Permohonan Pekerja Domestik Asing

 

Pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023 MEWAJIBKAN majikan mendapatkan kelulusan awal (prior approval) daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sebelum ingin menggajikan pekerja asing sepertimana peruntukan Seksyen 60K Akta 265. Pekerja asing yang terlibat termasuklah Pekerja Domestik Asing (PDA).


APS/majikan WAJIB memohon di Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx). Dokumen Kelulusan Awal Menggajikan Pekerja Asing Di Bawah Seksyen 60K Akta Kerja 1955 bagi kategori PDA adalah dalam bentuk Sijil Kelulusan yang boleh dijana terus oleh APS/majikan individu menerusi sistem ePPAx.


Permohonan baharu bagi PDI masih perlu dibuat di laman sesawang Sistem Maid Online (SMO) https://maid-online.imi.gov.my/ bagi tujuan pemindahan data permohonan ke sistem sipermit.id di bawah Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI). Permohonan hendaklah melalui Agensi Pekerjaan Swasta (APS) berlesen B dan C yang berdaftar dengan JTKSM.

BORANG TAMBAHAN:


Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Bahagian Pekerja Asing JTKSM di talian 03-88862410 / 03-88862361 atau emel di maid.ocs@mohr.gov.my