Pemeriksaan Berkanun
PEMERIKSAAN BERKANUN
Pemeriksaan berkanun ke atas tempat pekerjaan merupakan aktiviti penguatkuasaan Jabatan yang berobjektif untuk:-
- Memastikan pematuhan undang-undang perburuhan melalui penguatkuasaan, pemantauan dan tindakan pembetulan;
- Membuat pengesanan dan pencegahan awal bagi sebarang pelanggaran undang-undang perburuhan;
- Memberi khidmat nasihat perburuhan kepada klien jabatan di samping mempromosikan amalan terbaik perburuhan dan dasar-dasar kerajaan; dan
- Mengumpul maklumat yang diperlukan bagi tujuan perancangan dasar dan undang-undang dalam bidang perburuhan.
Kuasa pegawai Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) untuk melaksanakan aktiviti ini dinyatakan dalam Seksyen 65, Akta Kerja 1955. Seksyen ini memperuntukkan kuasa pegawai JTKSM untuk menjalankan pemeriksaan ke atas mana-mana tempat pekerjaan pada bila-bila masa bagi tujuan membuat penyiasatan berkaitan pematuhan undang-undang perburuhan. Pemeriksaan boleh dijalankan melalui dua pendekatan iaitu:-
- Secara berjadual di mana majikan akan dimaklumkan melalui notis pemberitahuan pemeriksaan; atau
- Secara mengejut di mana pemeriksaan ke atas tempat pekerjaan dijalankan tanpa notis pemberitahuan.
Pemeriksaan berkanun juga penting bagi memenuhi keperluan Labour Inspection Convention 1947 (No.81) yang telah diratifikasi oleh Malaysia sejak 1 Julai 1963. Konvensyen ini telah menetapkan supaya setiap negara anggota kepada International Labour Organization (ILO) menjalankan pemeriksaan ke tempat pekerjaan sekerap yang mungkin bagi memastikan pematuhan kepada undang-undang perburuhan oleh pihak majikan
Tindakan Semasa Pemeriksaan Berkanun
1. Menyemak dokumen-dokumen penggajian pekerja antaranya:-
- Daftar pekerja;
- Kontrak perkhidmatan;
- Slip gaji pekerja;
- Rekod bayaran gaji;
- Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
2. Menemubual wakil majikan dan wakil pekerja;
3. Membuat tinjauan dan lawatan ke atas tempat pekerjaan;
4. Perbincangan dengan majikan mengenai langkah-langkah penambahbaikan yang perlu diambil;
5. Sekiranya majikan didapati melakukan pelanggaran undang-undang perburuhan, Jabatan akan mengambil tindakan sewajarnya samada melalui notis pematuhan, pendakwaan atau kompaun.
Pendakwaan & Kompaun
AKTA KERJA 1955 | ||
Bil | Seksyen | Jenis Kesalahan |
1 | SEKSYEN 101A |
Mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta dan Peraturan ini boleh dikompaun setelah mendapat izin dari Pendakwa Raya |
2 | SEKSYEN 99 (PEMERIKSAAN) |
Tindakan-tindakan berikut, seperti:
Adalah menjadi kesalahan boleh didakwa dan sekiranya bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.00 |
3 | SEKSYEN 69 (PENYIASATAN) |
Kegagalan mematuhi perintah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 69 adalah merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa dan sekiranya bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.00 Tindakan lanjut jika PERINTAH tidak dipatuhi?
