.com.my/Insurance.html

20

RHB Insurance Berhad.

Level 8, Tower One, RHB Centre, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

03-9281 2731

http://www.rhbinsurance.com.my/

21

Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Tingkat 26, Blok Annex, Dataran Kewangan, Darul Takaful, No 4, Jln Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur.

1300-8-825 2385

http://www.takaful-malaysia.com.my

22

Takaful Ikhlas Sdn Bhd.

Ikhlas Point, Level 9, Tower 11A, Tingkat 6, Avenue 5, Bangsar South, No.8, Jln. Kerinchi, 59000 Kuala Lumpur.

03-2723 9999

http://www.takaful-ikhlas.com.my

23

Tokio Marine Insurans (M) Berhad.

29th – 31st Floor, Menara DION, 27, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

03-2026 9808

http://www.tokiomarine.com.my

24

Uni. Asia General Insurance Berhad.

9th Floor, Menara Uni Asia, 1008, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

03-2693 8111

http://www.uniasiageneral.com.my

25

Prudential BSN Takaful Bhd.

Tgkt. 8A, Menara Prudential, No.10 Jalan Sultan Ismail 50230 Kuala Lumpur.

03-2053 7188

https://www.prubsn.com.my

26

Hong Leong MSIG Takaful Bhd

Level 5, Wisma Hong Leong, 18 Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur.

03-2164 2339

http://www.hlmsigtakaful.com.my

27 

MSIG Insurance (Malaysia) Berhad 

 Levels 21-23 & 27-29, Menara Weld, No 76, Jln Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur

(Tel) 03-20508228
(Faks) 03-2026 8086

http://www.msig.com.my

{/sliders}

{slider Mahkamah Buruh}

Mahkamah Buruh merupakan satu sistem quasi-judicial sebagai alternatif kepada tuntutan sivil. Objektif Mahkamah Buruh adalah untuk menyediakan sistem pengadilan perburuhan yang adil, mudah, cepat dan murah bagi menyelesaikan tuntutan pekerja mengenai gaji dan lain-lain faedah kewangan yang layak dituntut terhadap mereka. Bersesuaian dengan rasional penubuhan sebagai mekanisme pengadilan membantu kebajikan pekerja. Mahkamah Buruh mempunyai ciri-ciri istimewa seperti berikut :

 

  • membicarakan semua tuntutan pekerja tanpa sebarang had dari segi jumlah wang yang hendak dituntut.
  • mengamalkan prosiding yang mudah dan tidak formal tetapi bertepatan dengan prinsip-prinsip keadilan yang diikuti oleh Mahkamah-Mahkamah Sivil. Amalan membicarakan kes buruh menurut prinsip-prinsip keadilan peraturan-peraturan Mahkamah Sivil telah diiktirafkan melalui keputusan-keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Cepat
    Kes Buruh perlu diselesaikan dalam tempoh satu hingga tiga bulan, bergantung kepada kompleksiti isu dan perundangan yang terbabit. Ia adalah untuk memelihara kebajikan pihak-pihak bertikai dan keharmornian perusahaan. Bagi mencapai maksud tersebut, kes-kes buruh yang telah ditetapkan untuk perbicaraan tidak digalakkan untuk ditangguhkan oleh mana-mana pihak. Di samping itu, tuntutan atau kes buruh yang mudah boleh juga diselesaikan dengan penerangan terperinci oleh pegawai melalui panggilan telefon kepada pihak-pihak tersebut.Mudah

    Prosedur pengendalian kes buruh adalah lebih ringkas dan mudah dibandingkan dengan prosedur perbicaraan di Mahkamah Sivil. Tiada borang yang banyak untuk diisikan untuk memudahkan pihak pekerja termasuk yang kurang berpendidikan dan buta huruf memfailkan kes. Jika pengadu tidak dapat memberi butir-butir nama penuh 
    dan alamat pihak kena tuntut, pegawai perlu membantu melengkapkan maklumat dan mengira jumlah tuntutannya dengan menyemak rekod dalam aplikasi Labour Market Database (LMD). Penjelasan perlu diberi kepada pengadu tentang cara kiraan untuk memastikan pengadu memahaminy.

