Bahasa:

Warna Tema: blue green red
Saiz Teks :
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman

PENGUMUMAN :

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

  •                      

Objektif

Mendaftar dan mengeluarkan lesen kepada agensi pekerjaan swasta selaras kehendak Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.

Prosedur

Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan menggunakan borang yang disediakan dan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan serta memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Pemohon mestilah terdiri dari syarikat Sdn. Bhd. atau Berhad sahaja.
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat: Borang 9 atau 13.
  • Salinan Memorandum & Articles of Association.( Saranan Objektif M & A)
  • Borang 24 yang menunjukkan Modal Berbayar RM 50,000.00
  • Bagi permohonan yang tidak menggunakan perkataan "Agensi Pekerjaan...." diawal nama syarikat hendaklah mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM 500,000.0;
  • Borang 49 yang menunjukkan pembahagian saham antara Ahli Lembaga Pengarah.
  • Akaun bank terkini menunjukkan RM 50,000.00
  • Laporan Kewangan syarikat yang diaudit (WAJIB-Bagi Yang Buka Cawangan).
  • Biodata Lembaga Pengarah.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Salinan Borang BE atau surat pengesahan LHDN.
  • Kenyataan bukan seorang bankrap.
  • Surat akuan kelakuan baik.
  • Penjamin agensi (2 orang)
  • Surat pengakuan (persetujuan) menjadi penjamin.
  • Salinan Kad Pengenalan atau Surat Beranak Penjamin.
  • Salinan Borang BE atau surat pengesahan LHDN penjamin.
  • Kenyataan penjamin bukan seorang bankrap.
  • Kertas cadangan projek penubuhan agensi.
  • Unjuran aliran tunai (cashflow) untuk 6 bulan pertama.

* Borang permohonan serta dokumen hendaklah dikemukakan dalam 3 salinan.

Pemeriksaan merupakan salah satu aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan majikan mematuhi undang-undang buruh dan menjamin kebajikan pekerja dilindungi. Objektif pemeriksaan berkanun ke atas tempat-tempat pekerjaan adalah seperti berikut:

  • Memastikan pematuhan undang-undang perburuhan melalui penguatkuasaan, pemantauan dan tindakan pembetulan;
  • Sistem pengesanan dan pencegahan awal bagi sebarang pelanggaran undang-undang buruh;
  • Memberi khidmat nasihat perburuhan kepada klien jabatan di samping mempromosikan amalan terbaik perburuhan dan dasar-dasar kerajaan; dan
  • Mengumpul maklumat yang diperlukan bagi tujuan perancangan dasar dan undang-undang dalam bidang perburuhan.

{slider Senarai Terkini Agensi Pekerjaan Swasta Yang Bedaftar }

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah mengeluarkan Senarai Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang telah bersetuju untuk melaksanakan pindaan MoU Pembantu Rumah Indonesia.

Senarai terkini hingga 30 Jun 2014,boleh didapati disini.

 
{slider Panduan Untuk Agensi Pekerjaan Swasta}

 1 Carta Aliran Permohonan Surat Akuan APS Melalui sistem APS Link-Up
 2 Carta Aliran Pengurusan Demand Letter Pekerja Domestik Oleh MRA & IRA
 3 Senarai Semak Syarat-Syarat Pengurusan Demand Letter Bagi Pembantu Rumah Indonesia

Hanya Agensi Pekerjaan Swasta yang mempunyai lesen dari Jabatan Tenaga Kerja sahaja yang boleh menggunakan sistem ini. Melalui sistem ini Agensi Pekerjaan Swasta boleh menawarkan kekosongan jawatan yang ada di agensi mereka dan syarikat pelanggan yang menggunakan khidmat mereka ke dalam sistem JobsMalaysia.

Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan data yang tepat dan cepat berkenaan pendaftaran, penempatan dan kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh Agensi Pekerjaan Swasta melalui laporan yang dihantar secara online kepada Jabatan Tenaga Kerja. Aplikasi ini akan digunakan sebagai jaringan untuk menyalurkan maklumat berkenaan data pencari kerja yang berdaftar di dalam sistem Jobsmalaysia kepada Agensi Pekerjaan Swasta bagi tujuan penempatan.Laman sesawang adalah https://aps.jobsmalaysia.gov.my/

Permohonan secara online Lesen Agensi Pekerjaan Swasta boleh dibuat melalui portal BLESS. Sila klik pautan di bawah atau layari www.bless.gov.my untuk panduan serta maklumat lanjut.

Sila klik di sini untuk mendapatkan Panduan Perlesenan

muat turun
aktiviti
aktiviti
program
berita
statistik
carian
tender
.

Sila log masuk untuk melihat pautan berkaitan Warga JTKSM ini.