|
AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA | ||
Bil | Seksyen | Jenis Kesalahan |
1 | SEKSYEN 43 |
Kesalahan majikan yang tidak membayar gaji pokok sebagaimana yang dinyatakan dalam Perintah Gaji Minimum kepada pekerjanya melakukan satu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM10,000.00 ringgit bagi setiap pekerja |
AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA | ||
Bil | Seksyen | Jenis Kesalahan |
1 | SEKSYEN 28 |
Ketua Pengarah boleh menjalankan pendakwaan berhubungan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. |
2 | SEKSYEN 31 |
Mana-mana majikan yang gagal mematuhi mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 5, 8, 12, 15, atau 19 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan didenda tambahan sebanyak seratus ringgit sehari bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan |
3 | SEKSYEN 32 |
Mana-mana pengurus residen yang gagal mematuhi peruntukan seksyen 20 atau mana-mana kehendak Pegawai Perubatan Kesihatan di bawah seksyen 21 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit dan didenda tambahan sebanyak seratus ringgit sehari bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan. |
Pengendalian Kes Buruh
Tatacara Memfailkan Tuntutan
• Hadir sendiri dan beri kenyataan bersumpah di hadapan Pegawai untuk merekod tuntutan
• Mengemukakan dokumen-dokumen/maklumat-maklumat penting:-
- Nama dan alamat surat menyurat pengadu (Kad Pengenalan)
- Nama dan alamat tempat pekerjaan (Sumber SSM)
- Butir-butir pendapatan dan slip gaji (jika ada)
- Surat pelantikan dan syarat-syarat perkhidmatan (jika ada)
- Surat penamatan (jika ada)
Pihak Yang Boleh Membuat Tuntutan
Pekerja
Seksyen | Pekerja | Jenis Tuntutan |
Seksyen 69 Akta Kerja 1955 |
Pekerja di bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1955 |
1. Gaji atau apa-apa bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan, sebarang peruntukan di bawah akta/peraturan perburuhan 2. Mengesahkan atau mengenepikan apa-apa keputusan di bawah S.14 (1). Kes hendaklah difailkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan |
Akta Kerja 1955 |
Pekerja yang upahnya melebihi RM2000 tetapi tidak melebihi RM5000 |
Gaji atau apa-apa bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan. |
Majikan
Seksyen | Pekerja | Jenis Tuntutan |
Akta Kerja 1955 |
1. Gaji atau apa-apa bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan, sebarang peruntukan di bawah akta/peraturan perburuhan 2. Mengesahkan atau mengenepikan apa-apa keputusan di bawah S.14 (1). Kes hendaklah difailkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan |
|
Akta Kerja 1955 | Pekerja yang upahnya melebihi RM2000 tetapi tidak melebihi RM5000 |
Gaji atau apa-apa bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan. |
Tatacara Pengendalian Tuntutan Kes Buruh
1. Merekod kenyataan bersumpah tuntutan pengadu
2. Tentukan tarikh sebutan kes
3. Surat panggilan kepada pengadu dan saman kepada defendan
4. Sebutan Kes/Perbicaraan Kes Buruh
5. Perintah
Pihak yang tidak berpuashati terhadap Perintah Mahkamah Buruh boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima Perintah Mahkamah Buruh.
Pengendalian Aduan Perburuhan
TATACARA MENGEMUKAKAN ADUAN
Aduan boleh diterima dari pelbagai sumber antaranya daripada pekerja sendiri, orang awam dan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi lain.
Pengadu boleh memfailkan aduan melalui:-
• Surat ke alamat Jabatan Tenaga Kerja berdekatan
• Email rasmi Jabatan iaitu jtksm[at]mohr[dot]gov[dot]my
• Hadir ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dengan tempat kerja
• Telefon di talian 03-8000 8000
TATACARA PENGENDALIAN ADUAN
1. Siasatan akan dimulakan setelah menerima maklumat aduan.
2. Sekiranya aduan berasas, tindakan akan diambil ke atas majikan samada melalui notis pembetulan, pendakwaan atau kompaun.
3. Hasil siasatan akan dimaklumkan kepada pengadu.
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMFAILKAN ADUAN
• Nama dan alamat pihak yang diadu
• Nama dan alamat pengadu
• Isu-isu aduan
• Dokumen sokongan berkaitan (sekiranya ada):-
- Surat Lantikan / Kontrak Perkhidmatan
- Slip Gaji
Anti-Trafficking in Person and Smuggling of Migrants (ATIPSOM)
ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007 (AKTA 670)
Pegawai Tenaga Kerja adalah merupakan pegawai penguatkuasa yang telah digazetkan di bawah Seksyen 27 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) iaitu sejak pindaan terbaru berkuatkuasa pada 15 November tahun 2010. Kuasa ini adalah setara dengan agensi penguatkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia.
Sebagai pegawai penguatkuasa, pegawai JTK perlu mengenalpasti indikator perkhidmatan buruh paksa dan eksploitasi pekerja sebagai asas untuk bertindak segera menyelamatkan mangsa yang terlibat dan seterusnya mengambil tindakan terhadap suspek (majikan).