  • Murah
    Pengadu tidak perlu membayar sebarang yuran semasa memfailkan kes buruh. Selain itu, penangguhan kes buruh perlu dielakkan untuk mengurangkan perbelanjaan pengangkutan pihak-pihak bertikai ke Mahkamah Buruh dan mengurangkan pengambilan cuti tanpa gaji oleh pekerja. Pegawai Bicara hendaklah menyelesaikan kes buruh dengan segera supaya pihak-pihak bertikai tidak perlu melantik peguam yang secara tidak langsung menjimatkan belanja.

{slider Bidang Kuasa Mahkamah Buruh}

 Secara umumnya, kes-kes buruh boleh difailkan oleh pekerja-pekerja yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955.

 Mana-mana orang atau kelas orang:

  • yang termasuk dalam mana-mana kategori di Jadual Pertama Akta Kerja 1955 setakat masa yang ditentukan di dalamnya; atau
  • berkenaannya Menteri membuat suatu perintah di bawah Seksyen 2(3) atau Seksyen 2A Akta Kerja 1955.
  1. Seksyen 69 Akta Kerja 1955. Kuasa Ketua Pengarah Untuk Menyiasat Aduan

Pegawai-pegawai yang ditauliahkan oleh Ketua Pengarah diberi kuasa-kuasa khas di bawah Akta Kerja 1955 untuk :

1) menyiasat dan membuat keputusan ke atas sebarang pertikaian di antara pekerja dan majikannya berkenaan gaji dan bayaran-bayaran lain di bawah:

  1. i) sebarang terma kontrak perkhidmatan;
    ii) sebarang peruntukan di bawah Akta atau sebarang undang-undang kecilnya; atau
    iii) sebarang peruntukan Akta Majlis Penetapan gaji 1947 atau perintahnya

2) mendengar dan membuat keputusan ke atas sebarang tuntutan oleh:

  1. i) seorang pekerja di bawah seksyen 33 Akta Kerja 1955;
    ii) seorang kontraktor kecil bagi buruh (subcontractor for labour) terhadap kontraktor atau kontraktor kecil;
    iii) seorang majikan terhadap pekerjanya berkenaan bayaran ganti rugi di bawah seksyen 13 (1) Akta Kerja 1955.

3) menyiasat dan mengesahkan atau menolak sebarang keputusan yang dibuat di bawah seksyen 14(1) Akta Kerja 1955.

4) mengenakan faedah atas kadar 8% atau kurang setahun dikira mulai hari ke-31 dari tarikh perintah Mahkamah Buruh Buruh sehingga hari perintah ini dipatuhi.menyiasat dan mengesahkan atau menolak sebarang keputusan yang dibuat di bawah seksyen 14(1) Akta Kerja 1955.

5) mengambil tindakan pendakwaan terhadap majikan atas kegagalan mematuhi keputusan atau perintah Ketua Pengarah yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000/- dan juga denda harian tidak melebihi RM100/- bagi setiap hari kesalahan ini terus berlaku selepas sabitan.

Tuntutan di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955 Pekerja yang bergaji tidak melebihi RM2,000 sebulan dan/atau pekerja buruh kasar tanpa had gaji boleh membuat tuntutan di Mahkamah Buruh. Tuntutan di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955 ini melibatkan tuntutan seperti baki gaji, gaji ganti notis, bayaran gaji kerja lebih masa, faedah penamatan serta faedah-faedah lain yang dinyatakan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan.

  1. Seksyen 69B Akta Kerja 1955 – Kuasa Tambahan Ketua Pengarah.

Di bawah seksyen 69B, kuasa Ketua Pengarah di bawah seksyen 69(1)(a) diluaskan untuk meliputi pekerja yang bergaji melebihi RM2,000 hingga RM5,000 sebulan. Bagi maksud seksyen ini “upah” adalah seperti yang ditafsir di seksyen 2 Akta Kerja 1955.Selain daripada Bahagian XV (Aduan dan Penyiasatan) dan Bahagian XVI (Prosedur), peruntukan-peruntukan lain Akta ini tidak terpakai kepada pekerja-pekerja di bawah seksyen 69B.

