Bahasa:

Warna Tema: blue green red
Saiz Teks :
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman
 

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia komited dalam memberikan perkhidmatan perburuhan secara profesional dan berintegriti serta menfokuskan kepada kriteria berikut:

  • Menyiasat dan memaklumkan hasil siasatan setiap aduan berkaitan isu perburuhan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh pengaduan

  • Menyelesaikan pengaduan kes buruh melalui mekanisme Mahkamah Buruh dalam tempoh 90 hari dari tarikh pemfailan

  • Mengeluarkan keputusan permohonan lesen di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap

  • Memproses permohonan lesen hiburan awam di bawah Akta (Penggajian) Kanak-Kanak dan Orang Muda 1966 dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  • Menyelesaikan permohonan penggajian pekerja asing dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.

  • Memberi khidmat nasihat serta menjawab pertanyaan pelanggan dengan cepat, tepat dan mesra.

  • Memproses Permohonan Perakuan Penginapan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.