INDIKATOR BURUH PAKSA
1. KEBEBASAN INDIVIDU
- mangsa didapati tidak bebas dan pergerakan dikawal ketat oleh majikan/ejen
- passport mangsa dipegang oleh majikan/ejen bagi memudahkan mengawal kebebasan mangsa untuk bergerak
- dinafikan hak untuk bersosial dan bercakap dengan orang luar
- dihalang daripada dilihat secara ketara oleh orang luar
- pergerakan mangsa terbatas dan sentiasa perlu melaporkan pergerakan kepada majikan/ejen
Cadangan : pemeriksaan passport pekerja adakah disimpan oleh majikan atau pekerja dan alasan sekiranya disimpan oleh majikan
2. BAYARAN GAJI
- mangsa tidak dibayar gaji sepanjang bekerja
- penahanan pembayaran gaji mangsa bagi memastikan ia terus bekerja dengan majikan/ejen
- gaji mangsa sentiasa dibayar lambat dari tempoh gaji atau sentiasa tertangguh
- tidak membayar kerja lebih masa dan lain-lain faedah yang dijanjikan
Cadangan : semakan checklist majikan adakah semua gaji pekerja dibayar melalui akaun bank
3. PERSEKITARAN KERJA
- persekitaran kerja yang dikawal ketat oleh majikan/ejen seperti tembok yang tinggi atau pagar berduri
- tidak dibenarkan menghubungi dunia luar
- tempat kerja dikawal dan diawasi 24 jam oleh pengawal keselamatan dengan kawalan yang ketat dipaksa bekerja dalam tempoh yang panjang dan tiada waktu rehat yang mencukupi hingga mangsa kelihatan tidak bermaya
- tempat kerja yang tidak kondusif dan tidak selamat
- tidak disediakan kemudahan perubatan kepada pekerja
- tidak diberi makan dan minum sepanjang bekerja atau diberi pada kuantiti yang sedikit
Cadangan: checklist bagi lawatan ke lokasi pekerjaan dan tidah hanya tertumpu kepada dokumen pekerja sahaja
4. PERSEKITARAN TEMPAT TINGGAL
- tempat tinggal yang disediakan tidak disediakan kemudahan asas seperti bantal, tilam, katil, air, elektrik dan lain-lain
- tempat tinggal dilengkapi cctv bagi tujuan mengawal
- tempat tinggal yang kotor dan mudah terdedah kepada penyakit
- tempat tinggal yang sempit dan berkongsi dengan ramai pekerja
- tempat tinggal yang dikunci dan dikawal oleh majikan/ejen atau individu yang telah diupah
Cadangan: tidak hanya membuat lawatan ke perumahan ladang tetapi di semua hostel terutamanya sektor-sektor berisiko terdapat buruh paksa
5. KEGANASAN
- wujud ancaman keganasan/penderaan fizikal dan mental terhadap mangsa
- penderaan seksual
- ugutan secara psikologi dengan mempamerkan senjata terhadap mangsa bagi tujuan menakut-nakutkan mangsa
Cadangan : mencadangkan adanya borang maklumbalas pekerja semasa pemeriksaan yang dilakukan dipremis majikan bagi mendapatkan maklumat persekitaran kerja
6. TANGGUNGAN
- majikan mengambil kesempatan terhadap mangsa dengan memberi ancaman terhadap keluarga mangsa
- menghalang mangsa daripada menghubungi keluarga dan rakan-rakan mangsa
- Keperluan makan dan minum pekerja
7. PENGAMBILAN
- pekerja diperdaya dengan tawaran kerja menarik semasa dinegara sumber sekiranya bekerja di negara destinasi
- mengambil kesempatan terhadap mangsa yang mempunyai latar belakang keluarga yang miskin dan memerlukan pekerjaan bagi menyara keluarga
- pekerja diperdaya dan dijanjikan kerja dengan membawa masuk mangsa melalui saluran tidah sah untuk bekerja
- mempedaya mangsa yang berstatus PATI, dokumen kerja tidak sah atau telah tamat tempoh untuk bekerja. Sekiranya enggan meneruskan kerja mangsa diugut untuk diserahkan kepada pihak berkuasa
8. PEMERDAYAAN DAN PENIPUAN
- kontrak perkhidmatan telah diubah dari yang telah dijanjikan
- dipaksa bekerja untuk membayar hutang yang tidak setimpal dari pinjaman yang telah diterima
- mengenakan bayaran hutang yang berganda bagi memastikan mangsa tidak manpu membayar dan memastikan terus berkerja dengan majikan/ejen
9. PEMINDAHAN
- pekerja di pindahkan dari satu lokasi ke lokasi lain oleh majikan/ejen untuk dipaksa bekerja
10. EKSPLOITASI SEKS
- mangsa dipaksa melacur tanpa kerelaannya
- melibatkan kanak-kanak dan di bawah umur
Usaha perlu diperkukuhkan bagi memastikan Malaysia tidak mengamalkan aktiviti jenayah buruh paksa di dalam setiap sektor pekerjaan seperti yang gembar-gemburkan oleh pihak US dan seterusnya dapat meningkatkan kedudukan Negara dalam laporan US TIP. Sekiranya tiada penambahbaikan yang nyata, kedudukan Negara pada masa hadapan, Pihak US akan mengenakan sekatan ke atas Malaysia dalam pelbagai bentuk yang akan menjejaskan imej dan ekonomi Negara.