  1. Seksyen 69C Akta Kerja 1955 - Tuntutan Ganti Rugi Untuk Penamatan Kerja Tanpa Notis

Ketua Pengarah boleh menyiasat dan membuat keputusan bagi sebarang tuntutan berkenaan ganti rugi kepada majikan kerana penamatan kerja tanpa notis oleh pekerja.Namun begitu, kuasa Ketua Pengarah adalah terbatas untuk menyiasat, mendengar, atau membuat sebarang perintah terhadap sebarang tuntutan, pertikaian atau yang dianggap pertikaian yang menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967:

  1. i) sedang dalam penyiasatan atau prosiding di bawah Akta tersebut;
    ii) telah diputuskan oleh Menteri di bawah Seksyen 20(3) Akta tersebut; dan
    iii) telah dirujuk atau sedang dalam prosiding di Mahkamah Perusahaan.
  2. Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Buruh

Pihak yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Buruh boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima keputusan tersebut.Ringkasnya, dengan kuasa yang diberi dibawah seksyen 69 dalam Akta Kerja 1955 untuk mendengar dan memutuskan pertikaian, Jabatan menggunakan langkah-langkah mulai dari 1 hingga 17 dalam prosedur  kerja perbicaraan kes buruh. Proses ini berakhir apabila Jabatan mengambil tindakan menguatkuasakan perintah Mahkamah Buruh.

{/sliders}

{slider Latent Workforces}

'Latent Workforces' merujuk kepada golongan di luar guna tenaga buruh yang berpotensi untuk digembeleng bagi membolehkan mereka menyertai pasaran pekerjaan. Golongan ini terdiri daripada:

  1. Orang Kurang Upaya (OKU)
    Individu yang mengalami kecacatan fizikal atau kecacatan akal yang berbangkit sama ada secara semulajadi atau akibat kecelakaan atau penyakit tetapi boleh menjalankan pekerjaan.
  2. Ibu Tunggal
    Individu yang kematian suami atau ditinggalkan suami yang seterusnya mengambil tugas suami untuk menyara kehidupan anak-anak.
  3. Pesara
    Individu yang telah mencapai umur persaraan sama ada di sektor awam atau swasta yang tidak lagi berkhidmat dengan majikan.
  4. Suri Rumah
    Individu bergelar isteri yang menguruskan hal ehwal rumah tangga tanpa menjalankan apa-apa aktiviti pekerjaan.
  5. Banduan serta bekas banduan
    Banduan iaitu orang yang sedang menjalani pemenjaraan/diparolkan atau mengikuti program kemasyarakatan yang berkemahiran untuk bekerja.
    Bekas banduan iaitu orang yang telah tamat menjalani hukuman pemenjaraan dan bersedia serta berkemahiran untuk bekerja.
  6. Bekas Penagih
    Penagih-penagih dadah yang telah menjalani program rawatan dan pemulihan samada di pusat-pusat pemulihan ataupun pemulihan dalam komuniti dan berkemampuan untuk bekerja.
  7. Orang Asli
    Merujuk kepada masyarakat pribumi asal yang terdapat dalam sesuatu negara, negeri, daerah ataupun tempat.
  8. Warga Emas
    Individu yang berumur 60 tahun dan ke atas yang tidak bekerja tetapi masih berkeupayaan untuk bekerja.
  9. Miskin Tegar
    Mereka yang berpendapatan seisi rumah RM 460.00 dan ke bawah
  10. Golongan Tercicir Dari Persekolahan (Drop-Out)
    Murid yang tercicir dari sistem pendidikan disebabkan beberapa faktor dan berkemampuan untuk bekerja.
  11. Bekas pesalah Juvana
    Remaja yang telah menjalani hukuman akibat kesalahan yang menyalahi undang-undang dan enggan menjalankan kewajipan sosial mereka.
  12. Golongan gelandangan
    Gelandangan adalah individu yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat. Mereka juga tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum

{slider Peranan Jabatan Tenaga Kerja}

  1. Membantu golongan 'Latent Workforces' yang terdiri daripada OKU, ibu tunggal, suri rumah tangga, bekas banduan, pesara, bekas penagih, orang asli dan lain-lain yang tidak bekerja untuk mendapatkan pekerjaan secara tetap atau sambilan melalui peluang-peluang kerja ditawarkan oleh syarikat swasta dan awam.
  2. Meningkatkan kesedaran masyarakat korporat tentang tanggungjawab sosial mereka terhadap golongan sasar dan seterusnya menggiatkan usaha untuk menaiktaraf hidup mereka.
  1. Memberi alternatif kepada pihak syarikat untuk mendapatkan pekerja dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan
  1. Memupuk semangat kesedaran di kalangan golongan sasar untuk melengkapkan diri dengan keupayaan, kelayakan dan kemahiran untuk bersaing di sektor pekerjaan agar dapat bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan negara.

{slider Jawatankuasa Latent Workforces}

Satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi membantu mengoptimunkan guna tenaga golongan Latent Workforces dalam pasaran pekerjaan dan bidang-bidang lain yang bersesuaian seperti perniagaan, pertanian dan sebagainya. Dengan adanya jawatankuasa ini, sebarang aktiviti dapat dijalankan secara bersama dan memudahkan pemantauan dilakukan bagi setiap program yang dijalankan.

Jumlah pendaftaran dan penempatan yang dibuat dapat di kawal dan dikemaskini dari masa ke semasa. Dengan adanya kerjasama dan sokongan padu daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, syarikat-syarikat serta pengusaha-pengusaha yang berkaitan, diharapkan setiap program yang dijalankan melalui jawatankuasa ini dapat mencapai hasil dan objektif yang dihasratkan.

(a)  Skop Sasaran Penubuhan Jawatankuasa

Skop ini meliputi golongan seperti berikut:

  1. Majikan di sektor kerajaan dan swasta yang berpotensi memberi peluang pekerjaan;
  2. Golongan Latent Workforces yang berkeupayaan, berkelayakan dan berkemahiran bekerja;
  3. Agensi dan jabatan kerajaan sebagai pelaksana; dan
  4. Pertubuhan majikan, kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan.

(b)  Peranan Dan Fungsi Jawatankuasa

  1. Mengenalpasti golongan Latent Workforces yang ada di dalam negara;
  2. Menyelaraskan peranan pihak yang terlibat di dalam jawatankuasa;
  3. Mengenalpasti cara bagaimana mengoptimumkan guna tenaga golongan ini di dalam pasaran pekerjaan;
  4. Mengenalpasti program dan aktiviti yang boleh diadakan bersesuaian dengan golongan sasaran;
  5. Menyelaraskan aktiviti yang membolehkan perubahan dari segi berfikir dan juga kemahiran soft skill golongan sasaran;
  6. Mengenalpasti bentuk-bentuk bantuan yang boleh diberikan;
  7. Mengenalpasti syarikat-syarikat yang berpotensi untuk memberi kerja kepada golongan sasar;
  8. Mendapatkan kerjasama syarikat-syarikat yang dikenalpasti untuk bersama menjayakan program yang dirancang;
  9. Mendapatkan profil kumpulan sasar;
  10. Menyediakan dan menyelaras data majikan, kumpulan sasar, dan pihak ketiga;
  11. Membuat penyelidikan dan perancangan (R&D).

Keanggotaan Jawatankuasa

Pengerusi

: Ketua Pengarah Tenaga Kerja

Tim. Pengerusi

: Tim. Ketua Pengarah Tenaga Kerja (Operasi)