Pemeriksaan Ladang
PEMERIKSAAN LADANG
JTKSM bertanggungjawab menjaga kebajikan dan perlindungan kepada pekerja dan komuniti di sektor perladangan sebagaimana kehendak Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446). Akta ini terpakai kepada ladang-ladang yang berkeluasan melebihi 20 hektar tanpa mengira jenis tanaman.
Akta ini menetapkan tanggungjawab majikan ladang supaya mematuhi standard minimum yang ditetapkan sekiranya kemudahan perumahan disediakan kepada pekerja. Bagi tujuan tersebut, JTKSM akan menjalankan pemeriksaan ke atas perumahan ladang bagi memastikan kemudahan yang disediakan selaras dengan standard minimum dan spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta 446.
Tindakan semasa pemeriksaan dijalankan
1. Menyemak dokumen-dokumen penggajian pekerja antaranya:-
- Daftar pekerja;
- Kontrak perkhidmatan;
- Slip gaji pekerja;
- Rekod bayaran gaji;
- Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
2. Menemubual wakil majikan dan wakil pekerja;
3. Membuat tinjauan dan lawatan ke atas tempat pekerjaan;
4. Melawat kawasan perumahan pekerja;
5. Memeriksa dan menilai keadaan dan kedudukan rumah-rumah pekerja;
6. Memeriksa dan menilai keadaan tandas, bilik air, sistem saliran, perparitan dan pembuangan sampah;
7. Memeriksa dan menilai keadaan sistem bekalan air dan elektrik;
8. Memeriksa dan menilai keadaan dewan komuniti;
9. Memeriksa dan menilai keadaan Pusat Asuhan Kanak-kanak (PAKK);
10. Memeriksa dan menilai keadaan hospital/klinik;
11. Melawat dan menilai keadaan kawasan yang dikhaskan untuk tanaman dan ternakan;
12. Perbincangan dengan majikan mengenai langkah-langkah penambahbaikan yang perlu diambil;
13. Sekiranya majikan didapati melakukan pelanggaran undang-undang perburuhan, Jabatan akan mengambil tindakan sewajarnya samada melalui notis pematuhan, pendakwaan atau kompaun.
Khidmat Nasihat
Khidmat nasihat merupakan salah satu perkhidmatan utama Jabatan yang diberikan secara percuma kepada para pelanggan jabatan yang terdiri daripada pihak majikan, pekerja serta orang awam berhubung sebarang permasalahan atau kemusykilan mengenai hak-hak pekerja dan kewajipan majikan di bawah undang-undang statutori perburuhan.
Pelanggan boleh mendapatkan khidmat nasihat secara langsung di semua Pejabat Tenaga Kerja di seluruh negara atau melalui medium penyampaian yang lain antaranya:-
- Surat ke alamat Jabatan Tenaga Kerja berdekatan
- Email rasmi Jabatan iaitu jtksm[at]mohr[dot]gov[dot]my
- Telefon di talian 03-8000 8000
Pendidikan Perburuhan
Pendidikan perburuhan adalah salah satu mekanisma yang dilaksanakan ke arah membina warga pekerja dan majikan yang bermaklumat dan berpengetahuan tentang undang-undang perburuhan negara. Aktiviti ini bermatlamat untuk mengurangkan statistik aduan oleh pihak pekerja dan pelanggaran undang-undang buruh oleh pihak majikan di samping memberi kefahaman yang tepat mengenai hak dan kewajipan masing-masing di bawah suatu kontrak perkhidmatan pekerjaan. Antara program-program pendidikan perburuhan yang dilaksanakan adalah:-
- dialog industri;
- ceramah; dan
- seminar.
Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Dalam usaha mencegah dan membasmi isu gangguan seksual di tempat kerja, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah membuat pindaan ke atas Akta Kerja 1955 dengan menambah Bahagian XVA, Gangguan Seksual. Pindaan ini berkuatkuasa bermula pada April 2012 dan terpakai kepada semua pekerja yang diambil kerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan tanpa mengira upah pekerja itu.
Peruntukan ini menetapkan tanggungjawab majikan untuk menjalankan siasatan terhadap aduan gangguan seksual yang diadukan oleh mangsa. Sekiranya majikan enggan berbuat demikian, mangsa yang tidak berpuas hati boleh merujuk perkara itu kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja. Ketua Pengarah Tenaga Kerja akan mengarahkan majikan untuk membuat siasatan dan melaporkan hasil siasatan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
Bagi kes pengganggu adalah majikan pemilikan tunggal, mangsa boleh membuat aduan terus di JTK berdekatan dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh pihak JTK sendiri.