Ahli-Ahli

: Jabatan Tenaga Kerja
: Bhgn. Pengurusan Maklumat, KSM
: Bhgn. Dasar Perburuhan, KSM
: Bhgn. Dasar Sumber Manusia, KSM
: Kementerian Dalam Negeri
: Unit Perancang Ekonomi, JPM (EPU)
: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
: Jabatan Kebajikan Masyarakat
: Jabatan Tenaga Manusia
: Jabatan Penjara
: Bahagian Pencen, JPA
: Agensi Anti Dadah Kebangsaan
: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
: Majlis Amanah Rakyat
: TEKUN NASIONAL
: Federation of Malaysian Manufacturer (FMM)
: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)
: Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC)
: Jabatan Pembangunan Wanita
: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
: KEMAS
: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
: Jabatan Pertanian
: Jabatan Perikanan
: Bhgn. Sekolah Harian, KPM
: Bhgn. Pendidikan Khas, KPM
: Persatuan Bekas-Bekas Pesara
: SME Corporatiaon Malaysia
: Jabatan Perkhidmatan Veterinar
: Amanah Ikhtiar Malaysia
: Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Ahli-Ahli Jemputan

: Ahli-Ahli Akademik
: Persatuan
: NGO

{slider Aktiviti-Aktiviti Jawatankuasa}

  1. Mengadakan MOU Antara Pihak Penjara, JTK dan Majikan Yang Berpotensi.

Modus Operandi

    • Menyediakan kemudahan perkhidmatan pekerjaan kepada golongan sasar dan pekerja kepada syarikat yang mengalami kekurangan tenaga kerja terutama pekerja am
    • Mengenalpasti syarikat-syarikat yang berpotensi untuk bekerjasama mengambil golongan sasar sebagai pekerja bagi memenuhi kekurangan tenaga kerja terutama syarikat yang memohon untuk menggajikan pekerja asing.
    • Mengadakan lawatan ke penjara untuk mengenalpasti kemudahan yang disediakan serta mendapat gambaran sebenar bagaimana pelatih menjalani latihan
    • Mengadakan perbincangan syarikat dan pihak penjara secara bersama untuk mendapatkan persetujuan bersama dan seterusnya mengadakan MOU bagi program berkenaan

Mekanisma Perlaksanaan
Terdapat dua kaedah iaitu:

    • Di komuniti
      Kerja-kerja dijalankan pusat latihan pelatih. Bahan-bahan dan peralatan disediakan oleh pihak syarikat di mana pihak syarikat yang mengendalikan urusan penghantaran dan pengambilan kerja-kerja yang yang hendak dilakukan.
    • Di Premis majikan
      Para pelatih di bawa ke premis majikan. Urusan pengambilan dan penghantaran pelatih boleh berunding antara kedua-dua pihak. Sebaik-baiknya pihak syarikat boleh menggajikan banduan dalam tempoh parol.
  1. Mengadakan Kerjasama Dengan Majikan Yang Menawarkan Pekerjaan Dengan Menguruskan Sesi Temuduga ke Atas Calon Golongan 'Latent Workforces'.

Mekanisma Perlaksanaan

    • Membuat saringan calon-calon yang berpotensi untuk di beri peluang menghadiri temuduga
    • Mengatur sesi temuduga dengan penyedian tempat dan cara bagaimana membawa calon ke tempat temuduga samada di premis majikan atau di pusat-pusat jobsmalaysia.

 

  1. Mengadakan perbincangan serta lawatan kemajuan dalam mengenalpasti majikan yang berpotensi dalam penawaran pekerjaan kepada golongan Latent Workforces.

{slider Borang Permohonan (Untuk Majikan)}

Jika mana-mana majikan berminat mendapatkan tenaga kerja golongan 'latent workforces' boleh mengisi borang yang disertakan (Lampiran A) dan hantar ke JTK yang berhampiran atau terus menghubungi kami.

Bil

Fail

Format

Saiz

1.

Maklumat Jawatan Kosong - Lampiran A

 pdf1

113 KB

 
{/sliders}

{slider Pengurusan Ladang}

Sektor perladangan merupakan salah satu sektor penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang mempunyai daya tahan terhadap perubahan-perubahan ekonomi global. Namun agak membimbangkan apabila melihat kepada profil guna tenaga di sektor perladangan yang menunjukkan bilangan pekerja asing lebih tinggi berbanding pekerja tempatan. Ini menunjukkan terdapat pengurangan minat rakyat tempatan untuk menceburi atau bekerja di sektor perladangan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor diantaranya tiada daya tarikan pekerja tempatan untuk bekerja di ladang, penghijrahan keluar penduduk luar bandar ke bandar-bandar yang selesa untuk bekerja di sektor-sektor perindustrian dan kemudahan asas ladang yang tidak lagi menarik dan tidak seiring dengan peningkatan keuntungan dan kemajuan sektor perladangan.

Kerajaan amat menitikberatkan kebajikan pekerja ladang demi meningkatkan kualiti dan taraf hidup masyarakat ladang agar sentiasa terjamin dan tidak tersisih daripada arus pemodenan negara. Penambahbaikan prasarana ladang juga perlu dilakukan segera supaya dapat menarik minat pekerja tempatan untuk menyertai sektor perladangan sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. Justeru itu, Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan peraturan-peraturan serta beberapa garis panduan telah diwujudkan bagi memberi penekanan terhadap pengurusan guna tenaga dan kemudahan sektor perladangan demi menjamin kualiti dan kesejahteraan masyarakat ladang. Walaubagaimanapun akta, peraturan-peraturan dan garis panduan tersebut, hanyalah terpakai di Semenanjung Malaysia dan tertakluk kepada ladang yang berkeluasan melebihi 20 hektar tanpa mengira jenis tanaman.

Objektif

Dalam usaha mencapai hasrat murni ini, JTKSM Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), telah menggariskan beberapa sasaran untuk dilaksanakan iaitu :

(i)    Menggalakkan penggajian pekerja tempatan ke dalam sektor perladangan.

(ii)  Mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam sektor perladangan.

(iii) Meningkatkan kualiti taraf hidup pekerja melalui perumahan dan kemudahan asas di sektor perladangan.

{slider Kemudahan Asas Di Sektor Perladangan}

Berdasarkan Akta 446, antara kemudahan asas yang perlu disediakan oleh majikan di sektor perladangan adalah seperti berikut :

a)    Perumahan estet

b)    Bekalan air awam / sendiri

c)    Bekalan elektrik awam / sendiri

d)    Kemudahan jalan berturap dan tidak berturap

e)    Pusat Asuhan Kanak-Kanak (PAKK)

f)     Hospital / Klinik

g)    Kemudahan tempat ibadat

h)   Kemudahan-kemudahan lain

1.            Perumahan Estet

JTKSM sedang melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan jumlah rumah substandard di ladang melalui tindakan-tindakan berikut :

  1. Penguatkuasaan undang-undang (Akta 446) ;
  2. Perobohan rumah substandard atau majikan membuat perakuan untuk bertanggungjawab terhadap keselamatan menduduki rumah substandard tersebut ; dan
  3. Pengubahsuaian rumah substandard kepada rumah standard. Rumah ladang yang cukup selesa dengan pelbagai kemudahan asas dapat memastikan tenaga kerja tempatan terus berkhidmat di situ.

2.            Bekalan Air

Majikan bertanggungjawab untuk menyediakan bekalan air paip percuma dan mencukupi. Menurut seksyen 6(1)(a), Akta Standard-standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990, ”sekiranya kemudahan perumahan untuk pekerja disediakan majikan, maka adalah menjadi kewajipan majikan untuk menyediakan air paip percuma dan mencukupi yang diambil daripada bekalan awam atau sumber lain yang boleh diminum yang dituras dan diproses mengikut cara yang diluluskan oleh Ketua Pengarah secara bertulis”. Selain itu juga, majikan turut dikehendaki menyediakan bekalan air percuma sejumlah 159 liter (35 gelen) sehari kepada setiap penghuni rumah ladang tertakluk kepada maksimum 5 orang penghuni bagi setiap rumah, berdasarkan perjanjian di antara The Malayan Agricultural Producers Association (MAPA) dengan National Union of Plantations Workers (NUPW).


3.            Bekalan Elektrik

Selain menyediakan bekalan air, majikan juga bertanggungjawab untuk menyediakan bekalan elektrik yang mencukupi kepada perumahan pekerja ladang. Seksyen 6(1)(b), Akta 446, memperuntukkan bahawa “sekiranya perumahan disediakan oleh majikan, maka adalah menjadi kewajipan majikan juga untuk menyediakan bekalan elektrik yang mencukupi yang diambil daripada sumber awam atau sendiri”.

 

4.            Pusat Asuhan Kanak-Kanak

Secara amnya, PAKK ditanggung sepenuhnya oleh pengurusan ladang termasuk penggajian pengasuh dan penyediaan peralatan asas mengikut peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja (PAKK) 1990. Untuk makluman, PAKK hanya perlu disediakan oleh majikan jika pekerja-pekerja ladang mempunyai tidak kurang 10 orang kanak-kanak di bawah umur 4 tahun yang tinggal bersama mereka berdasarkan seksyen 10 (1), Akta 446.

 

5.            Hospital / Klinik

Hospital / Klinik ditempatkan sama ada di dalam kawasan berhampiran pusat pentadbiran majikan ataupun berada di luar kawasan bagi memberi khidmat kepada beberapa perumahan pekerja ladang bagi satu kumpulan ladang seperti contoh Ladang Sengkang mempunyai dua ladang iaitu Ladang Sengkang (Home Division) dan Ladang Sengkang 2. Klinik bagi ladang ini terletak di Pekan Pasir Panjang, Port Dickson. Pembantu Perubatan yang digajikan oleh majikan terdiri daripada mereka yang mempunyai Gred Kelayakan 1 hingga 3.

 

6.            Kemudahan Tempat Ibadat

Adalah menjadi tanggungjawab sosial majikan terhadap kebajikan pekerja-pekerja mereka dengan menyediakan tempat-tempat ibadat.Jenis tempat ibadat yang disediakan adalah bagi memenuhi tuntutan pekerja yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

 

 7.            Kemudahan Jalan Berturap Dan Tidak Berturap

Berdasarkan rekod JTKSM, jalan-jalan penghubung yang dibina di kawasan ladang kebanyakannya adalah jalan tanah merah yang kurang selesa untuk digunakan terutama apabila berlaku hujan. Keadaan ini telah diberi perhatian oleh JTKSM dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan supaya dapat menyalurkan bantuan bagi menaiktaraf jalan di dalam kawasan ladang.

JTKSM sentiasa mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain bagi meningkatkan kemudahan prasarana di ladang-ladang. Hubungan kerjasama telah dilaksanakan dengan agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sektor perladangan seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK),Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JTKSM Perdana Menteri (JPM). Kemudahan jalan penghubung di ladang-ladang sentiasa diberi perhatian dan dinaiktaraf dari semasa ke semasa untuk keselesaan penduduk.

Kemudahan jalan penghubung di ladang-ladang sentiasa diberi perhatian dan dinaiktaraf dari semasa ke semasa untuk keselesaan penduduk.

 

 8.            Kemudahan Lain-Lain

Majikan ladang perlu menyediakan kemudahan-kemudahan seperti dewan komuniti dan pusat sukan & rekreasi jika mempunyai bilangan pekerja melebihi 100 orang yang menetap di ladang tersebut. Selain itu, majikan juga digalakkan untuk menyediakan sekolah, kedai runcit, taman permainan, pusat perniagaan dan lain-lain.

Sekolah turut disediakan bagi memastikan anak-anak pekerja ladang mendapat peluang pendidikan yang sama seperti penduduk lain di negara ini.

  {/sliders}

JTKSM telah mengeluarkan satu Garis Panduan bagaimana mengiklankan jawatan kosong di akhbar.Garis panduan ini bertujuan untuk
melengkapi peruntukan Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981. Iklan yang dimaksudkan di sini adalah termasuk sebarang notis, pekeliling, laporan, ulasan, risalah, label, pembalut atau dokumen lain,dan sebarang pengumuman yang dibuat secara lisan atau dengan cara menerbitkan atau mengeluarkan cahaya atau bunyi. Iklan hanya boleh dibuat oleh Agensi Pekerjaan Swasta yang berlesen seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 7, APS 1981.

Garis Panduan tersebut boleh dimuat turun di sini. 

 

muat turun
aktiviti
aktiviti
program
berita
statistik
carian
tender
.

Sila log masuk untuk melihat pautan berkaitan Warga JTKSM ini.